NUKHAIL memicit kepalanya, pening. Semuanya serba tidak kena, semuanya hendak diletakkan di atas bahunya seorang. Sedangkan lelaki itu sendiri yang mempunyai anak buah yang tiada otak, sekarang mahu menuduhnya pula.
"Mana kau waktu kejadian tu berlaku?! Sepatutnya kau yang awasi mereka dan bagitahu aku, bukan selepas kejadian tu berlaku baru kau nak report aku. Macam mana kau buat kerja?!" Tengking Wayith kasar, bengang. Seorang demi seorang anak buahnya dicekup, lebih lebih lagi mengenai kes terbaru ini. Walaupun jumlah yang ditangkap tidak banyak, namun pengawasan mereka semakin lama semakin meningkat dengan mendadak. Mana-mana sahaja ada yang memerhati, sehingga ingin melakukan kerja pun tidak tenang.
"Anak buah kau yang otak dekat paras kaki binatang, kalau diorang pandai buat kerja takkan kena tangkaplah" bantah Nukhail kasar, tidak habis-habis hanya dia sahaja yang salah. Cubalah mendengar cadangan dan pendapat orang lain, ini tidak cuma mahu memberontak dan memaki hamun. Langsung tidak boleh dibawa bincang, akhirnya asik terjerumus di ambang kemarahan.
Wayith membaling gelas yang berada di tangannya itu dengan kuat ke dinding, melepaskan rasa baran yang semakin memuncak naik. Baru beberapa hari rancangan je berjalan, namun satu pun tidak seperti yang diharapkan. Sangat memalukan.
"Kau tak payahlah nak gopoh sangat, benda baru berjalan. Jangan sampai bila semuanya dah lancar, anak-anak buah kau buat taik kat tempat tu" ugut Nukhail mendatar, dia mengambil nafas kasar. Sepanjang hari ini keadaannya langsung tidak aman, semuanya tidak kena. Itu salah, ini salah. Ini semua gara-gara terpaksa bekerjasama dengan lelaki yang tidak tahu bersabar, cuma tahu mengarah dan memaki sahaja.
"Aku tak nak sebab perkara ni periuk nasi aku kena tutup, kau kena fikir walaupun kes ni cuma sebesar zarah tapi guna akal kau apa yang akan jadi bila zarah-zarah tu semakin merebak. hancur." Ujar Wayith tegas, sejak perbincangan mereka tadi wajahnya langsung tidak berubah. Bengis. Tidak suka dengan apa yang didengari beberapa hari lepas, sangat memanaskan hatinya.
Nukhail menghembuskan nafas lemah, letih.
"Dalam hal ini, bukan akal aku sorang yang kena berfungsi. Kalau akal aku dah elok-elok boleh berfikir, sampai dekat anak buah kau yang memang tak ada akal tu memang-- aku malas nak cakap lebih-lebih. Jadi kau sebagai ketua diorang, dermakan akal kau tu" jujur Nukhail tanpa tapisan. Sudah lama dia memendam perkara ini, akhirnya terluah juga. Kalau dulu dia takut hendak berterus terang namun sekarang dia tidak tahan, jika tidak diluahkan sehingga ke akhir rancangan mereka dia akan dipersalahkan.
Riak wajah Wayith berubah, seolah-olah menahan rasa amarah.
"Akal aku?" Soalnya, sinis.
"Memang, dengar sini. Tanpa aku, kau tak akan dapat maklumat yang tepat. Selama ni duit yang kau perolehi tu datang dari pencarian aku, jadi kalau kau rasa selama ini semuanya salah aku then aku nak blah" luah Nukhail marah, lantaklah jika hendak menembak atau membunuhnya sekalipun dia tidak peduli. Asalkan dia tidak terlibat dengan kerjasama yang tidak berperikemanusiaan ini, hanya menggunakan kebaikan ke atas satu pihak sahaja. Dia terus bangun dengan kasar dari duduknya, diabaikan wajah amarah Wayith ke arahnya.
Hentakan kuat di meja itu menghentikan langkahnya, dia menoleh memandang wajah bengis Wayith yang turut sama bangkit dari duduknya. Tajam pandangan mata lelaki itu memandang ke arahnya, menzahirkan rasa amarahnya yang semakin membara.
"Jangan cabar aku, Nukhail" ugut Wayith, sinis.
"Kau yang cabar aku, sampai satu masa bila kau rasa betapa pentingnya aku dalam sumber pendapatan kau selama ni... kau tak akan hina aku" balas Nukhail tidak mahu kalah, biarlah apa jadi sekalipun. Dia tidak tahan, lelaki itu terlalu bongkak dan sombong dengannya. Seolah-olah selama ini lelaki itu yang melakukan segala-galanya sedangkan dia yang bersusah payah menjadi periuk nasi lelaki itu, sangat takbur.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...