ISTANA besar yang tersergam megah itu memenuhi ruangan mata mereka. Dengan izin Allah, mereka sempat tiba di Kerajaan Tehran lewat pagi itu. Sidang mesyuarat yang bakal diadakan melalui dua Kerajaan juga hampir terlaksana. Hanya menunggu kedatangan mereka sahaja.
"Pastikan semuanya nampak natural, jangan hilangkan kepercayaan aku" kata-kata Raja Syeikh Luthfan mendapat anggukan penuh hormat dari mereka. Memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Raja mereka itu. Amanah yang diberikan sejak keberangkatan mereka lagi dipegang utuh, harus mengorbankan diri menjaga nama baik Kerajaan Versailles.
"Jemput masuk, Tuanku Syeikh Luthfan" Setiusaha Diraja Tehran menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu gah istana. Raja Syeikh Luthfan diiringi masuk bersama pengawalan anggotanya dan Setiusaha Diraja Versailles. Akhirnya, mereka tiba di bilik mesyuarat yang dikatakan.
Bilik yang dikelilingi beberapa orang pengawal, malah di dalamnya mempunyai bilangan pengawal yang melebihi bilangan di luar.
Mereka disambut oleh Raja Kerajaan Tehran sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Beliau melemparkan senyuman segaris dengan keadaan tubuh yang berdiri menunggu ketibaan mereka. Raja Syeikh Luthfan cuma membalas sapaannya sekilas, sekadar menghormati Raja Kerajaan Tehran.
Raja Syeikh Luthfan melabuhkan duduk diikuti Setiusaha Diraja Versailles. Hanya Nathan dan Hujan sahaja yang setia berdiri di belakangnya. Sedia bertindak sekiranya berlaku sebarang masalah.
"Saya ucapkan terima kasih, di atas kedatangan Raja Syeikh Luthfan ke istana saya. Walaupun dengan niat untuk memperbetulkan masalah" ujar beliau setelah mengambil tempat duduknya, di akhir katanya terselit sindiran sinis. Raja Uwais Hayyadh, Raja yang memerintah Kerajaan Tehran hampir 30 tahun. Jatuh dan bangun Kerajaan itu sentiasa mendapat perhatiannya malah dianggap sebagai tuah di kalangan rakyat Tehran. Kebijaksanaannya menjadi buah mulut Kerajaan jiran namun sikap amarahnya boleh menghitamkan hidup seseorang.
Raja Syeikh Luthfan cuma melemparkan senyuman kecil, seolah-olah tidak termakan langsung dengan sindiran itu.
"Terima kasih, kerana mengalu-alukan kedatangan saya. Saya juga ingin memohon maaf, kerana tidak meraikan kedatangan Perdana Menteri Tehran sewaktu di istana Versailles. Maklumlah, saya tidak berurusan dengan golongan bawah. Saya lebih suka untuk berurusan dengan golongan utama berbanding orang tengah" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan nada yang sama dilemparkan kepadanya. Bukan niatnya untuk membangkitkan kemarahan seseorang, dia cuma ingin mengatakan sesuatu yang benar sahaja. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Raja Uwais Hayyadh sewaktu menjejakkan kaki ke Kerajaan mereka.
Raja Uwais Hayyadh membalas dengan tawa yang sinis. Langsung tidak mengambil hati dengan perwatakan Raja Syeikh Luthfan yang sedikit angkuh itu.
"Baiklah, kita teruskan kepada tujuan yang utama" ujarnya tidak mahu menaikkan api kemarahan masing-masing. Cukuplah sekadar menyindir sesama sendiri sahaja.
Setiusaha Diraja Tehran bangkit memegang satu fail nipis di tangan, dia memulakan perbicaraan dengan kata-kata aluan sebelum masuk ke topik yang utama.
"Anggota Tehran menjumpai kelibat anggota Versailles di kediaman rakyat Tehran beberapa minggu yang lalu, kamera pengawasan juga turut menangkap kelibat mereka yang bersembunyi. Hal ini menimbulkan tanda tanya diperbualan Kerajaan, dengan itu Kerajaan Versailles perlu memberi penerangan mengenai pengintipan beliau" dia terus melabuhkan duduk sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.
Fail tersebut diberikan kepada Raja Uwais Hayyadh sebagai bukti. Fail yang sama turut diberikan kepada Raja Syeikh Luthfan, terdapat beberapa helaian kertas yang memaparkan maklumat dan beberapa keping gambar yang memperlihatkan kelibat anggota Versailles namun hanya samar-samar sahaja.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...