"PUAN tak boleh macam ni, kami masih lagi menjalankan siasatan" Hujan meraup wajahnya yang berpeluh, penat. Sudah hampir berjam mereka membahaskan soal ini dan masih lagi menemui jalan buntu. Tugas mereka bukan seperti manusia lain, tahap kesabaran mereka perlu berlevel lagi tinggi dari yang lain.
"Kami akan cuba puan, puan diminta untuk bersabar" pujuk Raaid pula, kasihan melihat wajah penat sahabatnya. Tugas mereka yang lain pun terbengkalai disebabkan perkara ini, pihak lain tidak mahu memberi kerjasama.
"Anak saya dekat dalam tu tuan! Badannya dah tak bernyawa! Sedangkan pagi tadi masih terasa lagi ciuman dia di tangan saya, masih terdengar lagi ucapan dia dalam telinga saya!" Raung wanita separuh usia itu, berjuraian air matanya mengenangkan nasib anak perempuannya yang sudah hilang nyawa. Kaku tanpa pergerakan, senyap tanpa suara. Hati tuanya pedih tatkala melihat tubuh separuh pakaian itu. Semakin perit ketika mengetahui perkara yang sebenar. Dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, tubuh itu juga memilukan dengan organ yang berjuraian keluar. Ya Allah.
"Saya faham puan, pihak kami masih melakukan siasatan" pujuk Raaid lagi, dia juga berasa amarah kepada pelaku yang seperti binatang itu. Maruah sebagai perempuan dianggap remeh dan lemah.
"Tolong saya tuan, tolong kembalikan anak saya" rayu wanita tua itu lagi, dia langsung tidak memperdulikan pandangan orang sekeliling terhadapnya. Apa yang dia inginkan adalah anaknya, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.
"Subhanallah, ibu. Jangan macam, kita rehat dulu ya, ibu" pujuk seorang gadis yang baru tiba, dia mengusap dan memujuk lembut ibunya.
Hujan dan Raaid sekadar memerhati tanpa kata, baguslah jika anak perempuannya datang. Tidaklah mereka berasa risau dan khuatir ketika menjalankan tugas, tugas mereka tersekat pun kerana sikap wanita tua itu yang sedari tadi cuba memecah masuk kawasan kejadian.
"Adik, ini mak ya? Tolong bawa dia berehat kejap, kami ada tugas ni" pinta Hujan bersama senyuman gelisah, perkara ini tidak boleh di bawa main. Berkemungkinan juga mereka akan diserang dan dicederakan sekiranya individu di luar kawalan, tidak kiralah tua atau muda tetap merbahaya.
"Tolong duduk dengan mak, ya. Jangan bagi dia lepas kawasan larangan" pinta Raaid pula, hanya dengar cara ini mereka akan berjaya melakukan tugas dengan lancar. Faktor kawasan sekeliling boleh menyebabkan gangguan walaupun sedikit.
"Maaf, tuan. Mari ibu" gadis itu segera membawa ibunya ke kawasan yang bertentangan, dia tidak mahu ibunya sakit dan rebah. Dia juga turut terkilan dengan perkara yang berlaku, kakak kandungnya sendiri dilayan lebih teruk dari anjing kurab. Berita yang mereka terima beberapa jam tadi cukup menyiat hati mereka, senyuman yang riang terukir pagi tadi hilang begitu sahaja tatkala mendengar berita sedih itu. Dia harus kuat, demi ibu. Ibu masih lagi ada bersamanya, dan dia akan jaga ibu sebaik mungkin.
"Kakak dah tak ada, adik. Anak ibu dah pergi, kita dah tak ada sesiapa" rintihnya lagi, dadanya dipegang sesak. Masih terbayang lagi senyuman manis anaknya pagi tadi, kata-kata sayang yang diungkapkan juga terngiang-ngiang di pendengarannya. Hati tuanya yang gembira sebentar tadi hancur tatkala mendengar musibah menimpa anaknya.
"Ibu masih ada adik, adik akan sentiasa ada dengan Ibu. Adik akan ambil tanggungjawab kakak, adik akan jaga Ibu" pujuk Leinani menahan sebak, dia memeluk erat tubuh ibunya. Tolonglah jadikan ianya mimpi, bangunkanlah kami dari mimpi yang lena Ya Allah, aku tidak mahu menghadapi situasi ini aku tidak mahu merasainya Ya Allah. Dia memejamkan mata menahan air mata yang hampir mengalir keluar.
Hujan dan Raaid memerhati dengan senyap dari jauh, simpati akan nasib yang menimpa keluarga itu.
"Nampaknya diorang dah mulakan kerja semula, mungkin selama ni diorang menyorok memandangkan kawalan kita ketat" terang Raaid sambil memandang beberapa keping gambar mangsa yang diambil, lebih menyeksakan tatkala tubuh itu terkoyak menunjukkan organ yang kosong.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...