HUJAN tersenyum memerhati dua beranak itu, masing-masing dengan wajah berdebar untuk melihat jenazah. Dia tahu, kedua-dua mereka sedang menahan rasa sedih dan sebak. Buktinya, mata mereka mulai diselaputi kaca jernih.
"Hujan, bila Makcik boleh masuk dalam?" Soal Ibu Wardah, tidak sabar. Rindu benar hati tuanya untuk melihat wajah anak perempuannya, biarkan tidak bernyawa. Hanya jasad yang terpelihara dengan baik terpampang di hadapan mata, tanpa apa-apa pergerakan.
"Kejap lagi mereka akan panggil, makcik sabar ya" pujuk Nathan bersama senyuman nipis sebelum dia memandang wajah manis di sebelah Ibu Wardah. Gadis itu memeluk erat lengan ibunya, malah tangan itu tidak berhenti dari mengusap kekura tangan ibunya.
Tanpa sedar Leinani mengalihkan pandangan ke arahnya, serentak itu juga dia tertunduk segan. Apa kah lalok sangat kau ni Hujan, suka hati pandang anak dara orang.
"Tuan..." panggil gadis itu lembut.
Serentak itu juga Hujan mengangkat kepalanya, terkebil-kebil dia membalas pandangan wanita itu.
"Yyaa-yaa?" Sahutnya gagap. Allahuakbar, aku tumbuk mulut ni nanti.
"Tak apa kah kalau kami berlama kat dalam tu?" Soalan Leinani itu mengundang rasa bersalah di hatinya, bagaimanalah dia hendak membalas?. Keluarga itu amat berhak untuk berlama namun dia perlu mematuhi undang-undang yang diberikan.
"Bila dah habis waktunya, saya akan panggil" Fuhhh, jawapan selamat.
Leinani menganggukkan kepalanya tanda faham, tak apalah. Asalkan mereka berpeluang untuk melihat wajah arwah kakaknya untuk melepaskan rindu, selepas ini rindu itu akan disampaikan melalui doa.
Beberapa minit kemudian pintu besar itu terbuka, wajah pekerja yang memakai mask itu menyapa wajah mereka.
"Dipersilakan masuk" ujarnya sebelum berlalu pergi.
"Jom" balas Hujan lalu membuka pintu itu untuk mereka, dia memberi peluang kepada dua beranak itu untuk masuk ke dalam. Dia sedikit teruja memandang wajah kegembiraan mereka berdua, senyuman di wajah mereka terlakar dengan jelas.
Leinani dan ibunya memerhati kain putih yang diselak perlahan itu, dengan sabar mereka melangkah ke arah jasad yang terbaring itu. Serentak itu juga air mata mereka menitis tatkala memerhati wajah yang bersih dengan calar itu, lembab dan dipenuhi luka.
"Anak ibu..." panggil Ibu Wardah dengan nada yang serak, menggigil tangannya menyentuh lembut rambut yang terurai itu. Subhanallah, sahutanku tidak bersambut Ya Allah, benarlah anak yang aku tatang selama ini telah pergi meninggalkan aku.
Leinani menggigit bibirnya, kuat. Menahan tangisan. Mereka tidak boleh bersifat seperti ini di hadapan jenazah, mereka perlu menerima kenyataan dan menghormatinya.
"Kakakkk, Leinani datang nn--ni" dia menutup mulut yang hampir mengeluarkan esak tangis, berusaha dia menahan sebaknya walaupun sudah berjuraian air matanya di pipi.
"Ibu doakan kakak tenang kat sana, kakak anak solehah, ibu bersyukur ada anak yang taat macam kakak. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk keluarga kita, sekarang ibu redhakan pemergian kakak. Kakak berehat ya, nak" luah Ibu Wardah sebak, hati tuanya sayu mengenangkan pemergian anaknya. Kerana sikap dan sifat manusia binatang di luar sana, anaknya yang menjadi mangsa bernafsu mereka. Malah dibiarkan jasadnya dalam keadaan yang mengaibkan, Allahuakbar.
"Kakak jangan risau, Leinani akan jaga ibu baik-baik. Leinani akan sara keluarga kita" janjinya sebak, tersekat-sekat suaranya berkata-kata. Dia mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir, dia tidak patut meratapi jenazah kakaknya seperti ini.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...