Dia temenung lagi. Cincin di jari manis di usap perlahan. Dia mengeluh entah ke berapa kali. Setiap pagi dan petang dia menunggu kepulangan Gibrel. Tapi hampa tiada bayangan. Cincin ditanggal pada jari manis.
"Jika awak terima, sarunglah pada jari manis." Pesanan itu masih tersimpan rapi dalam ingatan Nuraz. Sebelum Gibrel pergi, dia sempat berikan kotak cincin pada Nuraz.
"Ya. Saya terima. Awak pulanglah." Bisik Nuraz.
Cincin belah rotan direnung lama. Hatinya berbelah bagi. Mungkin mulut kata ya tapi hati sebaliknya. Dia takut untuk terima hakikat. Hakikat yang dia akan jadi pelarian bersama Gibrel. Entah sampai bila akan berakhir atau kekal sehingga Erica mati.
"Terima je lah." Bisik satu suara dari belakang.
Jantung mula berdegup laju. Dia pantas berpaling tapi tiada siapa. Hanya dirinya sahaja yang ada dalam bilik ini.
Dia melabuh punggung pada birai katil. Pandangan jatuh pada cermin. Dia melihat dirinya sendiri. Terlalu banyak kekurangan disebalik kesempurnaan Gibrel. Dia mengeleng kepala berkali kali."Betul ke awak cintakan saya?atau sekadar simpati?"
******
Gibrel senyum. Rindunya pada wanita ini. Berbulan bulan dia diam diri tanpa khabar berita. Rindukah wanita ini pada dia atau tidak. Hatinya jadi berkecamuk. Bagaimana jika hati wanita itu tidak tersentuh tanpa kehadirannya? Dia mengeluh perlahan.
Gambar pada screen telefon disentuh. Gambar Nuraz yang ditangkap secara sembunyi pada bulan lalu.
"Cantik." Pujinya.
Nuraz sentiasa cantik dimatanya walaupun wanita itu selalu menidakkan. Dia rindu telatah Nuraz. Dada kiri disentuh. Entah kenapa jantung berdebar dan rasa sakit. Bertepuk sebelah tangan hanya menyakitkan dirinya. Dia jadi nanar bila fikiran mewujudkan perkara negatif. Dia jadi risau jika Nuraz terus terusan menolaknya.
"Nurazzz." Nama itu diseru.
******
Beberapa bulan yang lalu
"Bangunlah Gibrel. Awak janji nak lindungi saya. Awak tipu saya kan? Sampai hati awak. Saya benci awakkk!!!" Ayat itu bergema kuat dalam otaknya. Air mata mula menitis perlahan. Matanya terbuka luas.
Kerambit diselit pada kaki seluar ditarik pantas dan....
Zapppp....
Darah percik pada wajahnya. Kali kedua, dia tusuk pada leher anak buah Erica.
"Garisan x?"
Kali ketiga, belakang anak buah Erica di toreh dengan tanda x.
Dalam kelemahan, Gibrel mengukir senyuman sinis. Kau silap Erica! Kau salah orang. Dasar mummy tak guna!
Anak buah Erica terbaring terkulai dalam keadaan mata terbeliak. Dia senyum sinis. Pengakhiran kurang baik pada pembunuh upahan ini.
Gibrel menekan perut. Bibirnya mula terketar. Dia melangkah perlahan lahan.
Mata terbuka perlahan lahan. Pandangan masih kabur. Syurga atau neraka? Dia senyum sinis. Tangan ini terlalu kotor untuk menuju ke arah syurga. Neraka mungkin.
"Welcome the hell." Hayden berseloroh dengan sengihan sumbing.
"Neraka bersama kau?"
Hayden gelak besar. Sakit terbaring tapi mulut masih berbisa.
"Alhamdullilah." Ucap Hayden. Syukurlah, adiknya sudah sedarkan diri. Risau jika Gibrel terus tidur dan tak akan kembali.
"Aku tau kau kuat."
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...