NATHAN tersenyum kecil melihat tubuh tua yang terbongkok-bongkok menyapu sampah itu. Aduhai, hari pun sudah hampir larut malam namun tubuh itu masih lagi bekerja. Langkahnya pantas diatur ke halaman rumah, penyapu yang berada di tangan itu diambil. Dia tersengih apabila bahunya dipukul lembut.
"Tak apalah, Nathan. Tok Umi boleh buat" penyapu itu cuba diambil kembali namun tidak berjaya. Malah, tubuhnya pula yang diarahkan untuk duduk di pangkin kayu berdekatan itu. Tersenyum dia melihat cucu lelakinya itu, langsung tidak kekok untuk membantunya menguruskan hal rumah.
"Tok Umi kan baru je sihat, kenapa tak panggil Nathan?" ujarnya risau. Daun-daun kering yang bertaburan itu kembali disapu sebelum pemetik api dihidupan. Asap yang banyak mula kelihatan apabila daun-daun kering itu mula terbakar. Nathan melabuhkan duduk di sebelah neneknya.
Ummi Dahlia mengusap rambut cucunya dengan sayang, tidak sangka anak kecil yang dulunya ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah dewasa. Cepat benar, masa berlalu.
"Nathan tak penat? Pagi kerja, malam pula tolong Tok Umi. Kadang-kadang, jarang nak nampak muka ni kat rumah" kata Ummi Dahlia diiringi usikan kecil. Lagipun dia sedar akan pekerjaan cucunya itu, kadangkala terpaksa tidur di pejabat akibat kerja yang terlalu banyak. Namun, bibir itu tidak pernah mengeluh dan merungut.
Masih mencari rezeki demi menyara keluarga.Tangan yang hampir berkedut itu digenggam sambil tertawa. Diusap perlahan tangan yang setia menguruskan makan dan pakainya.
"Tok Umi tak penat? Asik rindu Nathan je" usiknya pula. Terdengar tawa meniti di bibir wanita separuh usia itu, kini tangannya pula diusap lembut.
"Tak penatlah, lagipun hari-hari Tok Umi rindu cucu Tok Umi ni"
Terasa usapan sayang dibahunya, bagaimanalah dia mahu bernafas sekiranya tiada wanita ini disisinya. Penat lelahnya sentiasa diawasi malah jatuh bangunnya sentiasa dibantu. Tiada yang lebih bermakna berbanding wanita ini disisinya.Nathan menghadiahkan senyuman lebar, bila lagi waktu yang dia ada jika bukan saat ini.
"Nathan dah besarlah Tok Umi, janganlah layan macam budak-budak" kadangkala malu juga apabila dirinya dilayan seperti kanak-kanak. Masih dimanjakan walaupun sudah meningkat usia.
"Tok Umi tak ada budak lain, jadi main dengan budak Nathan jelah" balas Ummi Dahlia dengan nada main. Dia tertawa besar melihat wajah cemberut itu, pantang betul orang panggil dia budak.
"Amboi, meriahnya suasana" sahut satu suara di hadapan mereka. Tubuh tua berbaju melayu dan berkain pelekat itu melangkah ke arah mereka.
Nathan pantas bangkit dan menyalami atoknya. Songkok di tangan lelaki itu diambil lalu disarungkan ke atas kepalanya.
"Baru balik abang" tangan suaminya dikucup sebelum terasa usapan di kepalanya.
"Tak, baru pergi" guraunya. Macam inilah perempuan, suka tanya perkara yang sudah nampak di hadapan mata.
"Ish" lengan itu dicubit perlahan. Suka benar mengusik orang, pantang diberi peluang ada sahaja usikannya.
"Nathan tak tidur hotel pula malam ni?" ujar Ayah Syah dalam nada bergurau. Sengaja ingin mengusik cucunya itu, maklumlah waktu dan masa yang mereka ada bersama itu terlalu terhad memandangkan pekerjaan yang diceburi lelaki itu amat padat.
Nathan mencebikkan bibirnya.
"Tok Ayah ni, karang Nathan tidur sana betul-betul baru tahu" ugutnya, turut bergurau. Suka sangat kata pejabat kita tu hotel. Duduknya dilabuhkan di antara kedua-dua tubuh itu, tangannya dirangkulkan memeluk lengan atok dan neneknya. Sengaja ingin bermanja."Pergilah, Tok Ayah pun jemu tengok muka kamu" okay, aku dah tahu genetik berlagak aku ni dapat daripada siapa. Sedar diri rupanya.
"Tak naklah, nak duduk sampai Tok Ayah muntah tengok muka Nathan" balasnya tidak mahu kalah. Setiap kali berjumpa pasti ada sahaja perkara yang dibahaskan, lagipun mereka bergurau sahaja tidaklah sehingga berkecil hati atau bermasam muka.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...