Bab 65

110 11 2
                                    

Assalamualaikum. Alhamdullilah berjaya update untuk hari ini😍 pada masa yang sama tengah melawan sakit. Doakan saya sembuh dari covid ya semua. Korang semua lindungi diri okey😘

"Ros hitam dan aku memang tak boleh dipisahkan Nuraz. Walaupun aku keluar dari gengaman Erica tapi aku tak dapat lupakan. Aku jadi ketagihhh."

"Kau kawan dengan aku sebab kau ketagih nak bunuh orang?Lepastu kau bolehlah manipulasi aku dan bunuh aku?"

Megat geleng kepala. Dia tersenyum.

"Aku cintakan kau Nuraz. Kau kawan pertama yang hadir dalam hidup aku."

"Dah tu kenapa kau suka bagi aku bunga ros hitam?"

"Sebab aku sayangkan kau Nuraz."

Belum sempat Nuraz bersuara. Roh Megat hilang. Nuraz tersedar dari mimpi. Dia menumbuk bantal berkali kali. Geram bila mimpi mengenai Megat hanya sekejap.

"Kenapa kau suka sangat bagi aku hint sikit sikit. Kau tahu tak! Aku ni bukan bijak sangatttt! Dasar Megat tak gunaaa." Jerit Nuraz kuat.

Tangan kanan mengagau laci meja untuk mencari pendrive tinggalan Megat. Dia mahu cari hint seterusnya. Dia dah tak sanggup nak berteka teki.

Satu per satu folder dibuka. Jari jemari mula terketar ketar untuk klik file. Tak sanggup nak melihat kekejaman. Nuraz menarik nafas dan hembus.

"Kau boleh." Ngomel Nuraz.

Nuraz pejam mata. Tak sanggup menonton video kekejaman Megat. Akhirnya, dia mengalah dan menutup video. Pendrive dicabut kasar lalu diletak kembali dalam laci. Jantung mula berdegup laju. Peluh sudah membasahi wajah.

*****

"You suka tinggal sini?"

"Suka. Tenang je rasa. Awak tengoklah ni. Tenang je kan air ni mengalir." Ujar Nuraz. Kaki mengocak air sungai. Sejuk dan segar.

"You okey? Pucat lagi muka tu? Luka tu jaga baik baik."

Nuraz tersenyum dengar pesanan Riana. Otak cuba lenyapkan tentang tayangan video tadi. Muka dibasahkan dengan air sungai. Sekurang kurangnya air sungai ini dapatkan tenangkan hati.

"Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. I suka tau peribasa ni. Macam manusia nampak tenang je tapi dalam hati siapa yang tahu."

"Apa maksud awak?"

"Orang lain tengok Erica tu kaya dan tenang je tapi hati sebaliknya. Dia tu macam ular suka belit orang."

Nuraz diam. Tidak tahu untuk balas kata. Dia tidak mengenali Erica. Pertama kali jumpa adalah masa di hotel dulu. Selepas itu, hanya anak buah Erica yang datang mengejarnya.

"Dulu kan I terpengaruh dengan kebaikan Erica. Konon kesian I sebab kematian mak bapak I. Rupanya dia punca segalanya."

"I harap you kuat. I pun hampir nak tumbang ni." Tambah Riana. Gelakan kecil kedengaran.

Nuraz tahu gelak kecil itu hanya sekadar menutup kesedihan. Jari jemari Riana diambil lalu diletak pada pipi. Riana nampak seakan kuat tapi sebaliknya. Dia dapat agak yang ada tragedi buruk dalam hidup Riana.

"Kita dua kena kuat." Nuraz beri kata semangat.

"You nak tak dengar cerita I? Alang alang you bakal jadi adik ipar I nanti."

Nuraz mengangguk. Bersedia untuk pasang telinga untuk Riana.

"Salah ke I jatuh cinta pada anak pembunuh mak bapak I?"

Soalan Riana membuatkan Nuraz tergamam.

"I tahu mesti you kata I bodoh. Sepatutnya I kena jauhi dari Hayden bukan makin dekat. Tapi Hayden sara I punya study. I tak boleh lupa jasa dia."

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now