"IBU, Mawar dah balik ni" sapanya di hadapan pintu utama. Ruang tamu yang kosong itu sedikit menarik perhatiannya. Dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi apatah lagi suara yang menyahut sapaannya. Laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, risau sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Tatkala itu terdengar bunyi kocakan air di halaman belakang malah suara jeritan yang nyaring turut kedengaran di gegendang telinganya. Mawar mempercepatkan langkahnya dan ketika itu juga dia menghembuskan nafas lega. Wajah Ibu Ayana yang sedikit terkejut melihatnya itu diberikan senyuman. Aduhai, ibu. Kalau ya pun nak bertafakur kat belakang ni, sekurang-kurangnya kuncilah pintu depan. Tidaklah dia memikirkan yang bukan-bukan.
"Ha, Mawar. Bila sampai ni?" soal Ibu Ayana sewaktu tangannya disalam. Wajah keletihan anaknya itu memenuhi ruangan matanya. Aik, baru separuh hari. Dia hanya memandang anaknya yang turut sama merendamkan kaki di dalam kolam cetek itu.
"Ibu ni, mesti tak dengar orang bagi salam kan. Mawar baru je sampai tadi" balasnya sebelum memandang tubuh Aathif yang masih lagi seronok menyelam di dalam kolam cetek itu. Patutlah tak dengar orang menyahut, suara budak ni menjerit pun dah macam pakai dua speaker.
"Ibu dah masak tengah hari, lepas makan nanti kamu balik butik ke?" Soalnya lagi, kali ini disertakan bersama sebelah kening yang terjongket. Dia bukannya tidak tahu waktu sibuk anaknya itu, namun Mawar bukan seorang anak yang mengabaikannya. Walaupun sering dihujani dengan waktu kerja yang berterusan namun anak perempuannya itu tidak pernah membiarkannya sendirian. Sanggup berpenat lelah untuk meluangkan masa dengannya tidak kira waktu makan ataupun hujung minggu. Tidak pernah meninggalkannya untuk makan bersendirian.
Mawar tersengih memandang ibunya.
"Harini, Mawar half day. Tiba-tiba rasa penat pula" ujarnya sendikit mengadu. Tetapi apa yang dia katakan itu benar, entah mengapa badannya terasa penat benar harini. Tenaganya pada hari ini juga kurang berbanding hari-hari yang lain.Lembut sahaja Ibu Ayana mengusap kepala anak perempuannya yang dilitupi tudung itu. Seolah-olah terasa juga penat lelah itu pada tubuhnya.
"Janganlah paksa diri kamu, rehatlah kalau rasa tak larat. Bukannya ibu tak boleh jaga kamu pun'' nadanya semakin risau apabila kata-katanya itu hanya dibalas dengan segaris senyuman pucat. Mata anaknya itu juga terkelip-kelip perlahan memandangnya. Seakan-akan memaksanya dirinya untuk membuka mata.
"Mawar okay, harini je yang terlebih penat" kata-katanya itu diakhiri dengan tawa kecil. Matanya dialihkan tatkala terasa sentuhan di lututnya. Dia cuma tersenyum memandang mata bulat Aathif yang tekun melihatnya. Tangan kecil itu juga tidak lepas dari mengusap lututnya, cuba memujuknya.
"Kenapa sayang?" Soal Mawar apabila tangan itu masih tidak berhenti dari mengusapnya.
"Ermm awar enat?" pelat Aathif memujuk kesayangannya itu. Eh, mestilah kesayangan. Ucu Mawar je yang selalu tukarkan lampin dia.
Pipi tembam itu dicubit oleh Mawar, geram.
"Tak penatlah, ucu bertenaga ni haa" lengannya diangkat menunjukkan lengannya yang tidak berapa berotot tetapi cukup membuat anak kecil itu melepaskan tawanya. Penuh satu halaman belakang itu dengan tawa comelnya."Shayang ucuu" ucap Aathif pelat lalu memberikan flying kiss kepada ucunya itu. Jelas kedengaran bunyi 'mmuahh' sewaktu dia menarik tangannya dari bibir. Lagi bertambah geram apabila bibir kecil itu memuncung ke arahnya meminta ciuman.
Terus sahaja Mawar mengangkat tubuh kecil itu lalu digomolnya geram. Langsung tidak peduli dengan pakaiannya yang sudah separuh basah, memang tak boleh sabar dah ni!. Terlalu geram dengan bibir manis Aathif yang pandai mencuri hati orang.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...