"Betul ke Fitrah dan nenek Gibrel dah tak ada?" Soal Nuraz pada Riana. Mata merenung wajah cantik itu. Cuba untuk tafsir riak wajah Riana.
"I tak tahu." Balas Riana.
Air masak di dalam botol kaca dituang ke dalam cawan. Tangan gigil sedaya upaya dikakukan.
"Kenapa tangan you gigil? Soalan nampak macam perangkap ke apa?"
"Apa maksud you?"
"You tahu lah nenek dan Fitrah dah mati?"
"Kenapa kau tanya soalan yang Riana tak boleh jawab?" Keras suara Hayden menegur.
"Kenapa? Tak boleh?" Soal Nuraz kembali.
"Kenapa kau tak tanya kesayangan kau je?"
"Aku tak tahu dia tu dah mati atau hidup lagi dan kau Hayden, apa jawapan kau untuk aku." Ujar Nuraz.
"Tak ada jawapan."
"Huhhh."
"Terlalu banyak berahsia sampai boleh makan diri. Teruskan sampai mati sehingga orang lain jadi mangsa."
"Nuraz."
"Whattt?" Jerkah Nuraz.
Riana melangkah setapak ke belakang. Terkejut dengan jerkahan Nuraz. Belum pernah dia melihat riak wajah Nuraz berang. Tangan Hayden dipeluk kuat. Mata dipejam. Makin hari perangai Nuraz semakin berubah. Kadang dia tidak tahu siapa yang dihadapan. Nuraz yang lama atau Nuraz yang baru.
"Kau takutkan Riana."
"Riana tak perlu takut pada aku tapi dia harus takut pada kauuu." Nuraz berkias.
"Apa maksud you?" Soal Riana
"Jangan pura pura bodoh Riana. Kau dan Hayden bukan baru sebulan dua." Balas Nuraz.
"Tutup mulut kau tu Nuraz!"
"Jawab soalan Hayden!"
"Sorry. Aku tak sesuai jawab soalan kau. Aku tak ada hak Nuraz."
"Kenapa?"
"Kau tanya pada Gibrel."
"Dia dah mati kot." Ujar Nuraz sinis.
"Kau fikirlah sendiri Nuraz. Kalau dia dah mati. Kau tak ada di rumah ni. Kau pun turut mati. Bukan kau je, semua orang dalam rumah ni!"
Nuraz ketawa kecil. Hidup? Jika hidup di mana Gibrel? Dia penat hidup dengan pelbagai soalan. Gibrel seolah olah mahu menyeksanya. Dia penat untuk berteka teki.
"Nurazzz." Panggil Riana rintih.
Nuraz geleng ketawa. Dia melangkah berat keluar dari rumah. Menghirup udara segar mungkin bagi dia sedikit ketenangan.
******
"Fitrah. Nenek." Bisiknya dalam hati.
Dia menarik nafas dalam. Kemudian menghembus kuat. Beberapa hari ini, otaknya penat untuk berfikir. Terlalu banyak tekak teki untuk menjawab.
Jari dicelup ke dalam air sungai. Sejuk terasa satu badan. Otaknya masih begitu, tetap tak tenang. Kacau bilau. Kedua dua tangan dimasukkan ke dalam air, air yang bertakung pada tangan diusap pada muka. Segar. Dia menarik nafas panjang.
"Nuraz."
Nuraz tidak berpaling ke belakang. Jari jemari masih bermain dengan air sungai. Dibiarkan lelaki itu bersuara terlebih dahulu.
"Jangan campurkan urusan kau, mummy dan Riana."
Nuraz senyum sinis. Lelaki ini tidak tahu atau berpura pura? Riana sudah lama terjebak dengan Erica. Sejak dahulu lagi bila dia ambil keputusan untuk bersama dengan Hayden.
"Jangan takutkan Riana."
"Riana dah lama campurkan urusan dia dan Erica." Ujar Nuraz.
"Bukan sepenuhnya."
Nuraz ketawa mengejek. Hayden sedang merepek. Dia tidak sedar bahawa Riana sudah masuk urusan Erica sepenuhnya. Dia tahu Riana masih tidak diusik kerana Hayden masih mendengar kata Erica. Jika tersilap langkah, maka Riana turut menjadi sepertinya.
"Kau kena tahu Hayden. Riana dah masuk ke dalam genggaman Erica bila dia bersama kau. Tapi bukan sepenuhnya disebabkan kau terlalu akur arahan Erica!" Balas Nuraz dalam nada keras.
"Kau dah berubah. Dalam beberapa minggu ni. Sampaikan Riana tak kenal kau siapa."
"Pantai boleh berubah apatah lagi hati manusia."
Hayden ketap bibir. Benar kata Riana, Nuraz sudah berubah.
"Berubah macam mana pun. Tolong jangan takutkan Riana."
"Bukan aku yang takutkan dia. Tapi kau Hayden. Kauuuu."
"Cukup!" Jerkah Hayden. Dia mengerti maksud Nuraz. Dia yang membawa Riana sendiri ke ambang ketakutan. Dia yang masukkan Riana ke lembah bahaya.
Hayden berperang dengan perasaan sendiri. Dia hanya mahu Riana selamat disisinya. Dia tidak mahu kehidupan Riana berakhir seperti ibubapanya.
"Kau fikirlah sendiri Hayden. Kau ada otak." Sindir Nuraz.
"Kau tak ubah macam Gibrel."
Nuraz senyum sinis. Sama? Mungkin dari 10 boleh dikatakan 4 sahaja yang sama. Pendapat dia dan Gibrel tak pernah sehaluan.
"Sure?" Soal Nuraz. Kening diangkat ke atas. Hayden belum kenal dia sepenuhnya.
*****
"Aku rasa kau tak patut takutkan Riana."
Nuraz mengukir senyuman sinis. Dia datang lagi setelah beberapa hari tidak muncul.
"Riana tak salah apa apa. Dia mangsa keadaan."
Nuraz gelak kecil seolah olah ayat yang ditutur oleh Megat tadi lucu. Dia mengeleng kepala berkali kali. Dia juga seperti Riana. Mangsa keadaan tetapi kenapa Megat tak pernah faham? Kenapa megat sering kali bagi dia teka teki yang tak mampu dia leraikan? Dia rasa dirinya tertipu.
"Teka teki hampir lerai tapi kau tak pernah faham." Ujar Megat.
"Kenapa kau datang lagi dalam mimpi aku Megat? Aku tak perlukan kau. Setakat kau datang nak mengejek aku. Lebih baik kau lenyap." Keras suara Nuraz berkata. Bengang bila terasa diri diperlehkan.
"Aku memang dah lenyap dari dunia. Mimpi kau yang panggil aku Nuraz." Balas Megat. Mata dia jatuh simpati pada Nuraz. Betapa sukarnya gadis itu melalui hidup.
"Kau yang bawa aku dalam lembah ni Megat. Kau! Aku tak pernah minta pun. Kalau kau tak datang. Dunia aku tak jasi tunggang terbalik." Marah Nuraz. Mata merah menahan marah. Dada pula berdegup kencang. Makin lama makin dia hilang sabar dengan hidup. Dia benci kehidupan macam ini.
"Kalau aku tak hadir pun. Dunia kau tetap jadi bahaya. Bukan aku yang bawa kau Nuraz."
Nuraz mengeluh perlahan. Benar kata Megat. Cuma dia sahaja yang tak terima hakikat. Tapi sebaliknya boleh berlaku jika Megat bunuhnya terlebih dahulu. Hidup tak akan jadi sukar seperti ini.
Dia pejam mata. Berharap akan sedar dari mimpi. Malangnya dia masih dalam alam mimpi."Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau boleh lawan Erica. Gibrel boleh bantu kau."
Dengar sahaja nama Gibrel. Marah yang telah beransur kini kembali. Dasar lelaki tak guna! Mana dia pergi hilangkan diri. Dia terkontang kanting disini dengan seribu pertanyaan.
"Gibrel? Dia pun hilang ke mana? Kau nak suruh dia bantu aku? Entah entah dah lari kan diri."
"Kau tak hidup kalau dia larikan diri. Terbukti kau masih ada lagi di tempat persembunyian ini."
Nuraz merengus.
"Percayakan Gibrel." Ujar Megat. Dia cuba meyakinkan Nuraz. Jalan penamat cerita ini adalah kunci pada Gibrel. Gibrel yang mampu melakukan sahaja.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...