BEG BAJU diambil dengan tergesa-gesa, Mak Cik Wardah segera memegang tangan Leinani berlari ke pintu belakang.
"Betulkah apa kita buat ni, ibu?" Langkahnya terhenti, wajah anak perempuannya dipandang dengan riak risau dan sayang. Mereka tiada pilihan lain.
"Ini sahaja peluang kita, ibu tak nak kita jadi mangsa diorang lagi" sungguhpun dia tidak mahu melakukan perkara ini, namun mereka terpaksa. Keluarga Syuhana dan Ayob semakin melampau, dia dan Leinani dijadikan tempat melepaskan amarah.
"Kita pergi sekarang, biarlah semua lampu terbuka" sejurus selepas itu mereka terus berlalu dengan berhati-hati, pintu itu ditutup dengan perlahan sebelum berjalan dengan tergesa-gesa ke dalam semak samun.
"Kenapa kita ikut sini, ibu?" Soal Leinani, keliru dengan langkah yang menuju ke kawasan hutan itu.
"Kalau kita ikut jalan biasa, orang akan nampak. Takpe, ibu tahu jalan nak ke pondok bas dari sini" terangnya khawatir, dia pun ingat tidak ingat sahaja laluannya memandangkan sudah lama tidak berangkat keluar dari kampung.
Leinani menganggukkan faham, dia menggenggam erat tangan Mak Cik Wardah lalu berlalu pergi dengan segera. Rumput-rumput kering bersama tanah lembab itu dipijak berhati-hati, risau jika tersandung mahupun terjatuh.
"Hati-hati, ibu. Gelap ni" risau Leinani tatkala merasai genggaman tangan ibunya semakin erat, masing-masing gementar dan takut.
"WARDAH!" panggil seseorang dari belakang.
Mak Cik Wardah segera menarik Leinani ke belakang pohon, mereka menyorok dengan ketakutan.
"Buka pintu ni! Aku nak jumpa dengan kau!" Jerit Pak Ayob di hadapan tangga rumah, dia menyepak pagar paras pinggang itu dengan geram. Sedari tadi dia memberinu salam namun tiada sebarang sahutan.
"Ibu" bisik Leinani gementar, lengan ibunya dipeluk erat. Risau jika bila-bila masa mereka akan tertangkap, melihat baran Pak Ayob itu sudah jelas menunjukkan rasa amarah yang orang tua itu alami tatkala ini. Jika tertangkap, pasti keadaan mereka akan menjadi lebih teruk.
"Shhh, jangan risau" pujuk Mak Cik Wardah walaupun dia sendiri merasai getaran ketakutan itu. Tangan lelaki tua itu sudah lebih dari biasa memukul mereka, serupa binatang.
"Leinani!" Tengking Pak Ayob, pagar separas lutut itu dibuka dengan kasar.
"Apa kita nak buat ni? Ibu, jom kita pergi" ujar Leinani tergesa-gesa, melihat amarah lelaki itu sudah lebih dari memberitahu yang dia bakal dipukul.
"Kalau aku tahu kau kat dalam, aku tikam kau Wardah!" Pintu kayu itu diketuk kasar, dia menghentak pintu itu sekuat hati. Marahnya semakin tidak tertahan-tahan, lebih baran tatkala mengingati kata-kata isterinya lagi tadi.
"Wardah tak nak jadikan Leinani isteri pada lelaki sampah macam abang"
"Buka sial!" Tengkingnya sekuat hati, pintu itu ditendang dengan kasar.
"Alluakhbar" Leinani menahan air matanya, dia menarik lengan ibunya dengan segera. Tidak mahu melihat kejadian itu lagi, terlalu menikam-nikam hatinya. Dia risaukan keadaan ibunya.
"Abaikan apa yang dia kata, dia adalah amarah yang dikawal oleh syaitan" tangan anak perempuannya digenggam dengan sangat erat sebelum berlalu pergi dengan segera, mereka berlari anak ke laluan keluar.
Baru sahaja beberapa langkah ke hadapan mereka terlihat satu kumpulan anak muda yang sedang berjalan kaki, di sisi mereka terdapat Tok Imam. Mungkin mereka baru selesai menunaikan solat jemaah di masjid, ingin sahaja mereka meminta tolong namun keadaan tidak mengizinkan.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...