Bab 41
"Pencegah maksiat selalu suara lelaki. Suara perempuan tak de." Lurus jawapan Nuraz. Konon nak menyedapkan hati yang tengah bergelora.
"Mana awak tahu?
"Dalam cerita selalu macam tu."
Alahai Nuraz. Boleh pula dia buat lurus bendul waktu genting macam ni. Heboh 1 Malaysia Gibrel dan Nuraz kena tangkap basah. Tak payah 1 Malaysia, 1 kampung pun boleh heboh.
"Ja...gan.. jangan buka duluuu. Bagi saya menyorok." Cemas melihat Gibrel membuka pintu.
"Soroklah bawah tilam pun. Sampai lubang cacing dia cari awak. Kena tangkap kahwin je lah. Susah apa. Tak nak pergi mahkamah. Senang."
Mudah Gibrel beri jalan penyelesaian. Tanggung malu dia bukan Gibrel. Gibrel tu muka tembok. Tak kenal erti malu melainkan dia yang akan cemarkan nama keturunan nenek. Orang perempuan ni sekali buat salah sampai mati orang ingat dia perempuan jalang. Ingat senang ke? Muka ni nak sorok kat mana? Tak nak cemar nama arwahh nenek dengan mak. Biarlah sebatang kara pun dalam dunia ni. Maruah tu kena jaga sampai mati.
Bila soal mengenai maruah. Dia menyusup dalam bilik bujang tak ingat dunia. Ikut nafsu je. Otak tak tahu letak mana. Bila dah jadi macam ni rasa nak terkam je si Gibrel.
Belum sempat Nuraz menahan. Pintu sudah dikuak dan terpancul seorang perempuan dengan riak terkejut pandang mereka berdua.
"Gibrel? What are you doing? You dah kahwin?"
"Mummyyy."
Melopong mulut Nuraz. Perempuan yang ada di permukaan pintu itu mummy Gibrel. Nampak macam sebaya dengan Gibrel. Kulit masih putih bersih tanpa sebarang cela, pinggang bergetah lagi dan seksi.
Mulut Nuraz ternganga sedikit. Panggilan mummy bermaksud ibu kandung atau sugar mummy Gibrel? Otak sudah berfikir macam macam mengenai Gibrel.
"Buat apa kat sini mummy?"
"Mummy nak jumpa you lahhh. Hayden kata you kat sini. Perempuan tu siapa? Wife you? So Nuraz kesayangan you tu mana?"
Terkebil kebil Nuraz bila namanya dikaitkan sekali. Oh Tuhan! Perempuan tu ibu kandung Gibrel. Perempuan yang mencipta permainan jahat.
"Nuraz itu saya puan." Ujar Nuraz dengan berani. Senyuman manis dilemparkan pada Erica. Nuraz sedikit pun tidak gentar dengan pandangan Erica.
"Hmmm. Tak sangka I jumpa you kat sini. Dalam bilik anak I dan paling penting you masih hidup."
"Hanya pencipta sahaja yang mampu ragut nyawa saya bukan manusia yang berangan nak jadi malaikat maut."
"Wow. Patutlah Gibrel suka sangat dengan you. Berani gituu." Sindir Erica.
"Mummy." Gibrel bersuara keras. Tidak suka dengan perangai Erica.
"You patut tegur dia Gibrel. I bakal mak mentua dia."
Nuraz ketawa kecil. Bakal mentua tu maksudnya mentua hantu ke? Manusia inilah penyebab hidup dia tungang lagang. Ada kuasa semua boleh buat. Dasar manusia tak ada hati perut!Membuak amarah dalam dada. Tapi dia harus sedar. Dia hanya semut kecil bukan gajah yang boleh pijak orang.
"Dan puan harus tegur anak puan supaya tak ganggu saya." Lancang mulut Nuraz mengeluarkan kata. Gibrel gilakan dia bukan dia gilakan Gibrel. Tak adil semua masalah berbalik pada dia.
Sungguh, hati ini terlalu benci melihat wajah perempuan itu. Dia menoleh ke kiri melihat riak Gibrel yang bersahaja. Ahhh hati ini dah tak boleh tahan. Jika ibu perangai syaitan maksudnya Gibrel pun sama!
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...