Selamat Hari Raya Aidifitri buat pembaca KYAP. Terima kasih sudi baca karya syok sendiri ni. Kalau ada kesalahan. Jangan malu untuk tegur. Insyaallah saya terima dengan hati terbuka. Jangan lupa vote & komen.
Jendela dibuka luas. Langsir putih diikat kemas. Cahaya matahari masuk ke dalam bilik. Mata yang silau dikecilkan. Udara segar dihirup dalam. Segar bau hutan hijau. Mata jatuh pada susuk tubuh Hayden dan Riana. Mereka gigih berlatih. Syukurlah, Hayden sudah terima Riana untuk belajar seni pertahankan diri. Hayden sendiri yang berbesar hati untuk mengajar Riana.
Rambut panjang disisir rapi. Ingatan jatuh pada Gibrel. Sudah 2 bulan susuk tubuh Gibrel tidak berada di banglo hutan ini. Ke mana lelaki itu pergi? Sihatkah Gibrel? Tiada khabar berita tentang lelaki itu. Kenapa dia menghilang lagi? Hatinya selalu tertanya tanpa jawapan yang pasti.
"Awak kata nak jaga saya. Nak sentiasa ada dekat saya tapi awak hilang."
Tanya pada Hayden. Hayden hanya diam sahaja. Pendrive yang ada atas meja dipandang. Hampir separuh video dan maklumat dipadam. Dia tahu itu kerja Gibrel.
"Awak tak rindu saya?" Suara halus berbunyi pada telinga kiri. Nuraz tergamam dan berpaling. Tiada siapa siapa. Mungkin dia rindu pada lelaki itu.
Dia menopang dagu pada sudut jendela. Mata meliar melihat keadaan sekeliling. Jika masalah selesai semuanya, pasti dia rindu tempat ini. Tak terdaya untuk memikirkan masa akan datang. Apa yang akan berlaku. Nyawanya masih ada di bumi ini atau diragut kejam oleh Erica.
Hari demi hari, dia fikirkan tentang ayah. Tiada jawapan yang dia temui. Selama 2 bulan ini juga, mimpi tentang Megat langsung tiada. Dia penat mahu berteka teki.
******
Marcos mendengus kasar. Rahsia yang dia simpan selama ini terbongkar ditangan Gibrel. Tak sanggup untuk dia hadapi kenyataan sebenar.
"Uncle minta maaf."
"Tak perlu uncle minta maaf. Uncle tak ada salah."
"Tolong uncle. Jangan bagitahu Hayden atau siapa siapa."
Dokumen diletakkan atas meja kopi. Jari jemari pula mengetuk meja. Matanya melihat anak mata dan bibir Marcos, saling tak tumpah seperti Hayden.
"Hayden berhak tahu."
"Dia tak patut tahu." Tegas suara Marcos.
"Uncle tak kasihan pada Hayden?"
"Uncle tahu mana baik. Mana buruk."
"Mummy ugut uncle?" Soal Gibrel.
"Dunia nyata ini terlalu kejam untuk kata kebenaran."
"Kebenaran memang pahit untuk telan uncle. Realiti yang patut kita hadap. Sakit memang sakit tapi sampai bila nak menyorok." Balas Gibrel tenang.
Marcos mengeluh perlahan. Terkesan dengan kata kata Gibrel. Hati tuanya bimbang dengan penerimaan Hayden. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Hayden. Cukuplah dia melihat darah dagingnya dari jauh. Dia takut dengan penerimaan Hayden.
"Hayden tak pernah soal apa apa pada Uncle?Muka korang nampak seiras dari mata dan bibir." Ujar Gibrel.
"Pernah. Kami pernah buat ujian DNA tapi uncle tipu ujian tu. Hayden tak pernah tahu."
Rumit masalah mereka berdua. Anak ingin tahu kebenaran tapi ayah biologikal menipu. Kasihan Hayden. Mungkin ada alasan kenapa Marcos buat begini.
"Saya tak tahu apa alasan uncle. Tapi tekaan saya mummy ugut? Nak bunuh Hayden atau nak bunuh uncle?" Teka Gibrel. Angin dingin menampar pipi tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...