"INI fail mengenai kes baru yang diterima, pihak atasan nak kau uruskan" fail yang berwarna biru tua itu diambil dari tangan Hujan. Baru sahaja mendapat persetujuan dari Raja Syeikh Luthfan untuk menangguhkan pencarian abang baginda, kini diganti pula dengan kes lain. Pihak atasan pula, ramai lagi anggota yang terlibat di dalam bidang ini tetapi dia juga individu yang diamanahkan tugasnya.
Hujan melabuhkan duduk berhadapan sahabatnya itu. Cap hitamnya ditanggalkan sebelum dicampak ke atas meja kerja lelaki itu. Peluh yang menitik di dahinya segera dilap dengan tisu yang tersedia.
"Bukan kes ni anggota lain dah selesaikan? Kenapa bagi aku pula?" Soal Nathan, sedikit keliru. Jika diteliti dengan betul, kes ini sudah hampir tiga tahun dalam siasatan. Tidak mungkin, dalam tempoh selama itu kes ini masih tergantung.
Hujan hanya menghelakan nafas lemah.
"Thats the problem, kes ini sudah hampir 9 kali bertukar tangan, dan dihantar ke beberapa balai polis yang lain untuk diberi kerjasama tetapi masih jumpa jalan buntu. Dan kita, adalah harapan terakhir diorang untuk diberi bantuan. Kes ni dah lama bro, aku tak tahu kalau pihak polis sambil lewa atau dalangnya terlalu cekap" terang Hujan panjang lebar. Dia juga sudah meneliti fail tersebut, jenayah yang dilakukan juga bukan dikategorikan sebagai jenayah ringan. Melibatkan nyawa manusia yang terancam.Nathan membuka fail tersebut. Diteliti satu persatu maklumat yang tertera. Seketika dahinya berkerut, tanggapannya salah.
32 kes jenayah pembunuhan.
47 kes jenayah rogol.
61 kes penyeludupan wang haram."Lelaki ini bukan beshe-beshe" balas Nathan dengan riak wajah sedikit terkejut. Nampaknya pemikiran yang digambarkan bertentangan dengan realiti yang tercatat. Kes yang diterima kali ini memang berat, melibatkan nyawa, maruah dan mata wang yang menjadi galang gantinya. Bagaimana manusia seperti ini masih terlepas di luar sana?.
"Aku dapat simpulkan kes pembunuhan tu melihatkan penjualan organ kanak-kanak dan orang dewasa. Berkemungkinan juga mereka dicabul atau dirogol sebelum dibunuh. Kemudian, organ mereka diambil untuk dijual" fail yang berada di tangan lelaki itu kembali diambil sebelum diteliti semula. Dia juga beranggapan bahawa kes-kes tersebut saling berkaitan. Pihak forensik juga sudah melakukan penyiasatan di atas tubuh mangsa-mangsa yang terlibat.
"Bukan pihak mahkamah kata nak tutup kes ni?" Soalnya lagi. Nathan meraup wajahnya diiringi dengan keluhan lemah.
Hujan yang melihat tersenyum kecil, benar juga kata Nathan itu. Kes tersebut sudah dibicarakan beberapa kali di mahkamah malah pihak atasan juga sudah turun padang untuk mengemukakan kes tersebut. Namun mendapat bantahan.
"Hakim bantah untuk tutup kes ni, walaupun dia ambil masa yang lama. Bila fikir balik, takkan kita nak biarkan nyawa manusia kat luar sana semakin terancam? Siapa lagi yang bertanggungjawab selain kita untuk hentikan kes tu. Sebab itu pihak atasan beri pada kita, dia nak kita beri kerjasama sebanyak yang boleh" terang Hujan terperinci. Lagipun, jika masyarakat mendengar berita ini, pasti mereka akan mula diselubungi perasaan takut dan was-was. Lebih-lebih lagi apabila jenayah kali ini merupakan jenayah paling besar. Sudah pasti mereka tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sekiranya mereka terlibat dengan situasi itu.
"Memandangkan kita berurusan dengan Diraja, jadi makin tinggi harapan diorang pada kita" tambah Hujan lagi. Hanya kerana pangkat mereka yang dipanggil menghadap Diraja, menjadi perhatian ramai malah dianggap sebagai pasukan lebih berkemahiran. Sedangkan, setiap individu itu mempunyai kelebihan masing-masing bukan kerana pangkat dan taraf.
"Berapa banyak maklumat yang pasukan sebelum ni ada? Aku nak semua sekali termasuk maklumat dari pihak polis yang lain" arah Nathan dengan nada yang mendatar. Nampaknya tugasan mereka semakin hari semakin mencabar. Menurut maklumat yang diperolehi juga sudah menerangkan bahawa penjenayah kali ini membawa satu risiko yang amat besar.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...