•bab 45•

76 4 2
                                    

           HEMBUSAN nafas yang lemah mengiringi detik jarum jam yang hampir berlalu detik 12 malam, sunyi dan sepi menemani keberadaannya ketika itu.

Nathan meraup wajahnya, kusut.

"Dia boleh tawar hati dengan kau Nathan"

Sh*t. Aku tak suka perasan ni.

Bukan sebab aku nak berahsia dengan dia, tetapi aku tak bersedia untuk berhadapan dengan reaksi dia. Aku tak nak rasa kekosongan yang pernah hadir dalam hidup aku dulu, datang kembali.

Video itu kembali berputar di mindanya.

"Jangan lepaskan genggaman Ummi"

Ya Allah, apa yang aku perlu lakukan?. Nathan mulai memegang dadanya, sesak.

Segala peristiwa semasa peperangan besar itu semakin bermain-main di fikirannya, nafasnya mulai bertukar sedikit laju.

"Kamu tak gagal, dan tak akan pernah gagal. Kerana itu walid amanahkan ummi kepada kamu"

Amanah yang tidak mampu dipegang utuh, ummi menghembuskan nafas terakhirnya dua minggu setelah pemergian arwah walid. Bukankah itu menunjukkan permulaan kegagalannya? Segalanya berubah sekelip mata. Dia kehilangan dua cahaya yang dahulunya menerangi jalannya, kini ianya semakin gelap.

Genggaman tangan Ummi saat tangannya digari benar-benar terasa, Nathan menggenggam kedua-dua tangannya tanpa sedar.

"Walid dah pergi sayang, jangan tinggalkan Ummi"

Allahuakbar. Tubuh Nathan rebah di sofa, dia meraup wajahnya menghapuskan titisan air mata yang hampir bertakung. Ego.

Tipu. Semuanya tipu. Ummi yang tinggalkan Nathan, Ummi yang pergi dari hidup Nathan. Rintihnya tanpa sedar.

Hatinya seakan-akan ditusuk-tusuk dengan sebilah pisau. Berdarah tanpa darah, tetapi sakitnya terlalu perit dan pedih.

"Jangan fikirkan walid, jaga ummi kamu dengan bahagia yang selayaknya dia dapat"

Nafas Nathan mulai menjadi tidak teratur.

"Jangan biarkan air mata dia menitis kerana walid"

Aku gagal. Gagal dan gagal. Aku gagal untuk penuhi permintaan walid. Aku gagal untuk bahagiakan ummi.

Apa yang kau dah buat, Nathan?.

Nathan melabuhkan pandangannya ke arah siling yang kosong. Kaku. Beku. Dia dipenuhi dengan rasa bersalah dan amarah.

"Abang"

Sentuhan di bahu menyedarkannya. Dengan segera Nathan membetulkan kedudukannya.

"Mawar tunggu abang kat bilik, tapi abang tak naik lagi. Baru nak tidur dengan abang kat bawah" adu Mawar bersama senyuman kecil, dia melabuhkan duduk di sisi suaminya. Tangan kasar itu digenggam sayang.

Wajahnya berubah seketika tatkala melihat wajah suram suaminya itu, dia melakar senyuman nipis.

"Ada apa-apa yang Mawar boleh tolong abang?" Balasnya terus, hatinya menjadi resah dan gelisah melihat keadaan suaminya. Tiada lagi gurauan mahupun kata-kata manis di mulut lelaki itu sejak dari pulang kerja lewat petang tadi, kosong dan lebih banyak mendiamkan diri.

Nathan memandang wajah isterinya dengan lama, perlukah aku beritahu?.

Tangan lembut itu naik bermain di pipinya.

"Mawar ada buat salahkah? Mawar minta maaf kalau Mawar tak sedar" pinta suara lembut itu bernada, bibirnya hanya mampu mengoyak senyuman kecil tatkala tangan halus itu merayap menyentuh telinganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now