"MAAF TOK UMMI, tak perasan pula tertinggal. Abang Nathan tu memang suka cari nahas" cebik Mawar, boleh pula lelaki itu meninggalkan kunci keretanya di sini. Itulah, pagi tadi beria nak hantar orang lepastu suruh balik sendiri. Kepala otak dia.
"Tak apa, adalah alasan nak jumpa. Tak nak makan tengah hari dulukah?" Senyum Ummi Dahlia, terhibur melihat wajah cucu menantu perempuannya itu.
"Hehe, lain kali ya Tok Ummi. Kerja Mawar banyak dekat butik, ada orang nak buat event last minute" balas Mawar dengan rasa bersalah, dia menggenggam tangan tua itu dengan rasa sayang.
"Alahai, lain kalilah gitu. Ni ha, kunci Mawar tu ada dekat atas meja. Tok Ummi nak bungkuskan makan tengah hari sekejap, Mawar ambil sendiri tau" balas Ummi Dahlia sebelum tergesa-gesa ke dapur, sengaja dia tidak mahu mendengar balasan wanita itu. Pasti menolak pelawaannya nanti, jadi kena mengelak secepat mungkin.
Mawar sekadar tertawa kecil, agak dah. Dia melangkah masuk ke dalam dengan pantas.
"Atas meja--" langkahnya terhenti tatkala melalui almari yang terhias beberapa bingkai gambar itu, baru perasan dengan beberapa keping gambar yang memenuhi almari itu. Selama ini tidak sedar pula.
"Eh, ada abang" sengih Mawar, dia mengambil bingkai gambar berukuran segi empat tepat itu. Di situ terpapar senyuman Nathan bersama Ummi Dahlia dan Ayah Syah di sisi, nampak manis sahaja.
Gambar sebelah pula diambil, gambar sewaktu Nathan kecil. "Alahai, nampak innocent je muka dia. Sekarang nampak bengis, macam bapak singa" kutuknya sendirian. Sayang memang sayang, tapi itulah kita tidak boleh mengabaikan fakta ya anak-anak.
Setiap bingkai diperhati dengan senyuman lebar, gambar dari Nathan bayi sehingga dewasa sekarang. Daripada comel, bertukar menjadi maskulin dan berkarisma. Hari-hari kena serangan jantung walaupun aku isteri dia, berapa kali dalam sehari kena ambil oksigen tambahan.
Mawar menggigit bibirnya, lagi nak pengsan tatkala bibir suaminya itu mulai memanggil dengan berbagai gelaran.
Kitten. Sayang. Sweetheart. Sunshine. Baby. Paling teruk setakat ni tiga suku, erm.
"Tok Ummi ada satu album kalau Mawar nak lihat" sergah Ummi Dahlia, sedari tadi lagi dia lihat wanita itu merenung leka bingkai gambar cucunya itu. Boleh rabak bingkai itu terkena panahan mata.
"Bukanlah. Tertarik pula tengok" dia tersenyum malu. Maklumlah, baru kali ini dia dapat melihat wajah lelaki itu semasa kecil.
"Jom ikut Tok Ummi ambil album, nanti boleh tengok kat rumah" tangan wanita itu ditarik mengikutinya ke sebuah bilik, Ummi Dahlia membuka pintu bilik itu bersama senyuman lebar. Rasanya ini adalah kali pertama Mawar menjejakkan kaki ke bilik ini.
Lampu bilik mulai memenuhi ruangan, Mawar tergamam melihat suasana bilik itu.
"Satu persatu gambar Nathan arwah bapa mentua kamu bingkaikan, dari dia lahir sampai lah dewasa" terang Ummi Dahlia, dia menutup pintu dengan kemas.
"Dari lahir?" Soal Mawar, agak tertarik.
"Dari usia sebulan Nathan lahir sehingga.." ayatnya tergantung, nafasnya seakan-akan terhenti.
Kening Mawar terjongket sebelah, agak keliru dengan kata-kata yang tidak habis itu. "Tok Ummi?" Panggil Mawar.
Ummi Dahlia tersenyum nipis. "Sehingga nafas terakhir arwah bapa mentua kamu, gambar terakhir dia dengan Nathan adalah semasa pemergian mereka ke Kerajaan jiran. Sebelum berlakunya peperangan mendadak di situ" ayat terakhir itu diungkap dengan perlahan, lemah jantungnya mengenangkan hari itu. Semuanya hilang dalam sekelip mata.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...