"sabar Nuraz semua ini takdir. Ibu kamu pergi sebab dah ajal dia." Pujuk Mak cik Fatimah lembut. Sebelah tangan mengesat air mata dengan hujung tudung. Besar sungguh ujian buat Nuraz.
Nuraz mengongoi menangis. Dipeluk tanah kubur cik Azie. Kepala dilentok pada hujung tanah. Tangan membelai tanah yang timbul. Nuraz tidak dapat menerima hakikat ibu telah pergi buat selamanya.
"Nuraz tak baik meratap macam ni. Kesian ibu." Pujuk Gibrel pula. Tak betah duduk disini melihat Nuraz.
"Ibu." Lirih suara Nuraz. Kalaulah dia keraskan hati tidak tinggalkan ibu sudah tentu semua ini tidak terjadi.
"Nuraz salah makcik."
"Allah. Jangan begitu Nuraz. Ini semua takdir. Ini ujian buat kamu."
Air mata mengalir deras dibiarkan sahaja. Muka sudah comot tapi dia tidak pedulikan semua itu. Dia menyesal tak dengar kata hati. Waktu yang tak boleh berputar kembali.
"Nuraz. Tak baik meratap macam ni. Nuraz patut baca doa buat ibu bukan menyesal macam ni. Kita doakan yang baik buat ibu." Dari berdiri, Gibrel duduk melutut.
"Saya salah ke?"
"Tak. Takdir tak pernah salah Nuraz. Ini ujian buat awak. Awak kuat sebab tu Allah turunkan ujian." Nasihat Gibrel.
"Saya sayang ibu. Ibu satu satunya yang saya ada. Ayah dah pergi. Abang dah pergi. Saya keseorang. Saya nak pergi sama. Kenapa nyawa saya tak dicabut sekali?"
Mengucap Gibrel ketika ini. Hati hiba mendengar luahan Nuraz.
"Nuraz ini ujian buat awak. Awak kena kuat. Saya tahu saya tak mungkin faham apa yang awak rasa tapi Nuraz kena tahu. Saya sentiasa ada buat Nuraz. Mari balik." Pujuk Gibrel sekali lagi.
Hendak dipeluk dan sentuh. Itu bukan isterinya. Gibrel hanya mampu pandang. Sakit Nuraz sakitlah dia. Sedih Nuraz hatinya sendiri kecewa.
*****
Alhamdullilah. Kenduri tahlil cik Azie berjalan lancar. Segala urusan dipermudahkan oleh NYA. Ramai jemaah masjid dan orang kampung sudah balik. Ini semua atas usaha mak cik Fatimah dan Gibrel.
"Terima kasih Gibrel tempah katering. Buat susah je." Ucap mak cik Fatimah. Hati memuji peribadian lelaki muda ini.
Gibrel tersenyum. Ini adalah ehsan antara manusia.
"Nuraz tiada keluarga lain?" Soal Gibrel separuh berbisik.
Mak cik Fatimah menghela nafas. Kasihan sungguh dengan Nuraz anak jiran yang dianggap seperti anak sendiri.
"Setahu makcik tak ada. Bila mak cik Azie meninggal masa umur cik Azie 13 tahun. Cik Azie kena hantar kat rumah anak yatim. Ayah Nuraz anak tunggal tapi kena buang keluarga kerana nikah dengan cik Azie." Cerita Mak cik Fatimah. Sesekali mata melirik ke arah Nuraz yang sedang melayan perasaan dipangkin.
"Sampai sekarang tiada seorang pun cari keluarga cik Azie."
"Adalah mereka balik kadang tu. Tak silap mak cik dalam 10 tahun lepas. Kena haramkan kaki jejak ke rumah atok Nuraz."
Keras betul hati atok nenek Nuraz. Sekarang Gibrel dah tahu hati Nuraz turun daripada siapa. Benda dah lama berlalu masih keras hati dengan anak.
"Kesian Nuraz. Mak cik tak tahu macam mana dia nak hadapi hari hari."
"Insyaallah. Nuraz boleh mak cik. Kita doakan Nuraz ya." Ujar Gibrel.
Dulu sewaktu dia kecil. Gibrel selalu menangisi nasib sendiri. Ditinggalkan dan disisihkan tanpa sebab tapi nenek insan yang selalu bersamanya. Sekurang-kurangnya dia masih ibu untuk dia ziarah secara berdepan. Nuraz pula meratapi kehilangan ahli keluarga dan kini tinggal sebatang kara.
Kaki melangkah perlahan ke pangkin tempat duduk Nuraz.
"Awak tidur mana malam ni?"
"Tak payah risau pasal saya. Dalam kereta pun saya boleh tidur. Risaukan pasal awak Nuraz."
Nuraz menunduk. Mengesat air mata yang mahu tumpah.
"Nuraz. Tak apalah awak sedih. Benda itu biasa untuk orang yang kehilangan orang tersayang tapi jangan meratap. Tak baik Nuraz. Kita ada agama. Kita boleh berdoa. Boleh baca yasin untuk ibu."
Kata-kata Gibrel menikam tepat ke hati Nuraz. Dia tewas. Air mata mengalir ke pipi. Cuba dikesat berkali-kali tapi tidak mampu menghalang untuk terus mengalir.
"Aishhhh." Nuraz merengus. Marah dengan diri sendiri yang tidak boleh kawal diri.
"Menangislah Nuraz. Jika itu yang legakan awak."
Dari menangis secara diam. Terus Nuraz teresak esak. Gibrel pula mampu pandang sayu. Doanya hanya satu. Dia minta Nuraz dikuatkan semangat.
*****
Seminggu berlalu, Nuraz masih begitu. Duduk termenung dan tak nak makan. Dapat sahaja panggilan dari mak cik Fatimah. Gibrel bergegas balik ke kuantan untuk menjenguk keadaan Nuraz. Kerja yang ada ditinggalkan pada pekerja. Waktu sekarang Nuraz adalah keutamaan dia.
"Nuraz mana mak cik?"
Mak cik Temah muncungkan mulut ke arah bilik Nuraz. Dari pagi tadi dipujuk untuk makan tapi Nuraz hanya kekal membantu. Dibawa makan masuk bilik, tidak disentuh. Mengeluh mak cik Fatimah. Diminta anak daranya memujuk tetap juga tidak berjalan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk telefon Gibrel.
Gibrel mengetuk pintu bilik Nuraz. Tiada sahutan.
"Nuraz buka pintu ni. Pergi mandi dan makan."
Sepi. Tiada jawapan dari dalam.
"Nuraz jangan cabar saya. Saya pecah masuk. Dukung awak pergi mandi." Ugut Gibrel keras.
Masih tiada sahutan.
Belum Gibrel mahu pecah masuk. Nuraz sudah berdiri depan pintu dengan rambut berserabai.
"Ya Allah Nuraz."
"Awak nak apa? Baliklah."
"Saya akan balik bila awak makan dan minum. Jangan sampai saya paksa awak Nuraz." Tegas Gibrel berkata.
"Awak bukan bos saya kat sini."
"Saya memang bukan bos awak kat sini tapi saya kawan awak. Yang ambil berat tentang awak."
Nuraz kaku. Masih berdiri didepan pintu. Otaknya rasa melayang entah ke mana. Pandangan mata pada Gibrel pun kabur. Dia terasa badan yang lemah jatuh dan berada dalam pelukan seseorang.
"Apa yang awak buat Nuraz sampai tak nak makan minum. Jangan seksa diri. Nuraz kesayangan Gibrel." Lembut bibir mengucap perkataan sayang. Tipulah hati ini tidak sakit melihat perempuan kesayangan terbaring lesu. Helaian rambut yang berada pada muka Nuraz diselak ke tepi telinga.
Jari jemari mula mengusap perlahan wajah Nuraz. Jatuh kasihan pada gadis ini. Pelbagai ujian yang dilalui Nuraz. Jari jemari Nuraz digengam lalu dikucup perlahan.
"Semoga cepat sembuh Nuraz kesayangan Gibrel." Bisik Gibrel pada telinga Nuraz. Gibrel bangun dari kerusi dan tinggalkan sebentar wad kelas pertama ini. Dia mahu membasahi tekak.
Perlahan - lahan mata Nuraz terbuka. Cat putih menghiasi dinding. Mata pandang keadaan sekeliling. Kepala makin berdenyut. Perut pula terasa pedih. Nuraz sedaya upaya bangun. Nuraz tahu sekarang dia berada di hospital. Kaki memeluk kedua lutut.
"Takutttt." Ujar Nuraz. Air mata mula basahi pipi.
"Nurazzz."
"Saya nak balik Gibrel."
"Tak boleh. Awak belum sihat lagi."
"Tapiii."
"Dengar cakap saya Nuraz."
Tiada bantahan. Nuraz kembali baring. Mata menikam wajah Gibrel. Lelaki kacukan ini tak jemu bantu dia. Sama macam Megat. Sejak akhir ini Megat tidak muncul dalam mimpi. Mungkin disebabkan dia tidak fikirkan Megat.
"Nak makan?"
Nuraz mengangguk perlahan. Perut dia sudah pedih dan tekak rasa kering. Tenaga juga sudah tiada. Mata terpejam sementara menunggu hidangan dari Gibrel.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...