•bab 13•

146 23 6
                                    

           AYAH Syah melabuhkan duduk di atas sofa ruang tamu, sengaja dia menguis siku cucunya yang sedang berbaring di sofa bertentangan itu dengan menggunakan kaki.

"Awal kamu balik hari ini?" Soal Ayah Syah apabila usikkannya tadi tidak memberikan apa-apa kesan. Selamba sahaja cucu lelakinya itu menonton televisyen tanpa mempedulikan kehadirannya, langsung tidak mahu memandang apatah lagi bercakap dengannya. Nampak sungguh riak tidak mahu layan itu.

"Pukul 11 pun awal ke Tok Ayah? Orang baru baring sekejap" ujar Nathan penat. Bukan niat dia untuk bersikap kurang ajar dengan Ayah Syah, tetapi dia terlalu penat untuk menolehkan kepalanya. Lagipun bukan dia tidak tahu niat atoknya itu, sengaja mahu mengacaunya.

"Awallah tu, sebab biasanya paling lewat kamu tak balik rumah" perli Ayah Syah lalu menyandarkan tubuhnya selesa di sofa, niatnya untuk mengusik sahaja. Tidak lengkap harinya sekiranya tidak mencari gaduh bersama cucunya, kalau bukan Nathan pasti Hujan yang menjadi mangsanya. Dia tidak lihat pula kelibat Hujan di ruang tamu, kalau tidak pasti sudah bising berebut remote bersama Nathan.

"Hari ni Nathan ada hal luar, sebab tu balik awal. Hujan pula ada dalam bilik, mandi" jelas Nathan mula mengubah kedudukannya yang berbaring kepada duduk, dia turut menyandar selesa di sofa. Wajah Ayah Syah dipandang dengan mata yang terbuka separuh, penat.

Selepas sahaja dia menghantar Mawar pulang, dia terpaksa kembali semula ke balai. Ada kes yang perlu diselesaikan sehinggalah dia baru pulang pada waktu ini, baru dapat merenggangkan tubuhnya. Tipulah jika rehat yang diperolehinya sentiasa cukup, pekerjaan sebagai seorang pegawai polis amat memenatkan. Terutamanya apabila melibatkan kesnya yang baru-baru ini dan masalah di Istana Diraja, dia dan Hujan perlu sentiasa berada di dalam keadaan bersedia. Bila-bila masa sahaja mereka boleh mendapat panggilan kecemasan.

"Nah, minum. Bagi segar sikit tekak kamu" huluran Ummi Dahlia itu mengejutkannya sebelum tangannya begerak untuk menyambut huluran cawan itu, pasti wanita itu berada di dapur kerana dia tidak melihat kelibat neneknya itu tadi.

Nathan tersenyum memerhati tubuh Ummi Dahlia yang melabuhkan duduk di sisi Ayah Syah, seperti tahu keadaan dirinya yang terlalu lelah. Dia seperti tidak boleh mengatur nafasnya dengan baik hari ini, terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan di balai. Mindanya juga tidak mendapat rehat yang cukup, asik berpusing-pusing memikirkan semua perkara.

"Air Abang?" Soal Ayah Syah bersama sebelah keningnya yang terjongket, wajah isterinya dipandang tunak.

"Air Abang? Buat sendirilah" jawab Ummi Dahlia, mengusik. Dia mengendahkan pandangan tajam suaminya itu, sudah biasa dengan pandangan itu selama bertahun-tahun. Langsung tidak takut, seperti tidak tahu pula perangai suaminya yang mengada-ngada itu.

Kedengaran bunyi tapak kaki yang tergesa-gesa menuruni tangga, kuat hentakan kaki itu menyentuh sapu persatu anak tangga.

"Hujan, buatkan air Tok Ayah" arah Ayah Syah, seperti sudah mengagak gerangan yang turun. Siapa lagi yang berada di atas kalau bukan Hujan, takkanlah isteri kedua dia?. Eh, mahu kena piat telinganya dengan Ummi Dahlia.

"Pemalas betul" cebik Hujan sebelum mengatur langkahnya terus ke dapur, alah bukannya mereka semua tidak biasa dengan gurauan seperti itu. Orang luar mungkin menganggapnya kurang ajar, tetapi biarlah mereka sendiri tahu cara keakraban mereka sesama keluarga. Lagipun siapa lagi yang mengajar mereka seperti itu, Ayah Syah lah!.

"Jangan lupa tau lusa, kita buat tahlil" sampuk Ummi Dahlia bersama senyuman lebar, mahu menghentikan pergaduhan mereka. Lagipun dia tidak sabar untuk menunggu hari lusa, hari yang sentiasa mendapat perhatiannya setiap tahun.

"Nanti Nathan dengan Hujan uruskan macam biasa" balas Nathan bersama senyuman nipis. Muram sahaja riak wajahnya, tubuhnya yang penat menjadi semakin lemah mengenangkan hari itu. Namun permintaan Ummi Dahlia itu memang kewajibannya, mereka akan sentiasa melakukan tahlil pada tarikh tersebut.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now