"Jangan pergi mana-mana, tunggu aku datang"
MAWAR memeriksa lock keretanya, tingkap juga ditutup rapat sungguhpun tingkap itu tidak dibuka. Debarannya kian berkurangan, kata-kata Nathan sebentar tadi sedikit sebanyak mengurangkan ketakutannya.
Jangan disoal bagaimana nombor lelaki itu berada di telefon bimbitnya, perkara itu juga menjangkaui jangkaannya. Tidak terdetik langsung difikirannya untuk terus berhubung dengan lelaki itu, namun ada hikmahnya juga. Dia mempunyai penyelamat tatkala detik sukar seperti ini.
Ketukan di tingkap pemandu menyedarkannya, hatinya resah kembali. Wajah lelaki bermask hitam itu menyapa pandangannya, isyarat tangan ditunjukkan agar dia menurunkan tingkapnya.
Mawar menggigit bibir, nak turunkan ke tak nak?. Siapa tahu dia baik kan? Mungkin dia tak sihat sebab tu dia pakai penutup mulut tu, kan? Kan?!.
Akhirnya tingkap itu diturunkan, hanya suku sahaja. Tidak berani untuk menurunkannya terlalu bawah.
"Aku minta maaf, aku terlambat tekan brek. Kau okay?" soal lelaki itu dengan nada mendatar. Hanya pandangan mata sahaja yang jelas kelihatan memandangkan mask hitam itu menutup separuh wajahnya.
Mawar mengganggukkan kepalanya perlahan.
"Ok-okay" balasnya gagap. Pandangannya dilencongkan memandang tempat lain, tidak mahu menatap wajah lelaki itu."Keluarlah, kita bincang. Aku akan bayar ganti rugi" tangan lelaki itu naik memegang celah tingkap. Genggaman kuat yang jelas kelihatan itu sedikit menakutkannya.
Kepalanya digelengkan. Aku akan selamat, selagi aku duduk dalam kereta ni. Pesanan Nathan terngiang-ngiang di fikirannya. Jangan pergi mana-mana, duduk sahaja. Nanti Nathan datang. Ya, dia akan datang.
"Lain kalilah" tingkap itu cuba dinaikkan namun ditahan. Dia terkedu tatkala tingkap itu dipaksa tolak ke bawah, beberapa tolakan yang kuat sehingga separuh tingkap itu terbuka. Bibirnya tergetar. Lindungi aku Ya Allah.
"Aku. kata. keluar." keras suara itu memaksa. Pandangannya terketar memerhati tangan itu membuka lock keretanya. Sekelip mata sahaja pintu kereta itu terbuka luas, kini tubuh lelaki itu benar-benar berdiri di sisinya.
"Jangan paksa aku" sekali lagi dia bersuara apabila tubuh Mawar kaku tidak bergerak.
Teragak-agak tubuh itu melangkah keluar dari perut kereta, tangannya digenggam kuat. Berpeluh. Setitis demi setitis peluh mula merinik di dahinya. Tatkala itu baru terasa kesakitkan yang sedikit menyengat, pedih akibat terkena luka hentakan tadi.
Lengan wanita itu dicengkam.
"Ikut aku" terus sahaja tubuh itu ditarik ke arah keretanya.Mawar mula cemas, tangannya menolak cengkaman yang kuat itu. Kesakitan mulai dirasai sedikit demi sedikit. Tangannya tidak lepas dari menumbuk genggaman tangan yang kuat itu. Tubuhnya diheret dan dipaksa untuk mengikuti langkah lelaki itu.
"Let me go!" jeritnya nyaring.
Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis.
"Kau kena teman aku malam ni. Jangan risau, dalam kereta pun seronok" terdengar tawa lelaki itu memenuhi kawasan mereka. Matanya galak memerhatikan tubuh Mawar yang masih berbalut pakaian itu. Bibirnya tersenyum miang.Mawar terkaku. 'Musibah apakah ini Ya Allah, lindungilah hambamu yang lemah ini' rintihnya dalam hati. Dia tidak mahu sekiranya maruahnya tergadai malam ini. Panahan mata lelaki itu jelas menerangkan segala-galanya, maruahnya bakal menjadi galang gantinya.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...