•bab 36•

151 14 12
                                    

          PENCIL dihayunkan selesa di atas kertas, lakaran baju pengantin yang hampir siap itu dipandang bersama anggukan kecil. Berpuas hati.

Mawar menyandarkan tubuhnya di kerusi dengan santai, dia termenung seketika.

"Tipulah kalau aku kata aku tak suka. Cuma bila datang rasa yang satu tu, buat aku lagi berdebar lain macam" bisik Mawar sendirian, dia menggelengkan kepalanya tatkala membayangkan perangai suaminya.

Yup, Nathan is not Nathan.

"Kasar, tapi manis" tambah Mawar lagi, tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman mengenangkan perangai lelaki itu beberapa hari ini.

Mawar mengambil cawan di dalam laci sebelum terasa pinggangnya dicuit, dia menoleh ke sisi dengan pantas.

"Hye, baby" senyum Nathan, manis.

Mata wanita itu terkebil-kebil, lain pula lelaki itu pagi ini.

"Erm, morning" balasnya, pelik.

"Aku nak pergi kerja dah, don't make me breakfast. Bye" serentak itu Nathan mencium dahinya sebelum dia terdengar beberapa bisikkan ayat di ubun-ubunnya.

"Eh, makan?" Tahan Mawar bersama rasa terkejut, pagi-pagi lagi jantungnya sudah memainkan peranan.

"It's okay, aku kenyang" balasan suaminya itu membuatkan dahinya berkerut, kenyang?.

"Awak belum sarapankan?" Menipulah jika dia kata Nathan makan di dalam bilik, sedangkan sebarang makanan pun tiada di situ.

"Kissing you is already make me full"

Mawar tergamam.

"Huh?"

Tergeleng-geleng kepala Mawar mengenangkan perkara itu, malu tapi sibuk mahu memikirkannya. Bukan fikir, teringat.

Lebih-lebih lagi kejadian malam semalam.

Jari Nathan lembut melingkar di helaian rambut isterinya, sesekali dia mengusik telinga wanita itu.

"Janganlah Nathan" jari suaminya ditepis.

"So bad, i love your hair" balasan Nathan itu mewujudkan cebikkan kecil di bibirnya, memandai. Dia membetulkan kedudukannya di sofa, malu tatkala jari lelaki itu masih bermain di rambutnya.

"Mainlah rambut awak" cebiknya geram, rambut sendiri ada namun tangan tu masih gatal lagi nak main dengan rambut orang.

"Your hair is way more attractive" bisikkan Nathan itu mengundang debaran di dadanya.

Mawar membalas pandangan suaminya dengan debar, degupan jantungnya semakin laju tatkala melihat pandangan itu berubah nakal.

"Like you as well" sambung lelaki itu lagi.

Ya Allah.

"Can I have it again?" Soalan Nathan itu mengundang kerutan kecil di dahinya. Nak apa?.

"Apa dia?" Soal Mawar semula.

Dia terkedu tatkala tangan lelaki itu mulai naik menyentuh bibirnya.

"My strawberry flavour"

Subhanallah, hampir-hampir saja dia pengsan ditempatnya.

Kedua-dua tangan Mawar naik menutup wajahnya, boleh pengsan dia mengenangkan perangai lelaki itu. Nathan always make me pounding time to time.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now