•bab 22•

157 18 13
                                    

          "APA yang kamu cuba buat ni?" Soal Ayah Syah bersama wajah yang tegang, dia memandang tajam wajah yang sedang mendongak ke arahnya. Membuat keputusan secara sesuka hati di belakangnya, malah mengendahkan statusnya sebagai ketua keluarga.

"Abang, janganlah buat dia macam tu. Dia tak sengaja pun" pujuk Ummi Dahlia, sayu. Dia mengusap lembut bahu suaminya, cuba mengembalikan semula sifat sabar yang selama ini terpendam di dalam hati suaminya itu. Ayah Syah bukan lelaki yang suka menengking dan baran, namun apabila sesuatu perkara itu melebihi tahap kesabarannya, pasti akan meletus juga.

Satu keluhan lemah akhirnya meniti di bibir Ayah Syah. "Saya dah cuba, Lia. Kadang-kadang tak terasa hati pun, tapi kali ni dah melampau" jelas Ayah Syah lalu meraup wajahnya, kesal. Kalau tidak ditegur semakin menjadi-jadi, namun apabila ditegur begini pula jadinya. Dia memandang geram wajah yang mempamerkan riak tidak bersalah itu, selamba sahaja wajahnya.

Wajah itu kembali menundukkan wajahnya, selamba sahaja dia mengendahkan perasaan kedua-dua orang tuanya itu.

"Bukankah Tok Ummi dah cakap, sayang? Jangan buat macam ni, kesian kat Tok Ayah" bukannya dia tidak pernah menegur, pernah sahaja. Selalu. Tetapi orang yang ditegur itu langsung tidak mahu mendengar, masuk ke dalam telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan. Langsung tiada rasa bersalah.

"Tok Ayah tak kisah kalau ini kehendak kamu, tapi tolonglah... jangan ulang kesilapan yang sama lagi, bukan ini cara yang betul" tangan tua itu mulai memicit kepala sendiri, pening. Satu demi satu masalah datang kepadanya, mujur dia masih mampu untuk melaluinya. Jika tidak, haih.

"Sudahlah, abang. Jangan difikirkan lagi" pujuk Ummi Dahlia lagi, risau benar melihat keadaan suaminya. Tangannya masih lagi setia mengusap bahu suaminya, tidak mahu apa-apa perkara yang buruk berlaku.

"Apa yang Tok Ummi dan Tok Ayah buat ni?" Satu suara yang menyoal itu menarik perhatian mereka, mereka memandang wajah cucu mereka Nathan yang baru keluar dari bilik mandi. Masih lagi bertuala sambil mengelap rambutnya yang basah, badan lelaki itu masih terdapat sisa-sisa air mandi tadi. Bau haruman mandi itu memenuhi hidung mereka. 

Ayah Syah menjongketkan sebelah keningnya, buat apa?.

"Kamu tolong ajar sikit anak kamu ni, geram aku dibuatnya" tegur Ayah Syah sambil menunjuk ke arah wajah yang tidak mempedulikan mereka itu, degil.

"Meoww" balasnya perlahan.

"Apa kamu meow meow ?! Dah elok bini aku bagi makanan sedap kat dapur sana, makanan aku juga kamu nak bedal kenapa?" Marah Ayah Syah kegeraman, bukan sekali dia menerima situasi seperti ini. Selalu!. Kadangkala tidak sedar pun makanannya hilang, kadangkala pula dia berfikir makanan belum siap dihidangkan. Rupa-rupanya telah dibelasah oleh kucing ini dahulu, geram betul!. Nasib baik sayang.

"Tak apalah, abang. Ada banyak lagi kat dapur tu, Lia ambilkan ya" lengan suaminya ditarik lembut kah meja makan, jika direnung kucing itu membedal ayam goreng kegemaran suaminya, sehingga esok mereka tidak kenyang.

"Tapi Lia, ayam goreng abang tu" Allahuakbar, tidak habis-habis lagi. Mata Ayah Syah masih lagi setia memerhati kucing itu membedal ayam gorengnya, bukan seketul tau tapi dua ketul ! Dua kali dia ambil ! Sabar jelah aku.

"Ada banyak abang, itu rezeki dia" Ummi Dahlia menepuk bahu suaminya memujuk sebelum mengatur langkah ke dapur, kali ini dengan berhati-hati agar tidak dicuri lagi.

"Gemok tak salah pun Tok Ayah, dia nampak ayam goreng tu sedap sangat" ujar Nathan lalu mengambil tempat di meja makan, dengan selamba dia meneguk air di meja makan dengan sehelai tuala tersarung di badan. Kucing gebu berwarna oren itu mula melangkah ke arah mereka, dengan ekor kontotnya lagi. Gigit karang.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now