21

139 10 0
                                    

Please vote. Please komen😘 terima kasih yang sudi baca karya tak seberapa. Sayang semua


"Awak tak rasa pelik ke? Dah 2 bulan saya jadi P.A awak tapi tak ada satu pun yang kejar saya dah. Tapi kenapa hari ini? Entah entah orang jahat tu nampak saya kat hotel tadi. Omg...Omg apa saya nak buat wak? Kesian awak jadi mangsa keadaan." Becok mulut Nuraz bercerita. Debaran dada belum hilang lagi.

"Dah tuu?"

"Hei ini soal hidup dan mati. Rasanya saya tak boleh jadi P.A awak dah. Nanti nyawa awak terancam. Saya tak nak awak mati muda."

Habis sahaja ayat Nuraz, tangan Gibrel mengetuk kepala Nuraz perlahan. Tak suka dengar bebelan mengarut.

"Sakitlahhh ingat saya ni budak budak?"

"Ada masanya awak tu budak budak. Kadang tu matang. Kadang tu degil nak mati." Kutuk Gibrel selamba. Lelah belum hilang lagi,Nuraz tidak habis dengan mengarut.

Nuraz memerhati keadaan sekeliling. Suasana macam dalam hutan tapi ada jalan. Depan mata pula terdapat tasik warna biru. Cantik pemandangan disini.

"Kita kat mana?"

"Hutan."

Mulut Nuraz terngaga. Hutan? Macam mana kereta bukan jenis mpv ini boleh masuk jalan ke sini. Dia tidak tahu. Semua gara gara dia takut. Dia hanya pejamkan mata sepanjang pemanduan gila Gibrel.

"Kita sesat?" Soal Nuraz bimbang. Mata memerhati sekiling. Pemandangan yang indah tapi jadi seram bila berduaan dengan Gibrel.

Gibrel mengangguk perlahan.

"Lepas tu kita macam mana?"

Gibrel hanya angkat kedua dua bahu tanda tidak tahu.

Sekali lagi hari ini. Rasa mahu menangis,rasa mahu meraung dan menjerit sekuat hati tapi dia tidak boleh. Dia pejamkan mata sekuat hati dan pegang tali pinggang erat. Tubuh rasa melayang dengan cara pemanduan Gibrel. Ingatkan setelah berakhir seminggu yang lalu semuanya tidak ada tapi kembali lagi kisah mengerikan. Dalam hati berzikir moga nyawa dia dan Gibrel selamat dan masih lihat dunia.

Mata dibuka sedikit untuk melihat adegan dikejar oleh kereta belakang. Dadanya rasa mahu pecah. Mereka sedang turun bukit yang curam. Dipandang cermin sisi. Kereta MPV dibelakang tidak mahu mengalah.

"Nuraz pegang tu kuat kuat. Tutup mata jangan buka." Gibrel beri arahan.

Nuraz turutkan sahaja. Ya memang dia nak pejam mata dan tak nak tengok adegan ini. Jantung mahu tercabut.

Dalam sekelip mata kereta melayang. Berpusing sebanyak 3 kali. Dummmm bunyi kuat di kawasan semak.





*****




"Sikittttt lagi kereta kau nak masuk gaung tahu tak? Nasib baik kau terlanggar pokok besar. Tidak kau dua arwah." Bebel Haiyan. Dari duduk berdiri pula. Dia cekak pinggang. Tidak puas hati dengan Gibrel.

"Aku kata upah bodyguard. Kenapa kau degil sangat? Kau kaya kan. Upah bodyguard untuk Nuraz tu. Kau ingat dah cukup power?" Haiyan masih menyerang Gibrel. Geram pada Gibrel masih tidak beransur lagi.

"Mana kau tahu aku kena kejar?"

"Nuraz."

Gibrel pandang muka Haiyan.

"Dia sempat whatsap aku."

"Ooohhh."

Nuraz terlantar di katil hospital. Tiada kecederaan yang serius. Cuma dahi berbalut disebabkan hantukan yang agak kuat.

"Im sorry Nuraz."

"Jangan macam tu. Awak dah selamatkan nyawa saya. Terima kasih." Ucap Nuraz bersama senyuman.

"Saya bawa kearah kematian tadi." Ujar Gibrel kesal. Kalaulah dia tak lalu jalan pintas tadi sudah tentu dia tak bahayakan nyawa Nuraz. Berlaku perkara yang tak elok pada Nuraz,menyesal dia seumur hidup.

"Kalau itu dah ajal saya. Saya kena terima tau. Eh bukan kena terima. Itu benda pasti tau."

"Nuraz."

"Sudahlah Gibrel. Saya selamatkan. Terima kasih selalu lindungi saya. Awak tak boleh macam ni dah. Saya kena jaga nyawa saya sendiri dan awak jaga nyawa awak sendiri."

"Mampu ke you nak jaga nyawa sendiri?" Sampuk Haiyan yang baru masuk. Dia senyum sinis.

"I mampu Haiyan."

"You tak mampu Nuraz. Hanya Gibrel yang boleh lindung you. Jangan jadi bodoh Nuraz. Jangan tolak apa ada depan mata."

"I tak boleh nak libatkan dia."

"You dah libatkan dia." Keras suara Haiyan menekankan perkataan dia merujuk pada Gibrel.

"Im sorry Gibrel."

"Ini pilihan saya Nuraz. Saya nak jaga perempuan kesayangan saya."

"Ikut firasat aku. Mungkin 2,3 bulan lagi dia akan takutkan Nuraz. Kau kena bersedia Gibrel." Pesan Haiyan.

Gibrel mengangguk faham. Orang itu sengaja permainkan Nuraz. Dia mahu lihat Nuraz jatuh tersungkur.

"Tak betul firasat you tu. Minggu lepas kite orang ni main kejar kejar." Ujar Nuraz.

Haiyan berdehem perlahan. Biarlah dia dan Gibrel yang tahu rahsia ini. Dia tak nak susahkan hati Nuraz dengan benda yang tak masuk akal.

"Ada apa yang you rahsia dari I ke?"

Nuraz menarik nafas perlahan. Sejak dia bertukar kerja, tiada lagi mimpi tentang Megat. Dia mahukan petunjuk dari mimpi. Mata dipaksa untuk pejam tetapi tidak boleh. Otaknya sedang berselirat.

"Please datang dalam mimpi aku." Bisik Nuraz pada dirinya sendiri. Tangan yang lenguh diurut perlahan lahan. Nuraz masih teringatkan kejadian ditimpa kemalangan. Sedar sahaja dia sudah terlantar di katil hospital.

"Siapa sebenarnya punca? Apa aku dah buat? Apa megat dah tinggalkan?"
Persoalan demi persoalan hanya mampu bermain difikiran tanpa jawapan.

Nuraz buka mata perlahan. Silau mata dengan cahaya yang terang. Susuk tubuh samar samar yang berada didepan mata. Dia tidak dapat kenal pasti. Jari menenyeh kedua dua mata.

"Janganlah tenyeh mata tu. Nanti sakit."

Nuraz tersentak. Suara itu. Suara yang dia rindu. Sekali lagi dia memaksa mata untuk melihat dengan jelas. Nuraz kecewa, dia hanya melihat dengan samar samar.

"Kau siapa?"

"Kau dah lupakan aku Nuraz?" Soal lelaki itu dengan sedikit kecewa.

"Aku tak tahu kau siapa dan apa kau nak? Aku kat mana ni?"

"Kau panggil aku Nuraz dan kita ada dalam mimpi kau sendiri." Jelas lelaki itu.

"Megattt."

Megat ketawa perlahan. Suka benar agaknya bila gadis itu masih mengingati dirinya.

"Kenapa kau ketawa? Kau Megat kan?"

"Ya aku Megat. Kawan baik kau dan bekas buah hati kau Nuraz."

"Kenapa kau tinggalkan banyak soalan kat aku Megat? Aku penat hidup macam ni. Aku penat bila sentiasa kena berhati hati. Aku dah macam tak ada life." Luah Nuraz.

"Maafkan aku Nuraz tapi kau kena ingat. Orang yang baik dengan kau tak semestinya akan suka kau."

"Kau maksudkan Gibrel?"

Mata Nuraz terbuka. Soalan yang tak bertemukan jawapan. Petunjuk yang diberikan oleh Megat membuatkan hati semakin Gusar. Gibrelkah orangnya? atau  Haiyan si peguam Megat. Tidak mungkin. Kalau mereka berdua yang terlibat. Apa alasannya atau kenapa mereka sentiasa selamatkan nyawa Nuraz.

Nuraz mahu jerit sekuat hati. Bila terlalu banyak fikir. Dia mahu jadi gila sekarang. Dia tak larat nak tanggung kehidupan seperti ini. Dia rindukan masa lalunya.



Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now