•bab 40•

161 15 15
                                    

           BALINGAN kayu yang dicampak ke arahnya dielak, Nathan mengejar lelaki berbaju lusuh itu bersama pistol di tangan.

"Amik laluan bertentangan!" Arah Nathan sebelum melepasi batu bata yang menyusun tinggi, dia melompat melepasi objek itu dengan mudah.

Hujan di sisi meluncur laju melalui timbunan kayu, dia mengacu pistol ke arah kaki pelarian itu.

"Siapa yang terlepas?!" Soal Hujan, dia kembali berlari mengejar musuh.

"Dua daripada lima penjenayah yang ditangkap" balas Nubhan sayup-sayup dari belakang.

"Kuat stamina aku macam ni" mabuk Hujan.

"Watlek, stamina kuat yang mantap. Idaman wanita" tambah Nathan pula, turut merapu.

Nathan mengangkat pistolnya separas bahu sebelum melepaskan tembakan ke arah kaki musuh, dia mengejar dengan pantas tatkala larian lelaki itu mulai terkial-kial.

"Sakit s*al!" Jerit suara itu nyaring.

"Nubhan!" Panggil Nathan dengan kuat setelah menangkap musuh, dia menahan tubuh itu dari belakang.

"I got one!" Sahut Hujan pula.

Nubhan terus menggari tubuh yang longlai itu dengan pantas, risau jika terlepas semasa bergelut.

"Degil" Hujan menjentik dahi penjenayah itu.

"Bebal" kutuk Nathan, risau kadang.

"Sini" Raaid menyambut penjenayah di tangan Hujan, dia menahan gari itu dengan kuat.

"Letih bhai, nak tercabut jantung aku" keluh Hujan, dia menyandar dengan lelah di pokok.

"Kau dah tua lah tu, dah tak selevel dengan aku" balas Nathan sebaik sahaja memastikan kedua-dua penjenayah ke dalam kereta polis, lega tatkala semuanya telah selesai.

Hasil penangkapan individu pembunuhan dan cubaab merogol, 10 individu ditangkap dengan kemas. Sama seperti kes-kes sebelum ini. Penjenayah selalu dikesan, namun lokasi dan ketua utamanya masih di dalam pencarian. Rumit.

"Kita memang tak sama, kau tak single. Puih!"  Ejek Hujan, membanggakan kehidupan alone yang dia alami tatkala ini.

"Sekurangnya makan pakai aku, ada orang yang uruskan" kata-kata itu berjaya membuat Hujan terdiam ditempatnya, dia meleparkan jelingan tajam. Tak guna.

"Eleh, aku pun orang uruskan" nak kata Tok Ummi lah tu, tak padan dengan teruna lapok.

"Tak sama, aku diurus dengan sayang yang mendalam" sambung Nathan lagi, sengaja ingin menyakitkan hati.

"Apa kau fikir Tok Ummi tu, Hulk kah? Nak kasar sangat" perli Hujan semula.

"I got the kisses every morning, bro" akhirnya Hujan terdiam mendengar kata-kata itu, main kotor.

Nathan tersenyum sinis, puas hati aku.

"Aku nak report!" Nathan tergelak mendengar ayat itu, mengalah ah tu.

Dia melangkah ke arah kereta yang bertentangan, ingin kembali ke balai.

"Aku dah buat tinjauan, kita dah boleh mulakan serbuan kembali" ujar Gween bersama report di tangan, dia melangkah ke arah mereka bersama carta di tangan.

"2 bulan diorang senyapkan diri, dan kerja diorang bermula semula minggu lepas. Baru-baru ni, kita baru dapat 2 orang mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita" jelas Gween lagi sambil menyerahkan fail itu kepada mereka.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now