•bab 38•

141 12 9
                                    

           "MENGUMUMKAN KETIBAAN Pemaisuri Lelyana Melcia ke Istana Versailles"

Bunyi sambutan menyambut kedatangan Adik kepada Raja Syeikh Luthfan ke dalam istana, beberapa orang tentera berdiri dengan teguh di hadapan pintu utama.

Ketika itu, Raja Syeikh Luthfan berdiri dengan santai menanti kedatangan adik perempuannya, senyuman lebar terukir dibibirnya.

Nathan dan Hujan memerhati dengan diam dari belakang, menunggu masa untuk menyambut Permaisuri Lelyana ke pintu istana.

"Sambut mereka" serentak itu Nathan dan Hujan melangkah turun ke pintu kereta, pintu dibuka dengan penuh hormat.

"Selamat datang, Pemaisuri" sahut mereka berdua.

Tatkala itu muncul seorang gadis di belakang wanita itu, tersenyum penuh makna ke arah mereka.

"Terima kasih" balas Pemaisuri Lelyana bersama senyuman manis, dia meneruskan langkah menghampiri abangnya.

"Selamat kembali, Lelyana" sambut Raja Syeikh Luthfan, dia tergelak kecil tatkala adik perempuannya itu mencium lembut tangannya.

"How are you?" Soal Pemaisuri Lelyana, dia menyinggul kecil lengan abangnya.

"Sama macam ni, makin sibuk" itu sahajalah jawapan sesuai yang mampu diberi, memang jadualnya kembali padat selepas kejadian serang hendap di istana. Semua yang tertangguh kembali dilaksanakan semula.

"Ana nampak perkara tu, memang sibuk sungguh" tawanya mengejek, susah betul hendak berjumpa sekarang.

"Lupa pula dengan anak dara belakang tu, apa khabar Flora Yulia?" Usik Raja Syeikh Luthfan.

Gadis itu tersenyum manis. "Baik je Ayah Luth, sihat selalu" selorohnya bergurau.

"Jomlah masuk, Ayah Luth dah siapkan semuanya. Daiyan pun ada di sini" ujar Raja Syeikh Luthfan sambil menanti kedatangan anak lelakinya itu namun kosong, Daiyan masih dengan degil dan keras kepalanya.

"Oh, Daiyan dah selesai dengan thesis dia?" Soalan itu dibalas bersama anggukan kecil, tidak mahu menyoalkannya dengan lebih panjang.

"Nathan dan Hujan, iringi mereka ke ruang tamu istana. Saya nak panggil Daiyan sebentar" arah Raja Syeikh Luthfan, mahu tidak mahu dia harus bertikam lidah juga dengan anaknya. Jika tidak, sehingga ke hujung pangkal masih dengan perangai degilnya.

Nathan dan Hujan mengangguk patuh, serentak itu mereka terus membuka pintu istana sebelum mengiringi mereka ke dalam.

"Bagaimana dengan istana?" Soal Pemaisuri Lelyana kepada mereka.

"Seperti biasa, Pemaisuri. Istana masih berada di dalam kawalan" ujar Nathan.

"Serang hendap beberapa hari lalu juga sudah selesai, istana masih berada di paras terkawal" sambung Hujan pula.

Pemaisuri Lelyana menganggukkan kepalanya, nampaknya Istana Versailles masih tidak boleh ditawan lagi. Atau tidak mampu.

"Masih berdua?" Soal Flora kepada mereka, namun tiada sebarang jawapan. Dia tersenyum sinis.

"Flora tak nampak sesiapa pun selain korang berdua tiap kali ke sini" ujar Flora lagi, masih lagi mahu menarik perhatian mereka.

"Iya" balas Hujan, ringkas. Tiada rasa ingin berbual terlalu lama.

"Macam malas nak--"

"Dah sampai, Pemaisuri" potong Nathan, dia membuka pintu ruangan besar yang mewah itu dengan luas.

"Masih tiada perubahan" spontan kata-kata itu meniti di bibir Pemaisuri Lelyana sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruangan itu, Istana Versailles masih sama seperti dulu.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now