"Keychain bunga ros hitam?" Soal Haiyan dengan gelak kecil. Jus orange sejuk disedut perlahan. Dia berdehem sikit untuk hilangkan rasa kelakar. Boleh jadi keychain jadi petunjuk buat mereka. Boleh jadi sekadar kenangan antara Megat dan Nuraz. Megat si sepupu yang kurang rapat itu sungguh misteri orangnya. Lagi pelik bila rapat dengan Erica sedangkan nenek yang bela dia dari kecil."Megat cakap tu petunjuk?"
"Ya itu Klu dia."
"Masa Megat sakit tu?"
"Tak?"
"So?"
"Dalam mimpi I."
"Uhuk. Uhuk." Megat tersedak air. Dada ditepuk berulang kali. Bila lega dia menarik nafas panjang.
"Mimpi you Nuraz?" Soal Megat kuat. Tak percaya dengan kata Nuraz.
"Ya. Bukan I tipu tapi dia selalu datang dalam mimpi I."
Megat cuba mencerna apa yang dia dengar. Mimpi? Datang? Oh Nuraz khayalan apa yang dia ceritakan ini. Tak logik dek akal!
"Mimpi mainan tidur je Nuraz. Ros hitam tu kisah you dan dia masa lalu. Memanglah you akan bawa sampai mimpi."
"You sama macam Gibrel. Tak faham apa yang I rasa."
"Sebab I bukan you Nuraz. I tak dapat baca apa yang ada dalam hati you. I bukan ahli nujum tapi bab mimpi sorry Nuraz. I manusia yang guna fakta bukan ilusi."
Susahnya dia dapat kepercayaan dari 2 lelaki ini. Nuraz tahu dia bukan seorang yang bijak sebab itulah dia perlukan otak 2 lelaki ini. Kalau 2 lelaki ini percaya tentang mimpi dia sudah tentu masalah hampir selesai.
Gelas kaca dipandang tajam. Dia merasakan mahu ambil dan hentak pada kepala Haiyan. Mungkin boleh ubah pemikiran lelaki ini. Fakta konon tapi berbulan kes tersekat jugak. Pergi mati dia punya fakta tu!
"You kena terima hakikat Nuraz."
Nuraz menjeling tajam. Haiyan sengaja tambah bara hatinya. Gelas kaca diletak kuat sehingga berbunyi. Susah nak cakap dengan manusia yang konon hanya terima fakta.
"Kenapa muka masam Nuraz?" Tegur Gibrel hairan. Wajah Nuraz masam dengan pandangan mata tidak puas hati.
"Kenapa cousin awak ni ada sini? Elok tak payah datang. Nanti Erica tahulah kita ada kat sini!"
Haiyan tersengih. Sikapnya tetap tenang dengan meneguk jus oren. Dibiarkan Nuraz melayan amarah. Tiada guna mahu berlawan mulut. Dia tetap mahu tegakkan kebenaran dan Nuraz juga begitu.
"Dia ada hal kat sini."
"Hal apa?" Soal Nuraz tidak puas hati.
"Ada hal sikit nak uruskan kat sini."
"Kalau Erica tahu kita kat sini macam mana?"
"Tak payah risau. Haiyan ni hebat dalam tutup jejak."
"Elehhh ye la tuuu." Mulut mencebik. Meluat dengar pujian Gibrel. Sengihan Megat dibalas dengan penumbuk kanan.
*****
" Gibrelll." Panggil Nuraz lembut.
"Ya."
"Awak busy?" Jari jemari bermain. Risau jika topik ini tidak menarik perhatian Gibrel.
"Hmmm. Ada apa? Tak lah sangat."
Nak cerita ke tak nak ni. Risaunya reaksi Gibrel macam Haiyan. Tapi belum cuba belum tau. Redah je lah.
"Kalau saya cerita. Awak percaya tak?"
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...