•bab 18•

174 24 4
                                    

          NATHAN menghembuskan nafas lelah, otaknya semakin penat memikirkan laporan-laporan kes yang baru diterimanya baru-baru ini. Apa lagi jika bukan berkaitan dengan kes jenayah kejam yang menjadi tular di sumber berita negara ini. Patutlah kes ini asik bertukar tangan, kerana ia menggunakan banyak tenaga dari segi fizikal dan mental. Namun dia bertekad untuk menyelesaikannya, walau dengan cara apa sekalipun.

"Marhaban ya ramadhan wahai Ustaz Nathan" sergah Hujan di pintu pejabat, dia tersengih busuk memandang wajah tegang sahabatnya. Belum satu hari lagi mereka berada di balai namun wajah letih Nathan itu seolah-olah sudah setahun mereka menetap di balai. Penat sungguh.

"Berambus" arah Nathan lalu menghempaskan tubuhnya dengan selesa di kerusi, janganlah kau tambah beban aku dengan dengar lawak hambar mamat ni. Semata-mata setiap hari sergah pejabat aku untuk huraikan lawak karat dia, dahlah tak masuk dek akal. Hendak membayangkannya pun, memalukannya.

"Kenapa kuda berjalan?" Soal Hujan bersama kening yang terjongket sebelah, sudah bersedia untuk mengeluarkan koleksi lawaknya.

Nathan hanya mendengar tanpa rasa ingin menyampuk.

"Sebab dia ada kakilah! Hahahaha!" Gelak Hujan seperti tiada iman, terbahak-bahak dia tertawa dengan lawaknya sendiri.

Haih. Nathan melemparkan pandangan kosong kepada sahabatnya itu, berianya gelak?.

"Aku nak serahkan laporan kes baru semalam" ujar Hujan lalu melabuhkan duduk di hadapan lelaki itu, dia memandang fail-fail laporan lain yang bertaburan di atas meja sahabatnya itu. Banyak betul. Logiklah jika Nathan mudah terasa penat dan lelah pun, hendak memandangnya pun tidak larat. Yakah? Atau memang sengaja dia tak nak pandang aku?.

"Raaid mana? Aku nak dengar laporan korang berdua" soal Nathan lalu meraup wajahnya, ingin menghilangkan rasa penat. Segarlah mata-mata kacakku, haih.

"Raaid ada di hospital, untuk ambil maklumat dari ahli forensik tentang keadaan mangsa semalam" terang Hujan bersama senyuman lebar, entah mengapa dia terasa gembira pula beberapa hari ini. Rasa hendak mengukirkan senyuman pada semua orang, mujur sahaja tukang cuci pagi tadi tidak menghentaknya dengan mop kerana tiba-tiba tersenyum. Hensem sangat katanya.

Nathan menggelengkan kepalanya beberapa kali, sudah tidak tahan melihat perubahan mendadak sahabatnya. Tidak habis-habis termenung dan tersengih sendirian, kalau tidak difikirkan rasa positif di dalam dirinya sudah lama dia mentetak kepala lelaki itu.

"Proceed" lebih baik dia meneruskan perbincangan mereka dengan lebih cepat, jika tidak semakin meraban-raban Hujan di pejabatnya. Sahabatnya itu bukan boleh diramal.

"Apa?" Soal Hujan, keliru. Seakan-akan baru tersedar dari sesuatu.

Kelakuan Hujan itu membuatkan Nathan menghembuskan nafas perlahan, sabar.

"Laporan kes semalam Hujan" terang Nathan dengan nada mendatar, cuba menahan rasa sakit hatinya. Selepas ini jika sahabatnya itu berkelakuan seperti itu, dia sendiri akan menyeksa Hujan dengan kejam. Contohnya? Menukar otak lelaki itu kepada yang lebih baik dan berpelajaran. Dan yang paling penting dia akan membuang segala koleksi lawak hambar yang bertimbun itu.

"Ouh" tawa Hujan perlahan, terhibur dengan diri sendiri.

"Kau nak dengar yang mana?" Soal Hujan, masih lagi di dalam mood bergurau. Langsung tidak gentar dengan wajah ketat Nathan walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu tidak berada di dalam mood yang baik. Namun nama pun Hujan kan? Hujan yang turun tidak akan berhenti.

"Jangan minta aku tampar kau boleh? Aku tak ada masa nak main-main" ujar Nathan tegas, dia berpeluk tubuh membalas pandangan sahabatnya itu. Hanya tunggu masa untuk menyumbat kasutnya ke dalam mulut lelaki itu, tidak habis-habis ingin bermain. Langsung tidak serius dan tegas, hanya tahu mempermainkan orang lain.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now