13

154 11 0
                                    

Dan andai terbuka hatimu
Ku disini Menunggu dan terus menunggu dirimu
Kembalilah sayang kepadaku

Petikan gitar dan nyanyian mendayu berbunyi dari luar rumah. Nuraz melangkah ke luar. Dia berhenti di muka pintu melihat susuk tubuh Gibrel. Suara itu mengingatkan pada seseorang yang dirindui.

"Itu gitar arwah abang saya." Ujar Nuraz setelah nyanyian Gibrel selesai. Nuraz tersenyum dan pandang ke arah langit yang dihiasi dengan bintang.

"Dulu saya suka tengok bintang dengan abang dan kat sini juga abang hembuskan nafas terakhir." Cerita Nuraz lagi. Jari tunjuk pada pangkin kecil yang diduduki Gibrel.

"Sorry kalau saya menyibuk. Abang awak sakit apa?"

"Hmmm. Dunia kan awak. Kami ni tak ada apa-apa sebab tu senang orang nak tabur fitnah. Abang kena pukul separuh mati sebab khianat orang. Bukan orang lain jugak. Orang kampung ni. Tu anak tok ketua."

"Anak ketua kampung?"

"Orang dia. Dia cakap abang curi hasil kebun. Padahalnya masa tu elok je ada kat rumah. Dia jumpa abang tepi jalan. Terus pukul."

"Tak report polis?"

"Hmmm."

Gibrel mengangguk faham. Orang kaya dan berkuasa boleh buat apa sahaja yang dia suka termasuk langgar undang-undang. Gibrel tersenyum menyenget. Ya dunia ini kadang kala kotor dengan manusia kotor.

"Saya rasa kes pecah rumah ini ada kena mengena dengan dia orang."

"Awak yakin ke? Bukan sebab lain?"

Nuraz mengangguk yakin. Dia tersengih memandang Gibrel. Jika dia cerita apa yang dia buat pada anak ketua kampung bulan lepas. Mesti bebelan yang dia terima dari Gibrel.

"Pasti sangat. Bulan lepas saya balik. Saya bagi sedas dua. Eleh berani sebab ada geng. Dah sorang kecut perut pulak."

"Whattt? Kenapa Nuraz suka buat kerja gila? Tengok ibu yang kena akibatkan."

"Saya sakit hatilah."

"Sabarlah. Kita diam tak semestinya kalah. Satu hari nanti anak tok ketua tu kena akibat juga. Orang jahat tak selamanya hebat. Pasti ada balasan." Bebel Gibrel panjang. Hai la perempuan kesayangan. Boleh pecah jantung bila dengar cerita dari Nuraz.

"Awak ada abang?" Soal Nuraz untuk tukar topik. Sakit telinga dengar bebelan tak rasmi Gibrel.

Gibrel mengeleng perlahan. Dia anak tunggal yang tidak dimanjakan oleh mummy. Ditinggalkan di Malaysia bersama nenek.

"Awak anak tunggal?"

"Yup."

"Seronok jadi anak tunggal? Mesti best kan bila ibu awak manjakan awak."

Gibrel ketawa sinis. Ya luaran nampak bahagia tapi hati tiada siapa yang tahu waima Fitrah. Dibibir diluahkan tidak mengapa tapi dalam hati seakan dirobek.

"Tak semua yang kita bayang itu bahagia."

"Maksud awak?"

"Saya nampak awak sangat rapat dengan ibu."

"Iyalah sebab saya kan anak perempual tunggal macam awak anak tunggal."

Gibrel menarik nafas dalam. Malam yang pekat dengan hembusan angin malam membuatkan hati dia jadi lemah. Layanan ibu pada Nuraz menjadikan dia nanar dalam mencari kasih sayang seorang ibu.

"Dari kecil saya membesar dengan nenek. Khabar angin kata saya baru balik oversea tu tipu je. Saya study semua kat sini. Balik sana pun mungkin setahun 2,3 kali. Mummy dah kahwin dengan orang warga U.S. Dah beranak pinak pun. Mungkin terlalu bahagia sampaikan buang anak disini." Ujar Gibrel dengan wajah sunggul.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now