18

159 10 0
                                    

Nuraz berdiri di depan bilik kerja Gibrel. Serba salah untuk masuk. Dia berdiri kaku. Di dalam otak ligat menyusun ayat yang sesuai.

"Ada apa?"

Nuraz terkedu dengan soalan Gibrel. Kaki kanan masuk ke dalam bilik kerja. Bibir terketar untuk mengeluarkan kata maaf.

"Gibrel saya minta maaf." Luah juga perkataan itu dari bibir Nuraz. Tapi dalam keadaan mengigil.

"For what?" Tanya Gibrel dingin. Tangan sibuk menaip di laptop.

"Boleh saya duduk?"

"Apa guna ada kerusi depan tu." Sinis Gibrel beri jawapan.

Nuraz terdiam. Sepatutnya dia sudah tahu akan terjadi situasi ini. Nuraz masih berdiri keadaan kekok. Waktu sekarang membuatkan dia berfikir.

"Tak ada punggung nak duduk?"

Nuraz senyum paksa walaupun tidak nampak di mata Gibrel. Tanpa kata, dia terus buat keputusan untuk keluar dari bilik Gibrel. Dia tidak kuat. Gibrel yang melayan baik bertukar menjadi seperti ais. Bibir diketap kuat. Jangan mata air mengalir lagi. Semenjak kehilangan ibu, mudah air mata mengalir. Lemahnya seorang perempuan bernama Nuraz.

Gibrel berhenti menaip apabila dengar tapak kasut berjalan. 3 hari berlalu, baru sekarang Nuraz datang untuk minta maaf. Susahnya untuk bersikap dingin pada Nuraz. Mungkin ini yang terbaik.

Sampul surat diselak. Beberapa keping duit RM100.00 diletakkan dalam sampul.  Nuraz kotakan janji untuk bayar rumah sewa. Dia tidak berminat untuk mengira dan terus diletakkan dalam laci meja.





*****




Nuraz melompat tinggi untuk elak serangan orang belakang. Tubuhnya terhentak pada dinding. Sakit tapi dia tidak boleh kalah. Nuraz bangun dengan pantas dan mengelak dari tumbukan lelaki itu. Satu hentakan siku diberikan pada lelaki botak. Tepat mengena pada dahi lelaki tersebut. Tangan mencengkam leher itu secara kuat.

"Siapa hantar kauuuu?" Jerit Nuraz kasar. Kaki kanan diletakkan pada lutut kaki lelaki botak. Mata Nuraz bertukar merah.

"Akuuu takkk tahuuu. Akuuu hanyaaa ikut arahaaan saje. " Ujar lelaki itu gagap.

"Tipuuuu."

"Betuuuul." Ujar lelaki itu dalam kepayahan.

Satu tumbukan diberikan pada muka secara bertubi tubi. Tubuh lelaki itu terkulai. Sebaik sahaja Nuraz bangunan. Satu pukulan curi dari belakang menyebabkan badan Nuraz tertiarap. Dadanya rasa senak.

"Kau ingat kau hebat perempuan?" Bisik seorang lelaki dari belakang.

Nuraz tersenyum sinis. Nuraz mencari helah untuk bergelut dengan lelaki kedua. Dia berpura pura pengsan. Tangan kanan bersiap sedia untuk melawan musuh.

"Wahhh ingat hebat. Lembik kau rupanya."

Belum sempat lelaki tersebut mahu mengheret tubuh Nuraz. Nuraz  meretap tangan lelaki dan dipusingkan ke belakang. Kaki menyepak tempat sulit lelaki tersebut sehingga lutuh jatuh ke tanah. Tidak banyak soal. Tangan lelaki itu dipatahkan dan sebuah penumbuk tepat kena pada belakang leher. Seorang lagi jatuh terkulai.

"Dasar jantan pengecut. Berani kau serang hendap aku."

Tidak menunggu lama. Kaki  berlari laju untuk cari tempat yang lebih selamat.




*****





Fitrah menopang dagu melihat Gibrel bermain dengan keyboard komputer riba. Wajah lelaki ini kelihatan dingin tidak seperti selalu.

"Dah puas renung muka I?"

Fitrah tersengih. Kelakuan tak semengah akhirnya tertangkap oleh Gibrel. Tangan dijatuhkan pada riba. Badan duduk menegak.

"You handsome sangat." Puji Fitrah ikhlas. Nasib baik Gibrel ini kawan baik merangkap sepupu rapat. Kalau tidak dah lama dia goda Gibrel. Akal masih waras lagi. Biar pun mereka boleh berkahwin tapi banyak jurang antara mereka dan dia sendiri geli jika Gibrel jadi teman lelakinya. Gibrel dah macam abang kandung yang sentiasa jadi penyelamat.

Gibrel menjungkit kening. Tak hairan dengan pujian Fitrah. Dah lali di halwa telinga tapi pujian Fitrah selalunya ada makna tersirat. Pertama, mungkin mahu sesuatu atau mempermainkan dirinya.

"Oh ya? So nak jadi girlfriend I? Boleh you tenung lama lama." Usik Gibrel senada.

"Nuraz jadi girlfriend you pun tak tenung lama. Maklumlah muka you ketat sangat."

"I pun tak laku dimata dia." Ujar Gibrel.

"You pun cepat sangat mengalah." Komen Fitrah. Usaha Gibrel belum cukup ummm lagi dimata dia. Itu baru dimata Fitrah. Agaknya dimata Nuraz sebesar zahra pun tak ada. Kasihan Gibrel.

"So you nak buat apa melamar dia?" Soal Fitrah kembali.

"Lamar? Dua kali I kena tolak."

"Eh. Eeiii baru sekali dah berkira."

Gibrel diam. Terlupa yang dahulu dia ada datang meminang Nuraz tanpa pengetahuan Fitrah dan nenek. Nak buat kejutan katanya. Akhir sekali dia yang terkena kejutan.

"So I kena lamar dia lagi?" Tanya Gibrel berpura pura lurus.

Fitrah mengangguk laju dengan kenyitan mata. Cup cake yang berada di atas meja Gibrel diambil dan disumbat dalam mulut. Yummy sedap betul air tangan lelaki ini.

Gibrel hanya mampu mengeleng kepala. Fitrah perangai macam budak budak tapi itulah yang sentiasa ada bersama dia. Adik, kawan baik dan sepupu.




*****





Gibrel mengerut dahi. Hairan dengan kelakuan Nuraz yang berjalan terhendap hendap macam gaya pencuri. Dia melihat jam ditangan. Rasanya Nuraz dah pulang ke rumah sudah 2 jam tapi kenapa datang kembali ke kafe dengan pakaian kusut.

Otaknya terfikir. Ada benda tak kena dengan Nuraz. Dia bangun segera untuk bertemu dengan Nuraz.

Betul tekaan Gibrel. Pasti Nuraz kena serang lagi. Rambut gadis itu kusut masai dengan lebam dipipi. Dia menilik pakaian Nuraz. Kotor dengan tanah! Gibrel menarik nafas panjang. Marah macam mana pun dia pada Nuraz. Dia tetap risau dengan keselamatan gadis itu.

"Kenapa tak terus balik ke rumah? Kenapa datang sini balik? Kalau ada orang ikut awak macam mana? Heii tak selamatlah." Marah Gibrel dengan soalan bertubi-tubi.

Nuraz terkedu. Dia datang pada masa yang salah tapi akal fikiran tak dapat nak fikir. Tempat ini sahaja yang dia tuju.

"Maaf saya tak dapat fikir dengan baik."

"Awak lalu lorong sunyi lagi?" Soal Gibrel dengan nada agak tinggi.

Nuraz menggeleng laju.

"Saya kena tarik dari grab."

"Whatttt?"

Nuraz mengangguk laju. Ya dia kena tarik dari grab dan pemandu grab itu adalah orang jahat!

"Hahhhhh." Gibrel terkejut. Mulut masih ternganga dengan pengakuan Nuraz.

"Awak ingat grab tu selamat sangat ke?"

"Kenapa awak tak check dulu background driver? No plat dia tu betul ke tak?" Soalan dibalas dengan soalan oleh Gibrel.

"Salah saya." Nuraz mengakui. Dia tunduk lemah. Tidak berani bertentang mata dengan Gibrel.

Ya hari ini dia akui salah dia. Dia tak periksa dulu no flat grab. Bila lelaki itu menjemput dia masuk. Dia terus masuk dan babak seterusnya berlaku. Lelaki jahat itu bawa dia ke kawasan yang dia tidak ketahui. Mujurlah dia sangat peka dengan jalan balik ke kondominium Gibrel.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now