Bab 60

143 7 1
                                    

"Mummy tak ada hak nak tentukan hak Hayden." Ujar Hayden dengan suara tinggi.

"Ingat Hayden sebab mummy. You ni masih hidup." Balas Erica. Anak mata yang bulat dibesarkan sehingga nampak hampir terkeluar.

"Itu memang tugas mummy."  Suara dikendurkan sedikit.

"You tahu kan? I boleh buat apa dengan you ni."

"Mummy nak bunuh Hayden?" Soal Hayden berani.

Erica ketawa kecil. Soalan Hayden mengundang rasa kelakar.

"You nak I bunuh tunang you?" Soal Erika. Mulut senyum senget. Anak mata merenung wajah Hayden yang sudah berubah.

Hayden geleng berkali-kali. Mummy memang gila! Sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati."

"Jadi mummy nak Hayden putuskan pertunangan buat kali kedua?" Tenang Hayden bertanya. Riak wajah dikawal sebaik mungkin. Berpura pura tenang tapi hatinya berkocak hebat.

"No. I memang nak bunuh dia. Itu pun kalau you buat perangai lagilah."

"Mummy ingat dengan bunuh Riana. Hayden nak ikut cakap mummy? Atau mummy nak bunuh Hayden macam mummy bunuh Megat?"

"Enoughhh."

"Selepas Hayden, siapa target mummy? Gibrel? Mummy bunuh je lah semua orang mummy! Ikut perangai buruk mummy tuuu!"

"You diammmm Haydennn. Diammmmm." Jerit Erica. Mata bertukar merah. Mulut terkumat kamit. Tak sangka Hayden berani melawan.

"Mummy bunuh Megat kan."

"Sekali lagi you bersuara Hayden. Pisau atas meja tuuu I tikam dada you. Dasar anak tak kenang budi!" Jerkah Erica.

Erica terus meluru ke meja makan. Pisau diambil lalu diacukan pada pada dada Hayden.

"Mummy ingat dengan bunuh Hayden. Hidup mummy akan tenang?" Soal Hayden sinis. Tidak gentar dengan mata pisau. 

"Siapa ajar youu lawan I hah?" Jerit Erica.

"Mummy."

Erica jatuhkan pisau dari tangan. Terasa seluruh badan lemah. Anak yang ditatang selama ini akhirnya melawan dirinya. Kaki longlai berjalan ke arah sofa. Erica menghempaskan punggung di sofa. Fikiran menerawang. Kusut dan serabut. Jika Hayden berpaling darinya maka Erica mungkin akan tersungkur.

"Kenapa mummy buat semua ni?"

"Kalau you nak tanya soalan bodoh. Pergi dari sini Hayden. I sayang you. I tatang you lebih dari segalanya tapi you tikam I sama macam Megat."

Hayden geleng kepala. Dia menarik nafas dalam. Kadang dia sendiri tidak faham dengan perangai Erica. Sikap Erica boleh berubah sekelip mata. Ada ketika dia terfikir Erica mampu manipulasikan keadaan.

"I bela you dari kecil Hayden. I bagi you segalanya lebih dari adik you. Bukan lebih tapi adik you tak pernah dapat apa apa. Sekarang you lawan I. Perangai Hayden dan Gibrel tak ada beza." Erica bersuara.

"Cuba mummy fikir. Betul ke mummy bela Hayden? atau mummy hantar Hayden ke orang lain?"

"You ungkit Hayden?" Soal Erica geram.

Hayden senyum sinis. Sangkaan dia tepat. Mummy pandai manipulasi keadaan. Mummy pandai raih simpati.

"Kenapa mummy tak bela Gibrel?"

"You tahu kan sebab apa?"

"Sebab I anak luar nikah. Harta yang mummy ada ni semua ayah Gibrel semua."

"I hanya nak senangkan you je!" Ujar Erica tegas.

"Siapa ayah Hayden?"

Otak Erica berselirat. Dia tidak mampu jawab soalan Hayden.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now