Bab 63

86 7 2
                                    

Terima kasih sudi baca KYAP. Terima kasih sudi vote. Saya sangat Hargai.




"Tundukkkk Gibrellll."

Secara pantas Gibrel terus menunduk dan menyusup ke belakang kereta.

Bangggg....

Tembakan pertama ke arah dinding.

Banggg...

Sekali lagi tembakan kedua ke arah kereta.

"Nuraz, awak kat mana?"

"Saya katttt be...lakanggg din..ding ni." Balas Nuraz dalam keadaan gagap. Dia tunduk dan tutup kedua belah telinga.

Bertalu talu tembakan dilepaskan oleh anak buah Erica.

"Saya takutttt."

Sepucuk pistol keluar dari poket milik Gibrel. Dia bangun secara menunduk. Picu ditekan dan tembakan dilepaskan. Gibrel mengintai dari tepi. Sasaran kena pada bahagian bahu si musuh.

"Duduk situ Nuraz. Jangan bergerak."

"Stopppplahhh bodohhhh. Sekali lagi kau lepas tembakan. Aku tembak tepat pada jantung kauuu." Jerit Gibrel.

Bunyi tembakan berhenti. Gibrel mengintai dari tepi kereta. Anak buah Erica berjalan ke dalam pagar rumah. Hanya beberapa langkah sahaja, akan berdiri dihadapan Nuraz.

Tidak menunggu lama, Gibrel panjat ke bumbung kereta dan terus melompat. Picu pistol ditarik lalu peluru dilepaskan pada lengan musuh. Seterusnya Gibrel berlari dan menendang kaki musuh.

"Awak Okey?" Tanya Gibrel.

Nuraz mengangguk perlahan. Bibir terketar ketar. Di hujung kaki, dia melihat musuh tersungkur dengan linangan darah. Tembakan tepat pada dahi.

Mata Gibrel melilau melihat sekeliling. Dia tahu, rumah Hayden ini bakal dikepung.

Tangan kanan menarik lengan Nuraz. Gibrel beri isyarat menyuruh Nuraz bangun dan jalan menunduk. Mereka bergerak pantas menuju ke pintu.

Nuraz tersentak. Dia terasa lengan bajunya basah. Jari menyentuh pada bahu. Darah mengalir. Kesakitan pada lengan mula terasa. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Gibrellll."

"Shittt." Carut Gibrel.

Tembakan terkena pada tangan kanan Nuraz. Gibrel menolak Nuraz ke belakang untuk berselindung. Picu pistol ditarik lalu tembakan rambang diberikan.






"Apa benda bising bising ni." Tegur Hayden. Bunyi riuh rendah kat luar membuatkan dia tersedar dari tidur.

"Kau tidur mati ke apa ni. Kau pekak ke kat rumah tu dah tumbang satu mayat."

" Hah."  Dari riak blur terus dia tersedar dengan mata membulat. Matanya jatuh pada kaki seluar Nuraz. Ada kesan darah yang baru.

"Kau cedera Nuraz?"

Mata pula pandang pada sisi lengan Nuraz. Darah mengalir deras. Dia yakin itu kesan tembakan.

Tangan pantas capai kain dan terus lilit lengan Nuraz.

"Kau tahan dulu Nuraz. Kita lari dari sini. Rumah ni dah dikepung." Ujar Hayden.

Bangg....

Mereka tersentak dengar bunyi tembakan bertalu talu.

"Serahhh diri Gibrelllll atau bakal tercinta kau tu bakal lenyap."

"Bang***." Marah Gibrel.

"Kita tak boleh lawan. Ramai kat luar sana." Ujar Hayden.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now