l
Tamat seminggu cuti. Nuraz kembali ke Kuala Lumpur. Senang juga rasa hati bila mengupah orang untuk jaga dan tengok ibu. Tentang duit , Nuraz tak kisah semua itu. Biarlah berapa banyak pelaburan janji ibu selamat.Masuk sahaja kerja, dia sudah dengar gosip nakal antara dia Gibrel. Mereka buat spekulasi yang Nuraz dan Gibrel kahwin senyap dikampung. Gila! Mana entah timbul gosip macam tu.
"Kahwinnn tak hajakkkk."
Nuraz kecilkan mata. Geram dengan mulut Sara. Ini mesti dia pembawa mulut.
"Sara sengaja kan buat cerita?" Soal Nuraz garang.
"Eh mana ada. Orang lain cakap. Nuraz cuma tokok tambah."
"Auuuu." Jerit Sara kuat. Perit dengan cubitan Nuraz. Mengalahkan semut api. Ini ratu mungkin.
"Orang pandang akak ni macam apa ntah." Rungut Nuraz. Tidak suka dengan keadaan sekarang. Orang pandang dia sambil berbisik termasuk cik Pah kaki mulut becok tu.
"Rilekslah kak kalau tak betul. Nanti Sara siarkan berita kat mulut becok tu."
"Mulut becok tu kamu Saraaa."
Sara garu kepala tak gatal. Janganlah terbongkar dia yang mulakan dulu.
"Mulut becok tu cik Pah kak Nuraz." Sara bela diri.
"Alah apa salahnya kalau betul kan." Sampuk Gibrel dari belakang.
"Eiii awak pun sama. Manja sangat dengan pekerja awak sorang ni. Biul."
Gibrel tidak lekang dari menerbitkan senyuman. Bahagia pula dengar gosip dia dan Nuraz tapi bukankah mereka selalu digosipkan. Hari ini lain sikit versi gosip. Kata mereka dia dah kahwin. Eh kan bagus menjadi kenyataan. Nuraz pun satu jual mahal.
"Apa awak sengihkan Gibrel?"
"Kan bagus jadi kenyataan."
Tepukan bertalu talu dari Sara. Auuu romantik juga abang Gibrel ini. Tak ada selit terus ayat sebenar keluar.
"Sara." Tegur Nuraz bengang.
"Opss maafkan Sara. Minta diri dulu."
Mata beralih arah ke Gibrel. Pandangan tak puas. Gibrel dengan sikap miang keladi memang tak boleh dipisahkan langsung.
"Nuraz kesayangan Gibrel." Suara husky Gibrel keluar.
Meremang bulu roma Nuraz.
"Jangan buat suara macam tu. Nanti saya baling laptop ni."
"Ala sekatakat laptop apalah sangat berbanding sayang saya pada awak."
Nuraz membuat gaya orang muntah. Tak menahan dengan ayat Gibrel.
*****
Dushhhh
Terangkat bahu Nuraz. Badan yang bersandar cepat beralih pada tempat lain. Nuraz pusing belakang dan mulut ternganga luas. Gibrel tumbuk seseorang.
"Boleh tak jangan duduk tempat sunyi macam ni. Kalau kau kena culik macam mana?" Tinggi suara Gibrel menghamburkan kemarahan pada Nuraz.
"Sayaaa cu..ma nak beli air je." Jujur Nuraz beritahu.
"Lain kali jangan beli kat mesin tempat tak ada orang. Kenapa kedai lain dah tutup sangat ke?" Sinis soalan Gibrel.
Tangan Nuraz ditarik untuk menuju ke arah keluar. Firasat Gibrel tak pernah salah. Nuraz dalam keadaan bahaya. Lepas itu apa pula yang terjadi. Dia sendiri tidak tahu.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...