•bab 19•

237 23 6
                                    

           TERHINJUT-HINJUT bahu Ibu Ayana menahan rasa sebak yang bertandang, dia menutup wajahnya yang basah dengan air mata. Sedari tadi dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara, menahan rasa ingin meraung itu dengan mengetap bibirnya.

Hampir rebah tubuhnya tatkala mendapat panggilan dari Nathan mengenai keadaan Mawar, saat itu juga dia menjerit kerisauan. Rasa amarah kepada pelakunya juga semakin menggunung, ingin sahaja dia merobek kulit penjenayah itu.

"Ibu" panggil Ferhadh, sayu. Lemah dia melihat keadaan Ibu Ayana ketika ini, sejak mereka di rumah tadi hanya air mata yang menemani ibunya itu. Dia juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya tatkala mendengar keadaan adiknya yang terseksa itu, air matanya benar-benar terasa ingin mengalir. Namun dia harus menahannya di hadapan mereka semua, ego lelaki. Walaupun matanya jelas kelihatan merah.

"Ibu jangan macam ni, kita doakan adik dekat dalam tu" pujuk Ferhadh sayu, bahu ibunya diusap lembut. Ketika ini pun hanya dia dan Ibu Ayana di hospital, dia perlu meninggalkan Cinta dan Aathif di rumah memandang mereka berdua sudah tertidur. Dia cuma meninggalkan sticky note kecil di sisi meja, memberitahu mengenai pemergiannya.

"Sesak dada ibu Ferhadh, ibu tunggu adik tak balik-balik. Apa yang ibu dapat adalah panggilan dari Nathan, dia bagitau keadaan adik hampir parah Ferhadh, ibu takut" luah Ibu Ayana sambil menggenggam erat baju di bahagian dadanya, jelas kedutan yang berbentuk melalui genggaman erat itu. Benar-benar menunjukkan rasa sakitnya di situ, hati ibu mana yang tidak terluka jika melihat keadaan anaknya seperti ini.

Doanya tidak putus-putus meniti di bibir, berharap agar anaknya berada di dalam keadaan yang baik. Dia juga tidak pernah bergerak dari tempat duduknya, setia menunggu pemeriksaan anaknya di bilik kecemasan. Dia hanya inginkan jawapan yang positif, itu sahaja cara untuk menenangkan hati tuanya.

"Assalamualaikum" sapa seseorang.

Serentak dua beranak itu mengalihkan pandangan mereka, air mata Ibu Ayana semakin laju tatkala melihat wajah yang tersenyum tawar itu.

"Waalaikumsalam" balas Ferhadh lalu menghembuskan nafas lemah, rasa risaunya sedikit berkurangan tatkala melihat susuk tubuh Nathan itu.

"Nathan" panggil Ibu Ayana dengan nada bergetar, lengan lelaki itu digenggam erat. Hati tuanya mendesak-desak ingin mengetahui keadaan yang berlaku ketika di sana, dia ingin mengetahui kejadian yang menimpa anak perempuannya dengan lebih lanjut. Walaupun sebentar nanti, hati dia yang terluka.

"Ibu rehatlah dulu, bila semuanya okay Nathan akan cerita" pujuk Nathan lembut, bukannya dia tidak mendengar suara raungan Ibu Ayana sewaktu mereka di panggilan telefon tadi. Namun dia tidak boleh ke hospital dengan lebih awal, dia hanya mampu menghantar Mawar sahaja sebelum diarahkan pulang semula ke balai. Dia perlu menguruskan laporan kes Mawar dengan lebih lanjut, kerana ini adalah serangan kali kedua.

"Macam mana boleh jadi macam ni Nathan, sedangkan tadi Maya dah telefon Ibu. Dia kata Nathan minta tolong dia untuk ambil Nathan kat sana, enjin kereta Nathan bermasalah" terang Ibu Ayana bersama nafas yang sedikit sesak, semakin lama semakin erat genggaman tangannya di lengan anak muda itu.

Ketika itu juga Nathan menghembuskan nafas sesal, jika dia tiba dengan lebih awal tadi pasti keadaan Mawar tidak akan seteruk ini. Dan jika dia terlewat, berkemungkinan tubuh Mawar akan terpapar di hadapan matanya di dalam keadaan yang tidak bernyawa. Memikirkannya sudah mensesakkan dadanya, apatah lagi melaluinya.

"Itu bukan nombor Nathan ibu, dan kalau Mawar tak mesej Nathan waktu tu. Mungkin Nathan takkan tahu keadaan dia" jelas Nathan dalam keadaan memujuk, dia membawa tubuh Ibu Ayana untuk duduk di kerusi. Kasihan tubuh tua itu menggigil memohon penjelasan darinya, bukan dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut tetapi dia risau sekiranya tubuh tua itu semakin lemah dan tidak sihat.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now