•bab 30•

119 10 7
                                    

          "SUPRISE BRO!" jerit Raaid di hadapan pintu wad.

"Kami di sini!" Sahut Nubhan pula.
"Papapam! Ten ten ten! Papapam! Ten-- ark!" Nubhan memegang kepalanya yang  dihentak dari belakang, dia menunduk kesakitan.

"Kat sini hospital, matang sikit" tegur Hujan. Dia membetulkan kembali beg laptop di tangannya.

Wait, dia hentak aku guna laptop?. Celaka.

"Aku dah nak berambus dari sini, korang datang buat apa?" Keluh Nathan lalu bersandar lemah di katil hospital, bukan ini yang dia mahukan. Sudah hampir tiga minggu dia di hospital dan ia sangat membosankan. Hari-hari dia cuba menyelinap keluar namun tajam pula deria isterinya itu, GAGAL.

Dan selama itulah Mawar berulang alik menjaganya, walaupun dia mengatakan dia okay tapi isterinya tetap dengan bantahan lantangnya. Degil. 

Nak kata isterinya, doktor tidak mengizinkannya bergerak sendirian, Alasannya pula kerana keadaannya baru 60 peratus pulih, heh aku dah siap boleh push up pagi-pagi.

Ha, ni lagi satu hal. Kedatangan mereka ini seolah-olah mewujudkan satu musibah yang tidak berpenghujung baginya. Salah timing!.

"Auch, bukan riak ni yang aku bayangkan" aduh Raaid, dia memegang dadanya dengan kecewa. Sungguh mengecewakan.

Nubhan mencebik. "Dahtu, kau nak dia berguling cium kau, seronok tengok kau datang?" Perlinya geli.

"Yes! Itu yang aku bayangkan!" Kata-kata Raaid itu mengundang riak jijik dari mereka. Sebagai lelaki yang normal, kau nampak terlalu gay untuk dilihat.

"Any news?" Soal Nathan seakan-akan sudah tahu, seperti tidak boleh dijangka pula niat mereka datang kemari.

"Okay, look" ujar Hujan sambil memberi pandangan yang penuh suci kepada Nathan.

"Geli, bodoe" Nathan meneleng kepala sahabatnya itu ke tepi, asal semua yang datang harini kesemuanya berperangai lgbt?. Minta kena lakhnat je.

"Isteri kau mana?" Soal Nubhan. Wow, macam tak sangka je Nathan sudah beristeri sekarang. Untunglah, sekarang tidur dah berteman.

"Dia dah mula kerja, sekejap lagi baru dia datang. Eh, asal kau cari bini aku?" Soal Nathan, curiga.

"Aik? Tanya pun tak boleh?" Balas Nubhan tidak percaya, bukan main garang lagi bila tanya pasal bini dia.

"Saja je"

"Otak kau" dengan perasaan menyampah dia melabuhkan duduk di sofa wad itu, malas aku nak bercakap dengan Nathan. Asik kena tuduh je.

Ketika itu Hujan meletakkan beg laptop di atas meja hospital lalu menyerahkannya kepada Nathan. Dia menayangkan senyuman tidak bersalah, terimalah hati aku ini dengan lapang dada.

Kening Nathan terjongket sebelah. "Apa pula kali ni?" Soalnya keliru.

"Tutup langsir" arah Hujan dan tatkala itu Raaid dan Nubhan bergerak menutup langsir dari kedua sisi. Laptop itu diambil lalu dihidupkan dan ketika itu muncul satu titik merah di skrin gelombang.

"Kita dalam masalah" ujar Hujan.

"Aku tak nampak apa-apa masalah besar dekat sini" balas Nathan tanpa riak namun hanya sementara sebelum muncul lagi beberapa titik merah di skrin gelombang itu. Dahinya berkerut penuh tanda tanya, tidak nampak seperti masalah kecil.

"Itu adalah bot musuh yang dah lepas garisan pelindung istana, sekarang ni hampir 15 bot dah terlepas tanpa jejak" terang Hujan lalu menukar saluran itu ke arah penyambung istana. Tatkala itu, terpapar 9 buah bot bergaris merah yang tidak jauh dengan kedudukan istana.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now