MAYA menggubah bunga di sisi pelamin, tubuhnya juga tidak habis-habis membongkok dari tadi. Datin inginkan hiasan bunga sepanjang red carpet, jadi dari situlah bermula sakit belakangnya. Menunduk dan membongkok menghias bunga-bungaan rose itu.
"Aduih, nak patah pinggang aku" rungutnya perlahan, hanya sekadar ingin mengucapkannya pada diri sendiri. Kedua-dua tangannya dibawa ke belakang, ingin merengkan badan yang lenguh.
"Meh aku tolong picit" pelawa Mawar yang tiba-tiba muncul. Sebenarnya dari jauh dia memerhatikan sahabatnya itu, dari tadi tidak lepas memicit pinggang dan leher. Hampir beberapa jam juga dia melihat Maya menguruskan tugas gubahan bunga itu, bukannya dia tidak mahu tolong tetapi tugasnya juga belum selesai. Masih ada lagi beberapa baki meja yang belum berhias dan bernapkin.
Maya menggeliat tatkala tangan sahabatnya itu memicit-micit bahunya, geli!.
"Itu bukat urut, itu geletek" balas Maya lalu menepis tangan yang tidak henti memicit itu. Kalau salah urut, mahu terbalik tulangnya.
"Banyak songeh" cebik Mawar sebelum melabuhkan duduk di sisi sahabatnya itu. Dia memerhati tangan Maya yang lincah mengatur bunga itu. Sudah hampir lewat petang, banyak lagi kerja mereka yang masih belum siap. Hanya tinggal dua hari lagi termasuk hari lusa, jika masih tidak selesai habislah maruah mereka sebagai pengurus perkahwinan.
Mawar memandang ke arah pintu utama dewan, jelas kelihatan titis-titis hujan yang jatuh menyembah bumi. Patutlah rasa sejuk, malah aircond pun tidak terpasang hanya kipas sahaja yang berpusing.
"Babe, tolong ambilkan white rose dekat meja luar. Tapi hati-hati sebab kat luar tu licin" minta Maya sambil menayangkan sengihan. Malas betul hendak bangun, punggungnya sudah melekat penuh di lantai.
"Jangan paksa diri sangat, kalau penat rehat" nasihat Mawar sebelum bangkit mengatur langkah ke luar. Dia menuju ke arah meja yang menempatkan pelbagai jenis bunga itu, ringan tangannya mengangkat kotak sederhana besar yang berisi bunga ros putih.
"Cik" panggil seseorang seakan-akan kepadanya. Mawar mengalihkan pandangannya ke hadapan, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arahnya sambil memegang payung. Namun tumpuannya teralih apabila ada seorang lagi lelaki di belakang yang berjalan ke arahnya, dengan payung yang turut tergenggam di tangan.
Mawar terkedu tatkala mengenali lelaki di belakang itu. Nathan? Apa dia buat kat sini?.
Terpaku pandangannya melihat jejaka itu. Lebih terpaku apabila payung yang menutupi sebahagian wajah itu terangkat, memandang ke arahnya. Dengan topi hitam yang tersarung di kepala dan riak wajahnya yang serious, ditambah pula dengan titisan-titisan hujan yang menitik di sisi payung. Persis sungguh dengan drama "goblin" pujaan ramai itu.
Telinganya seakan-akan terdengar lagu 'stay with me' pula, nyanyian Chanyeol EXO feat Punch.
Aduhai, mengapa Nathan nampak sungguh bergaya di pandangan matanya hari ini? Selama ini biasa sahaja, kacak itu selalu namun lain pula auranya hari ini. Eh, aku puji dia? Ini memang hasutan syaitan!.
Tidak mahu beralih pula sepasang matanya dari membalas pandangan lelaki itu, masih lagi dikunci sejak awal lagi mereka bertentang mata. Mujur sahaja kotak bunga yang dipegangnya tidak jatuh, kalau ya pasti air mukanya jatuh. Hendak disorok ke mana wajah yang serupa ceri nanti.
"Cik Mawar"
Dia tersentak apabila namanya dipanggil sekali lagi. Kalut Mawar memandang ke arah lelaki yang sudah berdiri di hadapannya, seolah keliru dengan tindak balas yang dia berikan. Mawar membalas dengan senyuman yang kecil, mahu menutup rasa malunya sebentar tadi.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...