"ABANG nak turun kah?" Soal Mawar sebaik sahaja selesai menggantung telekungnya, dia membetulkan ikatan rambutnya.
"Haah, abang nak jumpa Hujan jap" balas Nathan sambil menanggalkan songkoknya, sudah alang-alang bermalam di rumah Ummi Dahlia dan Ayah Syah harini, apa salahnya melepak sebagai orang bujang sebentar.
"Boleh tolong ambilkan beg Mawar dalam kereta tak? Mawar lupa nak bawa keluar tadi" pinta Mawar bersama sengihan, itulah tak sabar sangat nak jumpa Ummi Dahlia.
"Banyak cantik muka kau, ambil sendiri" eh, sombong menonggek.
"Sombong menonggek lah abang ni, minta tolong pun tak boleh" cebiknya, lupa pula perangai menyakitkan hati si Nathan ni.
"Memang. Pergi turun ambil sendiri" Ya Allah, mati-mati aku ingat dia termakan taktik aku.
"Ala, alang-alang abang nak jumpa Hujan tu. Bolehlah ambilkan sekali" pinta Mawar lagi, ingat aku kesah dengan perangai dia tu.
"Tak jadi. Abang tak nak turun" Nathan terus membawa tubuhnya ke katil sebelum melambung tubuhnya sendiri, dengan berkain pelekatnya lagi.
"Okay. Mawar turun" tatkala itu juga Mawar melepaskan ikatan rambutnya, membiarkan rambutnya yang sepanjang pinggang itu terurai alun.
Nathan mengendahkan isterinya, fikir aku tergoda kah?.
Mawar mengangkat bajunya separas perut sebelum membuat simpulan ikatan di tengah, menayangkan perut putih mulusnya itu. Dia tersenyum sinis tatkala pandangan mata itu tertumpu sepenuhnya ke arahnya.
Sebelah kening Nathan terjongket, menarik.
Ketika itu Mawar melangkah beberapa tapak ke belakang sehingga tubuhnya menyentuh meja solek. Lipstick merah yang berada di cermin itu diambil lalu disolek ke bibir, dia menggigit bibir menggoda.
Nathan bersiul nakal, jarang tak menarik bini aku ni.
"Come here, baby" panggil Nathan bersama senyuman lebar.
Mawar menggeleng, berpura-pura malu.
"Come to daddy, sayang" panggilannya lagi, senyumannya melebar tatkala isterinya mulai melangkah ke hadapan. Fuh, tak sabar aku.
Dahinya berkerut tatkala langkah isterinya memesong ke arah pintu bilik.
"Nak pergi mana tu? Abang kat sini" ujarnya pelik, buta erk?.
Mawar membuka pintu bilik.
"Woi!" Dengan segera Nathan menyambar tubuh isterinya yang hampir melangkah keluar, tubuh itu dilambung ke atas katil dengan pantas.
Tawa Mawar memenuhi ruangan bilik itu.
"Tahu pula takut!" Ingatkan tak peduli tadi.
Nathan berpeluk tubuh di tepi katil. "Dekat rumah oranglah kau nak buat perangai, masa kat rumah tak nak pula jadi macam tu" tegurnya, geram. Bukan main lagi dengan baju separas perut, geram aku.
Mawar tersengih, suka melihat wajah cemburu suaminya. "Ala bukan ada sesiapa pun" cari pasal sekejap.
"Otak kau, ada si Hujan dekat sini" tambah pula dengan Ayah Syah lagi, takut jika selepas lihat Mawar, disuruhnya pula Ummi Dahlia berpakaian seperti itu. Risau kadang.
"Siapa suruh tak nak ambilkan beg saya, kalau tidak saya turun macam ni" ugut Mawar.
Heh, Nathan tersenyum sinis. "Mawar ugut abangkah? Tak jadilah sayang" balasnya dalam nada yang bermain-main.
"Mawar akan keluar macam ni, kalau abang tak nak" tambah Mawar lagi.
"Dipersilakan" Nathan membuat gaya tangan ke arah pintu bilik, merelakan hati agar isterinya melangkah keluar.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...