NAFAS dihembus perlahan. Udara waktu pagi itu dihirup segar. Sudah tiga hari berada di Kerajaan Tehran namun sebarang bukti kukuh masih belum diperolehi. Segala perbincangan dan persepakatan dilakukan dalam menjayakan tugas diraja tetapi masih menemui jalan buntu. Malah, maklumat mengenai Kerajaan Tehran juga masih belum diketahui.
Dia sedar, Pasukan Polis Diraja masih di dalam langkah berjaga-jaga agar tidak diketahui identiti oleh tuan rumah. Ketika berada di mana-mana sahaja, pasti akan ada mata-mata yang memandang. Tidak lupa juga ketaatan rakyat Tehran terhadap negaranya. Sebarang pertanyaan mahupun jawapan tidak memberikan sebarang kepastian. Pasti, mempunyai kiasan.
Bunyi ketukan pintu menyedarkan lamunannya, tidak sedar akan kesejukan pagi yang menyengat tubuh. Lantas diberi arahan untuk masuk.
"Inspektor Nathan, kita telah mendapat arahan dari Tuanku untuk pulang. Pencarian Tuanku Syeikh Lais ditangguhkan" setelah menyampaikan arahan, dia menundukkan kepalanya dan beredar keluar. Itu merupakan salah satu tanda hormatnya kepada Ketua Polis Diraja Versailles, walaupun tidak mempunyai pertalian darah diraja namun pangkat dan kemahiran tersebut menjadikan beliau golongan yang dihormati.
Sekali lagi, Nathan mengeluh. Ini pasti berkaitan dengan kekangan masa yang diambil. Berkemungkinan tempoh waktu yang digunakan semasa pencarian melebihi jangkaan Diraja. Tugasan yang diberikan kali ini, tidak mudah untuk diselesaikan. Pencarian yang turut menjangkaui jangkaannya juga.
Raja Syeikh Lais , abang kepada Raja Syeikh Luthfan yang telah hilang hampir 11 tahun. Misi pencarian menjadi semakin sukar kerana pangkat golongan kerabat tersebut. Harta dan pangkat yang menjadi dendam kerajaan lain. Keamanan dan kemajuan juga semakin terancam apabila melibatkan kehilangan golongan Diraja ini.
Dia mendail nombor seseorang.
"Hujan, tomorrow morning. Sharp." panggilan dimatikan."FLIGHT kita pukul berapa esok? Pagi ke?" Soalnya. Pakaian yang masih berada di dalam almari diambil, kemudian dilipat. Sengaja melakukan persiapan lebih awal, tidaklah esok menjadi huru-hara. Hanya sehelai pakaian sahaja ditinggalkan tidak berlipat untuk pulang esok. Semua barangan peribadi juga telah disimpan.
"Tengah hari, ingat pagi tu nak pusing-pusing kejap kat sini. Bukan selalu kita pergi sini kan" balasnya pula. Siaran televisyen ditukar berkali-kali. Bosan. Cubalah bagi cerita yang gempak sikit. Ini tidak, asik mafia, tembak and mati. Lepastu pusing-pusing jalan cerita sama. Macam mana kerajaan nak maju kalau macam tu?. Tapi kat sini mafia pun aku tak nampak, penjual aiskrim je memanjang kat sini. Yang asik gaul aiskrim guna batang besi tu, alah yang suka cari gaduh guna aiskrim tu.
"Baguslah kalau macam tu pun, alang-alang aku nak beli sorverniars sekali" beg yang sudah padat itu dizipkan. Muat pun, dah puas kena pijak dengan aku gamaknya.
Beg tersebut diletakkan di sebelah almari, langkah diaturkan ke arah katil. Mahu melelapkan mata, ngantuk.
"Weyh Mawar, jomlah teman aku. Mafia tu tak mati lagi" kata Maya, merengek. Tadi bukan main, asik Mafia je. Ini dia layan pula.
Rengekannya diabaikan oleh Mawar.
Lebih selesa wanita itu tidur sambil memeluk bantal golek di tengah itu. Sudahlah dengan beberapa bantal yang sudah terpelanting jauh ke lantai, bantal aku pula tu. Memang nak aku tidur bawah ke apa?. Dasar lo wanita buntat.Bunyi alarm kedengaran kuat di gegendang telinganya. Telefon yang bergetar dengan ringtone ayam berkokok itu dimatikan. Lantas dia bangkit dari baring dan menggeliat kepuasan. Tanpa sedar, tangannya tertumbuk pipi sahabatnya yang sedang lena di sebelah. Biarkanlah, itu cara wanita sejati kejut bangun tidur.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...