48

137 8 2
                                    

Bab 48

Kaki dilunjurkan ke dalam air sungai. Sejuk terasa sehingga ke tulang. Air sungai yang mengalir ditadahkan pada tangan lalu dibasuhkan ke muka. Segarnya dapat rasa air sungai. Warna air pula jernih dan bersih. Minum tanpa masak pun boleh. Nuraz menghirup udara pagi. Otak terasa lebih bebas. Segala masalah mengalir macam air sungai.

Kaki mengocak air sungai. Nuraz ketawa riang. Dia nak duduk sini lama. Tak nak keluar ke bandar. Seronoknya. Tak payah fikir masalah rumit.

"Bestnya kalau ada ikan dalam ni. Boleh pancing. Ahhh rindunya kat kampung."

Batu-batu kecil yang ada dibaling ke dalam sungai. Belah sana macam dalam je. Rasanya kat sini mesti ada air terjun tapi kat mana? Sukanya kalau jumpa. Tak sabar nak ajak Gibrel teroka hutan.

"Seronok main air." Tegur Gibrel. Dari jauh ralit dia melihat Nuraz bermain air. Ada kala dia ketawa riang.

"Kat sini ada air terjun?"

"Ada kat hujung sana. Jauh jugak lah."

"Jom bawa saya pergi sana. Saya nak tengok. Mesti cantik kan."

"Tak payahlah sini banyak harimau. Tak pasal pasal kena kejar. Belum lari dah kena baham." Sengaja menakutkan Nuraz.

Wajah Nuraz pucat. Cepat dia naik ke atas dan menuju ke arah Gibrel.

"Lah kenapa mari sini. Pergilah bersuka ria tu."

"Tak naklah kalau harimau datang macam mana. Tak nak kena makan."

Gibrel tahan gelak. Berjaya mengenakan Nuraz. Ada juga yang takut. Ingatkan berani je.

"Sebab tu saya kata belajar main kerambit."

"Apa kena mengena harimau dan kerambit?" Soal Nuraz lurus. Mata terkelip-kelip pandang Gibrel.

Gibrel menahan ketawa. Muka Nuraz tu memang geram je. Rasa nak cubit-cubit. Muka polos dia tu membuatkan Gibrel gila bayang. Tapi kalau dah datang angin degil tetap juga Gibrel suka. Suka seseorang kan tak perlukan kenapa kita suka dia.

"Ye lah. Sekurangnya ada senjata nak guna. Boleh lawan. Harimau sama harimau lawan. Jadi aummmm." Usik Gibrel.

Terjengkil mata Nuraz. Gibrel sengaja nak mengenakan dia.

"Belum sempat dah kiukkk dengan harimau hutan."

"Sekurang kurangnya kita ada semangat nak lawan. Itu yang penting. Berani atau takut. Letak belakang." Bukan sebarang kata Gibrel mengeluarkan ayat. Ada makna tersirat.






*****





Nuraz mengeluh perlahan. Mengigil tangan dia bila pegang kerambit. Peluh dah mengalir di wajah. Dia tak boleh lakukan. Dia takut dengan senjata tajam ini. Dia rasakan bagaikan kulit dia tersiat.

"Boleh Nuraz?"

"Takkk takkk boleh." Ujar Nuraz lemah. Dia terduduk atas tanah. Dia bukan ada sejarah dengan senjata tajam. Boleh je pegang pisau nak masak. Entah kenapa dengan kerambit ini membuatkan dia rasa ngeri.

"Awak ada sejarah dengan kerambit?"

"Saya boleh je pegang pisau tak akan kerambit saya rasa lembik kaki."

"Pisau tak sama macam kerambit."

Nuraz mendongak ke atas memandang Gibrel. Sanggup ke lelaki ini dengar sebarang repekan dia. Benda kecil tapi emosi dia main peranan.

"Dulu masa saya belajar silat. Saya tak nak main dengan benda alah ni. Tapi masa tu ngeri rasa biasa je tapi hari ini luar biasa."

"Nuraz slow slow saya ajar awak okey. Tak boleh hari ini. Esok ada. Tulat tubit semuanya saya akan ajar."

"Dulu saya jumpa kerambit sebelah abang saya. Saya nampak perut dia tersiat. Lepastu tu kes tu tutup macam tu. Konon abang kena belasah je padahalnya. Kes tu tutup sebab ada orang dalam. Saya pendamkan sorang sorang. Tak bagi tahu mak. Takut mak makin sakit." Nuraz mula meluahkan apa yang tersimpan dalam hati.

Dari berdiri, Gibrel turut duduk atas tanah. Telinga setia mendengar luahan Nuraz. Ya dulu Nuraz ada bercerita perihal kes abangnya tutup sebab ada orang dalam. Tak sangka ada kes yang lebih teruk dari itu sehingga emosi Nuraz terganggu. Dia pandang ke sisi, menatap wajah sunggul Nuraz. Nuraz, wanita yang cekal dan berani menghadapi kehidupan harian. Dia kagum pada wanita ini.

"Saya cuba fight tapi semua orang tak percaya. Saya rasa bodoh bila tak mampu buat. Sekarang saya rasa lagi bodoh sebab tak boleh pegang benda alah tu."

"Tak perlu paksa diri Nuraz. Belajar slow slow." Pujuk Gibrel.

"Kalau ambil masa macam mana kita nak selesaikan masalah?"

"Hari ini belajar bukan esok akan mahir. Belajar ni macam baby. Belajar dulu nak pusingkan badan, merangkak dan berjalan. Jangan buat sesuatu dengan tergesa."

Dari jantung berdegup kencang kembali pada degupan normal. Ayat Gibrel sentiasa menenangkan hati dia. Pujukan dia tak memaksa. Sentiasa tenang. Dia tersenyum senang.

"Rasa kelakar kan. Benda kecil pun nak trauma bagai. Mengada betul."

"Kadang benda nampak kecil tapi beri impak besar pada kita. Sebab tu jangan meremehkan walaupun kecil. Kita tak tahu apa akan terjadi suatu hari nanti."

Sekali lagi ayat Gibrel ni menusuk ke dalam hati. Dia terangguk-angguk mendengar. Setuju dengan Gibrel. Orang suka ambil mudah hakikatnya perkara itu beri impak sama ada positif atau negatif.

"Kenapa awak baik sangat pada saya?" Kata-kata yang sepatutnya berada dalam fikiran kini meluncur melalui mulut. Nuraz lekas menutup mulut dengan tangan.

Gibrel menoleh ke tepi memandang Nuraz dengan senyuman.

"Tak pernah tanya soalan macam tu. Kenapa tanya?"

"errrr. Hehehe. Tak tahu lah."

"Nak jawapan atau biar tergantung sepi?"

Tanpa sengaja, Nuraz memerhati lesung pipit dalam Gibrel. Dia terpana seketika. Menikmati keindahan alam yang ada. Ya tuhan, kenapalah selama ini dia tak pernah tahu betapa manisnya seorang Gibrel.

Gibrel menangkat kening kanan. Hairan dengan mata tajam Nuraz yang memerhati wajah dia. Jari jemari mengusap muka. Bimbang jika ada kotoran atau cela dimuka. Menariknya, tidak berkelip mata Nuraz melihat. Dia tersenyum simpul. Agaknya, wanita ini sedang menghayati pemandangan elok. Bangga sekejap.

"Hensem kan saya?"

Nuraz tersentak. Malu rasanya dengan sikap tak semengah.

"Tak apa saya halalkan. Hehehe."

Bahang mukanya dengan usikan Gibrel. Nuraz terus bangkit dan berlalu ke dalam rumah. Eiii tak sanggup nak hadap Gibrel. Maluuuuu. Dalam kesedihan melanda, boleh pula dia renung wajah Gibrel. Tapi sungguhlah Gibrel sangat manis dengan lesung pipit tu.





*****




"Tak jumpa dia?"

Mancos mengeleng. Jejak Gibrel langsung tidak dapat dia jejak. Lagi pun jika jumpa, jangan harap maklumat ini dia berikan pada Erica. Dia pelik dengan sikap Erica. Sanggup seorang ibu kandung porak-perandakan anak sendiri tanpa simpati.

"Tak akan kau tak tahu? kau baik dengan dia kan?"

"Puan rasa Gibrel akan percayakan saya? Sedangkan saya kerja bawah puan. Gibrel tak bodoh puan." Ujar Mancos.

"Kau tu yang lembapp. Tak reti budak kerja. Budak hingusan pun kau tak dapat nak kerjakan." Jerkah Erica penuh amarah. Sakit hati dengan perangai Gibrel yang tak pernah dengar arahan dia. Bukan susah permintaan dia. Dia hanya mahukan Nuraz sahaja dan selepas itu, hidup Gibrel tidak akan dia ganggu.

"Puan boleh turun dan cari dia sendiri." Balas Mancos selamba. Kaki terus melangkah keluar dari bilik mewah ini. Selama bertahun-tahun dia berkhidmat pada Erica. Belum pernah lagi dia rasa sejelek ini.

Erica perempuan penuh dendam walhal tiada siapa yang jatuhkan dia. Perempuan seperti ini sepatutnya jatuh tersungkur. Saat itu baru dia tahu bumi ini sentiasa berputar.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now