" Jauh mana lagi awak nak lari dari saya?"
"Sejauh yang mungkin sampai awak tak jumpa saya lagi." Ujar Nuraz tanpa berpaling kebelakang.
"Hakikatnya saya disini. Dibelakang awak Nuraz. Awak tak boleh lari."
Nuraz senyum sinis. Setelah berbulan bulan lamanya. Baru hari ini lelaki ini muncul. Dimana lelaki itu semasa dia perlukan?
"Baliklah."
"Nurazzz." Panggil Gibrel lembut.
"Awak nak apa Gibrel?" Soal Nuraz keras. Mata tajam pandang Gibrel. Tiada guna lelaki ini berada disini. Semuanya dah selesai.
"Saya rindu awak."
Nuraz gelak mengejek. Kelakar dengar perkataan yang keluar dari bibir Gibrel.
Perkataan yang membuatkan jiwanya rasa marah."Mana awak masa saya kena culik? Mana?" Sergah Nuraz.
"Saya tahu awak dalam keadaan baik."
"Kau kata aku keadaan baik Gibrel?Senangnya kau cakap? Kau janji apa dulu pada aku? Nak jaga aku? Tapi masa aku timpa masalah. Kau mana? Kau langsung tak cari aku."
"Saya cari awak Nuraz."
"Jangan tipu aku lah Gibrel. Kau kan hebat. Kalau kau hebat kenapa kau tak jumpa aku kat tempat bodoh tuuuu? Kenapa???"
Setiap tutur kata yang lahir dari bibir Gibrel. Semuanya mengundang kemarahan Nuraz. Dia tahu, sebaik sahaja Gibrel muncul di depan mata. Dia bakal jadi buruan sekali lagi.
"Baliklah. Aku nak hidup aman. Aku tak nak jadi macam orang pelarian. Kau masuk dalam hidup aku umpama bawa musibah."
"Saya tahu. Awak baik baik sahaja dalam tahanan Megat Hayden."
Nuraz senyum sinis. Permainan apa pula kali ini. Gibrel tahu dia bersama dengan Megat Hayden. Tapi kenapa lelaki ini langsung tak pernah datang berjumpa dengan dirinya. Menarik! Mereka saling mengenali. Siapa Gibrel pada Megat Hayden dan Megat Danial sebenarnya.
"Kau siapa sebenarnya Gibrel?"
"Saya Gibrel. Majikan awak, kawan awak dannn."
Nuraz geleng kepala. Masih mahu menutup cerita yang sebenar.
"Kau tahu kan. Kau jumpa aku. Maka dengan secara rasminya aku jadi buruan sekali lagi."
Usai habiskan ujaran. Kaki Nuraz berlari laju ke arah Gibrel dan menolak Gibrel ke belakang kereta manakala dia tergolek ke dalam sawah. Aksi tangkas Nuraz mampu mengelakkan mereka dari terkena peluru pistol.
Lelaki yang melepaskan tembakan tadi terus memacu laju dengan motorsikal berkuasa besar.
********
Hero konon tapi kena tolak sikit dah jatuh pengsan. Sekarang Gibrel terbaring lemah di tilam bujang. Kalau ikut rasa hati, dia mahu biarkan Gibrel terbaring di tepi sawah. Kalau nasib bertuah orang kampung yang bawa ke klinik. Tak bernasib baik mungkin tinggal jasad. Dia masih ada empati. Dia lakukan secara ikhlas walaupun dia tahu nyawa sendiri bakal terancam.
"Awak gelak tengok saya macam ni Nuraz?" Soal Gibrel tidak berpuas hati. Kepala yang dibalut berdenyut denyut sakit.
"Huh baru sikit kepala dah berdarah."
"Awak tolak saya kat batu tajam. Memanglah berdarah. Saya manusia bukan hantu."
"Tak payah banyak bunyi. Dah sihat kan. Baliklah KL. Tak payah nak sibuk duduk sini."
"Awak halau saya Nuraz?"
"Ya balik sekarang Gibrel."
"Kenapa takut kena tangkap basah?" Soal Gibrel dengan senyuman mengejek.
Nuraz mendengus geram. Mimik muka Gibrel memang minta penampar. Cawan digengam geram. Risau cawan kaca ini melayang tepat mengena muka Gibrel.
"Mana kau tahu aku ada disini?"
"Ke mana pun awak pergi. Saya tahu Nuraz." Balas Gibrel lemah. Dari duduk, dia terus terbaring lemah.
"Kau tahu aku ada kat pulau tu?"
"Hmmm." Tidak larat untuk membalas pertanyaan Nuraz.
"Awak tahu saya jadi tahanan?" Soal Nuraz dengan suara bergetar.
"Gibrelll." Panggil Nuraz dengan suara perlahan tapi keras.
Gibrel sudah berdekur halus. Melayan kesakitan pada kepala. Biarlah Nuraz nak mengamuk sekali pun. Dia tidak kisah. Dia hanya perlukan rehat malam ini sahaja. Persoalan itu, mungkin nanti dia berterua terang.
******
Nikmatnya udara kampung. Bebas dari sebarang bau yang merimaskan. Bau embum ini membuatkan jiwanya terbuai. Dia menyedut udara segar sebanyak mungkin. Menikmati keindahan yang ada.
"Masuk Gibrel! Jangan cari pasal la duduk luar." Sergah Nuraz. Geram dengan sikap Gibrel yang selamba. Ini kampung bukan bandar. Nanti ada juga yang nikah percuma. Tercemar nama baik nenek. Dasar orang kaya bandar, tak reti nak jaga adab.
"Kenapa? Saya nak hirup udara segar ni."
"Awak bodoh ke apa hah? Kalau orang kampung, jiran jiran nampak macam mana? Jangan nak malukan sayalah!"
Mata mencerlung pandang Gibrel. Gibrel pula buat tak endah. Leka memerhati sekeliling.
Tidak cakap banyak, Nuraz menyarungkan selipar segera. Sebaik sahaja berdepan dengan Gibrel. Dia menepuk dahi lelaki itu.
"Aduh apa awak ni? Sakitlah."
"Dasar banyak. Baru sikit pun nak mengaduh. Nak cari pasal. Pergi balik!" Halau Nuraz. Tangan menunjuk ke arah jalan.
"Sampai hati awak halau saya."
"Sampai hati lagi bila awak biarkan saya jadi tahanan dan awak langsung tak pedulikan saya."
Nuraz mahu menjerit tapi dia sedar di mana dia berada sekarang. Suara sebaik mungkin dikawal.
"Nuraz."
"Stop panggil nama saya Gibrel. Hati saya masih sakit. Bila awak datang sini. Hati saya tak tenang. Hidup saya tak tenang. Saya bakal jadi buruan lagi. Pergi dari sini dan hilangkan diri dari pandangan mata saya."
Gibrel mengeleng kepala. Dia tidak sanggup berjauhan dengan gadis ini. Gadis yang menakluk hati dia. Gadis yang berani melawan.
"Saya merayu."
"Awak melutut sekali pun. Saya tetap akan tetap ada untuk awak."
Disaat pintu rumah itu ditutup. Gibrel tahu dia memang tak diundang atau kata erti lain dia dihalau secara perlahan. Berat sungguh hati ini mahu meninggalkan Nuraz.
Nuraz pegang dada perlahan. Dia tidak tahu perasaan apa yang dirasai. Dadanya terasa dicarik-carik. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk dia hidup tenang. Lupakan Megat dan lupakan Gibrel adalah jalan terbaik.
*Maafkan saya jika meleret & merapu. Doakan saya sentiasa dilimpahkan idea. Terima kasih sudi baca, terima kasih sudi vote. Semoga kita semua dijauhi dari covid.*
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...