•bab 33•

123 12 23
                                    

          "OUR ROOM" bisik Nathan tepat ditelinga isterinya, pinggang ramping Mawar ditarik rapat ke arahnya.

Mawar mengemam bibirnya, selalu macam ni. Dengan segera dia menjarakkan tubuhnya, dua langkah ke belakang sebelum dia tersandar penuh di dinding. Kalau dulu ketika masih di hospital dia masih lagi boleh mengelak, tetapi apabila sudah berduaan di rumah sendiri semakin menjejaskan kedudukannya. Nathan semakin suka mengujinya.

"Janganlah main-main, bilik saya kat mana?" Soalnya memujuk, sedari tadi lagi Nathan asik mengusiknya, sebarang jawapan pun dia tidak dapat.

"Sini, here, bilik kita" balas suaminya lembut sambil melangkah ke hadapan, dia menunduk memandang wajah yang sedang mendongak memandangnya. Pendek. Dia tersenyum sinis.

"Saya serius ni, Nathan" tolonglah jauhkan aku dari dia, dia langsung tidak boleh membayangkan keadaannya jika sebilik dengan lelaki itu.

"You're my wife, we should stick together" jarinya naik mengusap lembut rambut panjang Mawar ke belakang telinga, dia tersenyum melihat pipi yang bertukar kemerahan itu. Cantik.

"Tapi-- awak dengan saya-- tak boleh-- tak akanlah nak tinggal sebilik?" Soal Mawar tidak berakal, jika ikut logik mahupun hukum hakam agama, memang dia diwajibkan untuk duduk sebilik dengan suaminya. Tetapi.. Nathan itu terlalu seram baginya!.

Sudahlah kepulangan mereka di rumah ini pun dia tidak tahu, tahu-tahu Nathan memberitahunya bahawa mereka berdua akan tinggal di sini. Rumah 3 tingkat yang mewah di kawasan elit, dan hanya berdua sahaja. Dia ingat aku nak buat perkhemahan kat rumah ni?.

Balik-balik sahaja dari hospital, mereka terus sahaja menuju ke sini. Alasan lelaki itu adalah kerana mereka berdua adalah suami isteri, yang memerlukan waktu berdua lebih kerap dan bersama. Otak dia.

"Siapa kata? Tempat utama kau sepatutnya dekat sini" Nathan menepuk dadanya beberapa kali bersama senyuman penuh makna, sebelah tangannya sengaja diparking di sisi kepala isterinya.

Bulu roma Mawar terasa seolah-olah sedang merinding tegak, dia memandang wajah itu dengan rasa tidak percaya. This is not Nathan!, mana lelaki yang kasar tu?!.

"Tapi kita, bukannya saling--"

"Iya ataupun tidak, kau tetap akan tidur sekatil dengan aku" tegas Nathan, banyak sungguh pantang larangnya. Bukannya aku nak cakar dia masa tidur pun, takut sangat.

"Tapi--" ujar Mawar namun tidak terluah, dia terdiam. Sudah tiada hujah yang ingin dibentangkan, otaknya kosong.

"Jangan terlalu ikut typical drama dekat luar sana boleh? Dah bercinta baru nak tidur sebilik" kata-kata Nathan itu berjaya menyentapkan hatinya, memang benar tetapi.. entahlah.

"Sayang atau tidak, cinta atau tidak, kau tetap isteri aku, faham?" Tambah lelaki itu lagi, dia mencuit hidung Mawar yang masih kemerahan itu. Wajah yang keruh itu menarik perhatiannya, terasa lah tu.

Mawar menganggukkan kepalanya, patuh. Kata-kata Nathan itu agak menusuk hatinya sedikit. Ketika itu terasa dagunya diangkat memandang ke atas, wajah bersih Nathan memenuhi pandangan matanya.

"Don't worry, aku bukan nikah dengan kau tanpa niat, okay?" Ujar Nathan, cuba menyedapkan hati isterinya. Dia tahu Mawar terasa dengan ayatnya, wajah itu jelas memberitahu segalanya.

"Iya.." gumam Mawar, tidak mahu terlalu memikirkannya.

Nathan tersenyum segaris, menyerlahkan lesung pipitnya.

"Lagipun aku belum buat apa-apa lagi, kau dah memang jatuh cinta dengan aku" gurau Nathan sambil menjongketkan kening berkali-kali, dia tersenyum bangga.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now