"Hayden? Haydar?" Antara 2 nama yang bermain dalam fikiran. Rugi pula tak tanya nama sebenar lelaki bertopeng. Tapi kalau tanya pun sudah tentu Riana tak akan beri jawapan.Nuraz termenung di koridor. Melihat pemandangan malam di negara orang. Bintang berkelipan indah. Dia mengira satu per satu bintang di langit. Hobinya ketika dikampung bersama arwah abang. Rindunya pada keluarga.
"Kau kira bintang pun bukan dapat apa."
Nuraz mengeluh perlahan.
"Tak baik mengeluh." Tambah lelaki bertopeng.
Nuraz senyum senget. Dia berpaling dan melihat lelaki bertopeng. Satu idea nakal muncul tiba tiba. Baiklah, mari kita main permainan teka teki.
"Hayden." Luncur satu nama dari bibir Nuraz. Sayangnya tiada apa-apa perubahan dari lelaki itu. Nuraz menepuk dahi kuat. Macam mana dia nak tahu reaksi lelaki itu sedangkan dia bertopeng 24 jam.
"Haydar." Nama kedua pula diteka.
"Kau dah kenapa? Gian sangat nak jumpa kekasih hati? Semua nama kau nak teka. Tak nak teka nama Haydi. Haydin. Hay hay bye bye." Perli lelaki bertopeng.
Terkena pula! Ingatkan dia boleh kenakan lelaki ini. Semua sangkaan meleset. Lelaki ini beri perlian lagi.
"Aku saja teka nama kau. Sebab Riana cakap nama kau hayd. Hayd apa? Haydal?"
"Nama aku Megat Hayden bin Megat Haydar." Lelaki bertopeng memperkenalkan diri sendiri tanpa ragu.
Riak wajah Nuraz berubah. Nama itu mengingatkan dia pada... Ahh tak mungkin. Mustahil. Jauh panggang dari api.
*****
"Betul ke nama lelaki bertopeng tu Megat Hayden bin Megat Haydar?" Nuraz bertanya pada Riana.
Riana yang sedang memotong kek. Terhenti kerjanya.
"Dia bagi tahu you?"
Nuraz mengangguk. Satu potongan kek coklat dimasukkan pada mulut. Uhh sedap betul air tangan Riana.
"Dia ada kembar? Atau abang atau adik?" Nuraz bertanya dengan mulut penuh kek. Tidak sabar untuk mengetahui latar belakang lelaki bertopeng.
"Tak ada."
"Yeke?"
"Ya. Sure. I tahu dia tu sebatang kara. Tak ada mak ayah. Tapi dia anak orang kaya."
Nuraz teranguk angguk dengan kenyataan Riana. Mustahil dia sama dengan seseorang yang dia kenali.
"Kenapa dia culik saya?
" You tanyalah dia."
Nuraz garu kepala yang tidak gatal. Bertanya dan bersoal jawab dengan Megat Haydar mendatangkan kemarahan. Lebih baik dia diam.
*****
Tapak kaki melangkah perlahan lahan agar tiada bunyi. Dia menyorok pada dinding. Perbualan Riana dan Megat Haydar menarik minatnya.
"Sampai bila you nak buat kerja ni. You bukan muda lagi."
"Sudahlah Riana. I tak nak bahas lagi tentang ni."
"Umur you 38 tahun tau. Layak kahwin. Dari you buat kerja bodoh. Baik you taubat. Tak berbaloi pun you buat semua ni." Nada suara Riana naik tinggi. Berbuih mulut nasihat Megat Hayden. Satu pun tak berbaloi. Habiskan masa pada benda tak berfaedah.
"Tak berbaloi pada you tapi berbaloi pada I." Ujar Megat Hayden tenang.
Riana merengus marah.
"Lepaskan Nuraz dan kembalikan dia pada Gibrel. Benda senang kan."
"You tak tahu apa apa pasal Gibrel. So please stop cakap benda ni."
"I sayangkan you Megat. I tak nak you buat sesuatu tak berguna."
"I tahu apa I buat."
"Gibrel? Apa hubungan mereka semua." Ngomel Nuraz. Permainan apa yang sedang mereka laksanakan. Nuraz tidak pasti. Terlalu banyak teka teki tidak dapat dihuraikan.
*****
Dia tersenyum menang bila melihat maklumat terkumpul di atas meja. Mungkin satu per satu rahsia akan dihuraikan tidak lama lagi. Cuma sama ada Gibrel menerima hakikat atau tidak. Sebagai peguam dan sepupu, dia berhak untuk memberitahu Gibrel segalanya.
Satu file biru dibuka. File terbaru yang diperoleh dari penyiasat. Dia baca maklumat dari atas sampai bawah. Tak sangka ini rahsia yang disimpan oleh mummy Gibrel.
Tanpa salam dan ketukan pintu. Gibrel terus terjah ke dalam bilik kerja Haiyan.
"Pemilik D'House tu abang aku. Sama rahim tapi lain bapa." Ujar Gibrel sekali nafas.
Haiyan menepuk dahi. Licik betul permainan mummy Gibrel. Langkah ke depan dulu sebelum dia.
"Aku tahu. Tapi ada satu yang kau tak tahu. Abang kau tu anak luar nikah mummy kau dan tidak pernah berbapa. Paling mengejutkan. Dia tatang abang kau tu."
Tertoreh hati atau tidak. Gibrel tidak peduli. Dia mahu khabarkan satu hakikat yang boleh dia terima.
"Pantas betul mummy kau sampaikan kat kau."
"Bukan mummy tapi aku sendiri yang siasat.
" Sia sia je lah aku upah penyiasat bagai tapi kau tahu dulu."
"Aku tahu setakat tu je tapi aku tak tahu yang dia tu tak pernah berbapa." Ujar Gibrel sinis. Patutlah berlagak semacam. Abang kandung tak sama bapa.
"Tak baik kau kata dia macam tu."
Gibrel memberi jelingan pada Haiyan. Tadi beria gosip tiba tiba beri nasihat pula.
*****
Pemilik D' House hotel menyilang kaki penuh lagak. Dia menyisip cawan kopi ke bibir dan tersenyum sinis pada Gibrel.
"My adik." Ujarnya dengan sengihan senget. Sengaja menyakitkan hati Gibrel. Wajah lelaki ini kurang beriak pada hari ini. Sekurang-kurangnya dia mahu lelaki ini berwajah tegang dan marah pada mummy.
"Geli lah aku dengar."
"Eh aku abang kau kan. Kau kena hormat aku."
Kini, Gibrel pula senyum sinis. Geli hati dengar perkataan hormat.
"Hormat." Perkataan itu berulang dari bibir Gibrel.
"Bukan sama bapa." Ujar Gibrel lagi.
"Tapi kau kena tahu. Kita duduk di rahim yang sama."
Gibrel rasa mahu tergelak besar. Wow. Berani betul dia ungkapkan kata-kata macam tu. Nak mengaku abang pun dia tidak sudi apatah lagi nak hormat dengan lelaki yang duduk di hadapan dia ini.
"Aku tertanya tanya ni. Kenapa kau panggil aku ke mari? Bukan kau tak suka aku ke?"
"Saja nak kenal abang sendiri yang berlainan bapa."
"Oh I see."
"Orang kanan mummy tu bapa saudara belah ayah kau?" Soal Gibrel. Wajah mereka berdua agak seiras.
"Kau rasa? Eh kau dah tahu mummy aku tu siapa. Tak akan kau tak tahu orang kanan mummy kau tu siapa pada aku?" Soalan berbalas soalan. Seronok bila melihat wajah Gibrel sudah bertukar riak.
Jeda. Hampir 10 minit situasi mereka sepi. Tiada perbualan yang berlangsung. Mungkin kekok bila dapat tahu yang mereka adalah adik beradik kandung berlainan bapa.
"Kau ada soalan lagi? Tak ada. Aku nak balik." Pemilik D' House pecahkan suasana sepi antara mereka.
Gibrel hanya mengangguk dan mengangkat punggung untuk berlalu pergi. Semakin lama dia disini, semakin kekok dia rasa. Soalan yang ingin dia ajukan tidak terkeluar dari mulut.
Pemilik D'House menarik nafas. Lega akhirnya bila perbualan ini diakhiri. Mata jatuh pada figura Gibrel yang keluar pergi.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...