•bab 37•

139 13 3
                                    

           MAWAR MELANGKAH turun ke bawah sambil membetulkan pakaiannya, baru sahaja selepas mandi. Dia tersenyum lebar memandang Ibu Ayana yang sedang menyediakan sarapan.

"Wahai emakku" panggilnya, mengusik.

Ibu Ayana hanya tersenyum kecil, bangun dah bini orang.

"Iya, bini orang. Suami awak dah makan belum?" Soalan Ibu Ayana itu mengundang sengihan tidak bersalah di bibirnya, ibu ni suka attack aku pasal Nathan tau.

"Err, dah?" Balasnya teragak-agak.

"Belum!" Mawar terhenjat tatkala mendengar nada tinggi ibunya itu. Amboi, bukan main gangster lagi Si Ayana ni.

"Awww, ganas" usiknya.

"Mawar dah jadi isteri kan, ibu dah pesan--" Mawar memejamkan matanya mendengar bebelan ibu itu, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Ibu ni memang, gaya tegur macam aku campak laki aku dalam parti asuhan.

"Kan dah tanggungjawab adik untuk jaga makan minum dia.."

Aduhai, tak habis lagi. Keluhan berat dilepaskan.

"Senang je nak masuk syurga kalau jaga hati suami.."

Ya Allah, ibu. Menduga jiwa dan raga betullah, jika bercakap soal menantu kesayangan dia tu.

"Adik kan dah layak jadi isteri, jadi-- adik!" Satu cubitan kuat di lengan menyedarkannya, Mawar menjerit kesakitan. Spontan matanya terbuka luas, pedih!.

"Suka buat tak tahu bila ibu nasihat tau" tegur Ibu Ayana dalam nada tegas, susah benar ada anak dara yang jenis menggunakan otak sampai dua hingga tiga ni. Tiga suku sungguh.

"Adik dengarlah, ibu" balasnya sambil lewa, walhal dengar mana yang sempat masuk sahaja.

"Dengar aja, tak amalkan pun" amboi, bukan main ya menikam anak sendiri.

"Ibu ni, sejak ada menantu bukan main lagi tau. Itulah, adik suruh kahwin dengan Nathan dulu-- ARGH!" Jeritan kesakitan memenuhi ruangan dapur itu tatkala perutnya dipulas kuat, dia mendesis pedih.

"Cakap lagi, cakap. Ini ikut mulut siapalah ni? Macam tak pergi sekolah" perli Ibu Ayana, geram. Selamba badak sahaja mulut tu nak berkata pun, langsung tak pandang orang.

"Selalu macam ni.." rajuk Mawar, dia mengusap perutnya dengan kesedihan.

"Pergi panggil suami kamu sana" nampak? End up dia Nathan juga.

"Masalahnya, mana dia?" Soalnya mencari.  Semasa dia bangkit dari tidur lagi wajah lelaki itu tidak kelihatan, kalau tidak pagi-pagi lagi sudah menerjahnya di katil.

"Ada kat halaman" serentak itu Mawar melangkah ke halaman rumah.

"Mana?" Matanya diperhatikan di sekeliling.

"Dekat garaj-- what?!" Jeritnya tatkala melihat tubuh sasa yang sedang melakukan push up di halaman rumah itu.

Push up itu, tiada masalah pun. Cuma--

"Kenapa dengan kamu ni? Menjerit aja kerja" tegur Ibu Ayana sebaik sahaja melangkah ke ruang tamu, tidak terkejut dek jeritan anaknya itu. Macam akademi fantasia.

"Ibu!" Jerit Mawar.

Ya Allah, anakku. "Kenapa kamu-- oh" akhirnya Ibu Ayana terangguk tatkala melihat puncanya. Alahai, propa betul anak dara ni.

"Biarlah, nothing wrong pun" Mawar ternganga mendengar kata-kata itu. .

Nothing wrong?!.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now