•bab 10•

186 25 0
                                    

          "SAYANG, tumpah nanti" pujuk Mawar dengan senyuman kecil. Bibir Aathif yang mencebik kecil itu dicuit, manja. Cawan milo yang berada di kedua tangan kecil itu diambil, karang tertumpah pada baju. Susah pula hendak dibasuh nanti.

"Biarlah dia minum, kesian dia" Nathan mengambil kembali cawan berada di tengah meja itu lalu menghulurnya pada anak kecil itu, laju sahaja Aathif menyambarnya dengan sengihan yang terukir di bibir. Menayangkan dua batang giginya yang tumbuh.

"Kalau tumpah nanti macam mana? Karang comot, melekit siapa yang nak bersihkan?" Soal Mawar bertubi-tubi, kesian memang kesian. Tetapi anak buahnya itu bukan jenis yang makan saman, bila sudah kena lagi dia mahu buat sampailah puas. Kalau tidak kena dengan kehendak dia mulalah buat drama air mata, meleleh air hingus semua.

"Kaulah, banyak soal pula" jawab Nathan dengan muka menyampah. Lagipun bukannya dia kejam sangat pun, sengaja hendak menyakitkan hati wanita itu. Dia yang mengajak mereka keluar, jadi dia lah yang akan bertanggungjawab. Itu jugalah syarat Ibu Ayana kepadanya, jika hendak membawa Mawar keluar perlu membawa Aathif sekali. Perkara itu lebih beruntung apabila Aathif masih belum berada di alam mimpi lagi, jika tidak lain kali sahaja lah peluang mereka untuk keluar. Lebih-lebih lagi, keluar dengan si Hujan ni. Semua benda hendak dipersoalkan.

Mawar mencebikkan bibirnya, aku juga yang bersihkan.
"Minum perlahan-lahan lah Aathif, tersedak nanti" ujar Mawar, risau. Straw minuman yang senget itu dibetulkan, dia mengusap lembut belakang tubuh Aathif yang rakus minum air. Air manis, sukalah dia. Karang tersedak, tudung aku juga bercorak.

"Aathif ni, anak siapa? Umur dia berapa?" Soal Hujan dengan mata yang tidak lepas merenung anak kecil itu. Dari tadi lagi dia memerhati adegan pergaduhan mereka berdua lebih-lebih lagi apabila melibatkan baby bernama Aathif ini. Banyak sungguh pantang larangnya, dan banyak juga lah bantahannya. Masing-masing tidak mahu kalah, lebih suka untuk berdebat kata.

"Anak abang saya, baru setahun lebih" jawab Mawar sambil mengelap mulut Aathif yang comot. Baru sahaja kata tadi, pasti comot juga.

Kata-kata Mawar itu mendapat anggukan faham dari Hujan sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah Nathan. Lelaki itu tidak lepas dari memandang Mawar dan anak buahnya. Air yang terhidang pun tidak terminum, hanya tangan itu sahaja yang mengacaunya tidak henti-henti. Makanan pula belum sampai memandangkan sate itu perlu dibakar terlebih dahulu. Tetapi yang mengelirukannya adalah sikap Nathan, lelaki itu seolah-olah menjadi individu lain malam ini. Pelik bin ajaib.

"Nathan, awak keluar malam-malam ni tak penat ke? Bukan esok awak kerja?" Pertanyaan Mawar itu mendapat gelengan dari Nathan. Lelaki itu cuma mendiamkan diri dengan pandangan yang masih tertumpu pada Aathif. Matanya lebih minat untuk melihat anak kecil itu berbanding mendengar celoteh mereka berdua.

"Tchhuuu! Ayiiii!" Jerit Aathif kuat dengan jari yang ditunjukkan ke arah hidangan sate yang terhidang. Sate itu juga masih lagi berasap dan panas.

Spontan dia merangkakkan tubuhnya ke arah pinggan sate itu lalu pantas sahaja tangannya menyambar satu cucuk sate. Dengan sengihan lebar dia menunjukkan cucuk sate itu kepada Mawar. Huhu, Aathif dapat makan sate.

Mawar mengambil sate itu secara paksa dari tangan Aathif apabila anak buahnya itu menggenggamnya erat.

"Arhhhh! Amiiii!" Rengek Aathif nyaring tatkala cucuk sate itu terlepas dari pegangannya.

"Panas lagi ni, bagi Ami tiup dulu ea" pujuk Mawar lembut. Dia tersenyum memandang wajah sebek anak buahnya itu, comel sahaja dengan bibir yang terjuih ke hadapan.

"Asik membuli je kau ni, mesti tiap-tiap hari dia kena dera" ujar Nathan sambil mengusap lembut kepala kecil Aathif. Suka pula dia melihat mulut kepoh anak kecil ini, dengan pelatnya dan mukanya yang tembam membulat benar-benar mencuit hati. Lagi teruja apabila bibir kecil itu tersengih dan tersenyum menayangkan dua batang giginya. Rasa mahu makan sahaja si Aathif ni.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now