23

125 8 0
                                    

Menyesal tiada guna. Arahan yang dia langgar sudah mendatangkan satu situasi tegang. Mata meliar pandang sekeliling. Gerun dia melihat 6 lelaki yang berada di penjuru. Dalam 6 langkah lagi. 6 lelaki ini akan kepung dia dalam satu bulatan.

Kaki laju berlari ke arah bertentangan. Otaknya ligat berfikir untuk lari dari 6 lelaki. Belum sempat Nuraz ke hadapan. Rambut  Nuraz ditarik dari belakang dan Nuraz tersembam pada dada lelaki itu. Dirinya hilang keseimbangan.

"Good Girl. Mudah je ni."

Nuraz mengelepur untuk melarikan diri tapi pegangan lelaki itu kuat.

"Oiii boleh buat laukkk tu."

"Jangan. Bos nak kita bawa dia hidup hidup." Sampuk satu suara.

Nuraz tidak mengalah. Dia masih meronta. Tangan berusaha mencapai sesuatu pada kaki kiri dan zapppp. Darah mengalir deras akibat tusukan pisau pada lengan.

Lelaki itu merengus marah. Pegangan mulai longgar dan Nuraz bertindak cepat supaya terlepas.Sebaik sahaja terlepas pegangan. Nuraz menyepak kemaluan lelaki itu dan melompat ke bahu dan aksi stunt sudah bermula. Pisau ditangan digengam kuat. Ini satu satunya senjata yang dia ada untuk melawan 6 lelaki. Dia mengacah acah pisau ke 6 lelaki tapi mereka hanya ketawa.

Geram dirinya diperlekehkan. Nuraz membuatkan aksi baringkan badan dan melalui celah kangkang salah sorang lelaki tersebut. Pisau yang ada ditikam pada belakang lelaki tersebut. Dia berguling laju pada rumput.

"Bodoh perempuan sorang pun kau tak lepas."

Pisau kedua yang ada pada kaki kanan pantas di capai. Pisau dilemparkan pada salah sorang yang mahu menghampiri dia. Tepat kena pada perut lelaki tersebut dan dia mengerang kesakitan.

Belum sempat meneruskan aksi lain. 2 orang lelaki sedang berlawan dengan 5 lelaki yang belum tewas. Tangkas dan cepat. Tiada satu pergerakan yang cacat. 

Nuraz menarik nafas lega. Dia segera bangun dan memerhati keadaan sekeliling.




*****






"awak buat apa kat Sara?" Soal Nuraz garang.

"Saya buat apa?"

"Jangan balas soalan dengan soalan lah!" Ujar Nuraz bengang. Kasihan dia pada Sara yang tidak berhenti menangis.

Gibrel tersenyum sinis. Nuraz masih pentingkan orang lain sedangkan diri sendiri dalam bahaya. Mujur sahaja dia letak gps pada telefon Nuraz. Dari situ dia tahu lokasi Nuraz berada.

"Kenapa tak call saya dulu Nuraz? Kenapa buat benda tak fikir dulu? Dah rasa hebat sangat lawan orang jahat?" Soal Gibrel separuh kesal. Kecewa dengan tindakan Nuraz yang tidak dengar pesanannya.

"Sara call saya. Dia takut. Saya tak boleh pentingkan diri Gibrel."

"Awak tak pentingkan diri sendiri. Tapi bodoh tak tahu mana satu mana betul." Ujar Gibrel sinis.

"Awak tak boleh marah Sara. Sara tak tahu apa apa."

Haiyan mengeleng kepala. Dia nampak kesabaran Gibrel semakin nipis. Tadi pun hampir lunyai dia kerjakan lelaki- lelaki yang serang Nuraz.

"Gaduh tak menyelesaikan masalah."

"Aku nak si Nuraz ni tau. Betapa susah payah kita nak selamatkan dia."

"Eh Gibrel. Tak payahlah nak selamatkan saya. Biarkan saya yang tentukan mati hidup saya. Tak payah sibukkk." Balas Nuraz dengan nada tinggi. Dia tidak pernah minta lelaki ini melindunginya. Dia boleh jaga diri.

"Ohhh hebat. Orang mati pun nak hidup balik. Ini orang hidup nak tentukan soal mati dengan hidup." Sindir Gibrel.

"Sudahlah. Bertengkar macam mana pun tak akan selesaikan masalah. Kau tahu si Nuraz ni keras kepala kan. Marah pun tetap kepala batu." Ujar Haiyan bersahaja. Nak marah tahap petala langit pun tak boleh. Nuraz kepala batu, itu yang diberitahu oleh Megat dulu. Sebab itu dia kekal tenang.

"Kalau saya kepala batu pun kenapa?" Soal Nuraz masih tidak mengalah.

"Tengok. Betulkan aku cakap. Keras kepala. Nak lagi menjawab dalam keadaan macam ni." Sindir Haiyan.

Perangai peguam muda ini sama dengan Gibrel. Suka menyindir. Nuraz sabarkan hati. Tak boleh cakap lebih. Dia terhutang budi dengan lelaki berdua ini.

"Siapa lelaki tadi?"

Haiyan mengangkat bahu. Dia beri isyarat mata pada Gibrel supaya tidak meneruskan kata.




*****






"Berapa kali aku nak cakap. Jangan percaya sesiapa."

Nuraz tersenyum sinis. Mimpi ini datang lagi.

"Datang dalam mimpi sekadar nak cakap jangan percaya sesiapa. Baik tak payah cakap." Marah Nuraz. Dia penat dengan hidup realiti. Dia nak tidur dengan tenang dan lena tanpa ada ganguan.

"Sorry aku tak bermaksudkan."

"Sudahlah Megat. Kalau sekadar itu je kau nak bagi tahu. Aku penat. Penat sangat. Aku tak tahu siapa yang jahat. Siapa yang baik. Megat atau Gibrel? Kau sendiri tak bagi jawapan tepat. Aku penat. Pergilah dulu. Aku nak tidur dengan lena."

Mata Nuraz terbuka perlahan. Dari mata mengantuk kini segar kembali. Sering kali jadi seperti ini bila mimpi tentang Megat.  Haiyan atau Gibrel? Dia sendiri tiada jawapan. Dia pasti dua lelaki itu bukan orangnya. Jika betul sudah tentu dia tidak diselamatkan.

Nuraz mengurut kepala perlahan lahan. Berdenyut pada kepala kanan makin menjadi jadi. Botol air yang ada di meja lampu diambil lalu diteguk perlahan.

"Sara."

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now