WAJAH Mawar bertukar keliru, kaca televisyen itu dipandang dengan tanda tanya.
"Ini video yang mana? Tok Ummi tersalah letak kah?" Soal Mawar sendirian. Dia terus mengalihkan pandangan ke arah suaminya.
"Abang--" panggilannya terhenti tatkala melihat wajah suaminya, riak lelaki itu mulai bertukar tegang, pandangan Nathan juga tajam memandang ke arah televisyen.
Dengan teragak-agak Mawar mengalihkan semula pandangannya ke arah video itu.
Kejadian yang dipaparkan itu seakan-akan suram, semua yang berada di dalam video itu seolah-olah sedang berduka dan sedih.
Sebuah istana yang megah. Beribu tentera berpakaian hitam menadah tubuh dengan megah, titisan hujan yang renyai turun membasahi bumi. Tatkala itu matanya tertancap kepada satu susuk tubuh yang berpakaian gah dan kemas, wajah itu seakan-akan mengingatkannya pada sesuatu.
"Abang, itu Raja yang kat hospital dulu kan?" Soal Mawar tersekat-sekat dengan nada yang perlahan, risau melihat tindakan suaminya.
Sedari tadi Nathan hanya mengeraskan tubuhnya, tiada sebarang suara mahupun pergerakan yang membalas.
Suara tangisan menangkap perhatiannya, matanya tertumpu semula ke arah televisyen. Seorang wanita berbaju kurung sedang berpaut pada seseorang, wajah itu dipenuhi dengan air mata. Tubuh yang dipaut itu-- Nathan?.
"Abang" ujarnya tanpa sedar. Lebih mengejutkan tatkala tangan suaminya seakan-akan digari di dalam video itu, wajah lelaki itu juga menunduk tanpa sebarang riak. Tidak mempamerkan apa-apa perasaan.
Mengapa Nathan digari?.
"Sila berikan tabik hormat kepada salah seorang pejuang teragung kita yang telah bertumpah darah dan nyawa terhadap negara sepanjang tahun yang ditempuh sehingga hari ini..." Ujar seseorang memulakan bicara, tabik hormat?. Eh-- lelaki itu, Hujan?.
Ketika itu muncul satu peti jenazah yang dibaluti satu kain, tatkala itu kesemua tentera memberi tabik hormat dengan megah. Mawar keliru ditempatnya, video apa ni?.
"Pejuang terhormat kita, Arwah Tuan Reidht Nahdan Bin Reidht Nahiez telah pun meninggalkan kita bersama berjuta tangisan dan kesedihan, beliau kini telah dipanggil untuk menghadap penciptanya pada hari yang mulia ini" kata-kata itu membuat Mawar terkedu di tempatnya, Walid?.
Ketika itu Mawar memandang suaminya bersama wajah keliru sebelum dia merapatkan diri dengan tubuh itu, tangan suaminya digenggam dengan erat. Tegang.
Tidak sangka, pemakaman arwah Walid juga menjadi simpanan Ummi Dahlia. Mungkin Tok Ummi tidak sedar semasa menyimpannya, sehingga boleh tersalah letak.
Kau pun satu Mawar, sebelum nak pasang tu tengoklah dulu.
"Setinggi-tinggi hormat dan sayang kami berikan di atas segala kenangan dan tumpah darah yang telah dikorban oleh Arwah Tuan Reidht Nahdan terhadap negara, rakyat, dan buat keluarga tercinta. Doa sentiasa diiringi buat.." Nathan menahan sebaknya mendengar kata-kata itu. Kejadian lama mulai berputar kembali, suara Arwah Walid kembali bermain di fikiran. Sentuhan dan pelukan mulai terasa menyentuh tubuh, Allahuakbar.
Suara tangisan Ummi di video semakin menikam-nikam hatinya, diri terasa seakan-akan tidak berguna dan menyusahkan. Hati dan jiwanya benar-benar terasa disiat-siat dan dicarik.
Kejadian itu lebih memalukan kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa, tangan yang bergari menyukarkan segalanya. Nathan mulai menggenggam tangannya menahan perasaan sakit hati dan terluka, dia tidak mampu menenangkan Ummi ketika itu.
Mawar berdesis perlahan, genggaman tangan Nathan terlalu erat. Bibir yang hendak berbicara terus terhenti tatkala melihat wajah suaminya, riak lelaki itu mulai mempamerkan segalanya. Sedih. Kecewa. Marah. Semuanya bercantum di dalam satu perasaan.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...