Jangan lupa vote dan komen😉
Kalau sudi. Mai add saya kat fbhttps://www.facebook.com/zatul.zukefli
Nuraz menghempaskan badan ke katil. Dia menarik nafas untuk lepaskan lelah seketika. Bahu yang sakit ditumbuk perlahan lahan. Nuraz pejam mata tapi fikiran melayang kejadian pagi tadi. Kejadian tembak menembak membuatkan dia rasa trauma.Bagaimana kehidupan dia pada hari esok dan seterusnya? Dia bukan anak orang kaya yang perlu manusia lain kejar nyawanya.
Dengar sahaja kenyataan Gibrel. Nuraz rasa gerun. Dia mahu larikan diri ke tempat yang terpencil agar semua orang tak dapat cari. Akan tetapi dia tidak tahu cara untuk lakukan semua itu.
"Selamat lagi ke aku duduk kat kondo Gibrel ni." Bisik hati Nuraz.
"Megat. Salah aku ke kenal dengan kau?"
"Aku dah penat. Aku tak kaya nak lari sana sini. Kalau aku mati macam mana? Aku nak mati dengan aman bukan dengan cara orang lain tarik nyawa.
Pening kepala Nuraz fikir kejadian yang akan berlaku. Dia tidak boleh harapkan Gibrel sahaja. Perlu ke aku berhadapan dengan dia? Kalau salah orang macam mana? Nuraz ragu-ragu.
*****
Nuraz tersenyum melihat gelagat Sara di seberang jalan. Sebelum melintas, sempat lagi Sara buat gaya tik tok dengan tangan mengeliat. Geleng kepala Nura. Budak zaman sekarang gila betul dengan media sosial.
Leka memerhati gelagat Sara yang beria ia menari. Nuraz baru tersedar dirinya ditarik masuk ke dalam sekali Nuraz hanya dengar jeritan sayup Sara. Tidak sempat bergelut atau melawan. Matanya terpejam rapat. Seterusnya, dia sendiri tidak tahu apa yang akan bakal berlaku.
Mata mengantuk dipaksa untuk buka. Perlahan lahan kelopak mata terbuka. Dia melihat keadaan sekiling Kosong dan putih. Tiada aksesori atau meja yang ada. Dia tidak ingat apa yang terjadi. Kepala mula berdenyut-denyut. Jari jemari mula memicit.
"Sakit kepala?"
Nuraz bingung. Dia baru sedar yang dia baru sahaja kena culik. Nuraz bingkas bangun tapi kaki di ikat kemas pada hujung katil. Dia berpaling ke arah pintu. Seorang lelaki berpakaian lengkap dengan topeng putih di muka. Nuraz cemas. Dia bergelut dengan ikatan tali di kaki.
"Rileks. Aku tak nak cederakan kau pun. Nak pinjam je."
"Lepaskan akuuu." Jerit Nuraz. Dia baru sedar bukan ikatan tali tapi kakinya di gari.
"Hei hei. Aku tak nak bunuh kau pun. Bertenang boleh?"
"Kau siapa hahh? Kau nak apa dari aku?"
Gelakan halus keluar dari mulut lelaki bertopeng. Sebelah tangan dimasukkan dalam kocek. Dia bersandar santai.
"Aku pun tak tahu aku siapa. Aku tak nak apa apa pun. Cuma nak pinjam kau je."
"Kau gile ke?"
Berdekah lelaki topeng ketawa. Lucu agaknya dengar soalan Nuraz.
"Aku macam kenal gelak ni."
"Kau kenal aku?"
"Bodohhh."
"Uiii garang macam singa auuuum."
Nafas Nuraz turun naik. Bengang dirinya dipermainkan. Pernafasan Nuraz sudah tidak menentu. Peluh mengalir di setiap pelusuk tubuh badan.
"Kau siapa?" Soal Nuraz sekali lagi dalam keadaan ketar.
"Aku pun tak tahu aku siapa."
"Eh rileksss. Tarik nafas betul betul. Jangan panik. Aku tak apa apa kan kau pun."
Nuraz masih begitu. Dia tidak boleh berfikir secara waras. Pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran. Yang ada sekarang dia cuma fikir nak mati.
Lelaki bertopeng masih duduk tenang. Dia tersenyum sinis di sebalik topeng. Perempuan ini tidak sehebat mana pun.
"Kan aku cakap tenang. Aku tak apa apa kan kau pun."
"Diammmlah bodohhh." Jerkah Nuraz. Telinga kanan dan kiri ditutup dengan tangan. Badan mula gigil.
*****
Sara tunduk ketakutan. Amarah Gibrel mula membuatkan dia kecut perut. Ini kali kedua dia melihat Gibrel dalam keadaan tidak bertenang. Rahang muka Gibrel bergerak. Cuba mengawal kemarahan.
"Bukan salah Sara."
Gibrel menarik nafas. Amarahnya makin kendur. Betul, ini bukan salah Sara tapi salah dirinya sendiri kerana tidak melindungi Nuraz. Kemarahan dia hanya menakutkan Sara.
"Ya ini bukan salah Sara." Ujar Gibrel.
"Abang Gibrel tak nak lapor kat polis?"
"Ya sekejap lagi abang pergi."
"Sara nak ikut."
"Sara jaga kafe. Ingat Sara jangan bagitahu siapa pun. Kunci mulut. Ini hal keselamatan Kak Nuraz."
*****
Riana menjeling tingkah lelaki bertopeng di sebalik pintu. Huh, tak pernah menyesal. Nak juga ambil kerja macam ini. Sekarang entah perempuan mana pula dia angkut ke mari. Sebalik selesai periksa Nuraz. Dia mahu bersemuka dengan lelaki bertopeng putih.
"Dia terkena serangan panik."
"Oh."
"Sampai bila you nak buat kerja macam ni?"
Lelaki bertopeng mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ini siapa pula?"
"Dia kerja I."
"Huh. Kerja you? Budak tu dah macam separuh nyawa."
"I nak selamatkan dia je."
"Itu bukan selamat itu cari pasal." Ujar Riana dalam geram. Tengok budak perempuan tu macam budak baik tapi entahlah apa yang si lelaki nak. Dia sendiri tak tahu.
"Percaya kat I. I tak buat kerja jahat."
"I tahu."
"Dah you tu nak soal macam I salah kenapa?"
"Memang pun." Ringkas jawapan Riana. Dia berpeluk tubuh. Penat belum hilang lagi, dia sudah terima panggilan telefon. Katanya kecemasan. Sebagai doktor peribadi pada lelaki itu. Dia segera ke mari. Tapi lain pula jadinya.
"Im sorry. I tahu you penat. Baliklah."
"Tak penat ke pakai topeng tu 24 jam?" Soal Riana sinis.
"Jangan mula kan Riana."
Riana mengalah. Bergaduh pun tiada guna. Si lelaki bertopeng juga akan menang. Dari bazirkan masa dan tenaga. Lebih baik dia balik berehat. Tilam sedang menunggu.
Nuraz memeluk lutut. Menangisi nasib yang tidak diketahui. Kaki kanan dan kiri di gari. Dia hanya bebas tangan sahaja.
"Lebih baik aku mati je." Bisik Nuraz.
"Kau tak mati pun duduk sini."
Nuraz merengus. Benci betul dia dengar suara lelaki itu.
"Aku rasa kau selamat duduk sini."
Nuraz diam seribu bahasa. Dia nak lancar perang dingin dengan si makluk bertopeng ini. Tiada guna dia bersuara kalau dia masih terikat macam ni.
"Nak berak cakap. Aku buka gari kau tu. Tapi kalau kau lari. Aku tak tahu kau boleh hidup ke lagi."
Nuraz merengus.
"Tak baik merengus. Kau patut bersyukur."
Nuraz baring di tilam dan mengiring ke kiri. Telinga ditutup dengan bantal. Dia tak nak dengar suara lelaki bertopeng. Benci dengar perkataan selamat sedangkan dia digari.
"Ok selamat malam." Ucap lelaki bertopeng. Tombol pintu ditarik dan dia menutup perlahan agar tiada geseran bunyi. Dia menghela nafas. Satu tugasan sudah terlaksana. Tunggu arahan seterusnya.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...