26

134 11 1
                                    



Mata Nuraz perhati kelakuan 2 jejaka dari jauh. Kelakuan mereka seperti sedang bertengkar. Tiada butiran jelas yang dengar di pendengaran telinga. Nuraz menoleh ke kiri dan ke kanan untuk cari tempat persembunyian. Pokok besar pilihan utama.

"Alahai macam spy ya kau Nuraz." Bisik Nuraz pada diri sendiri. Perhatian tidak diberikan pada 2 jejaka. Nuraz berangan jadi perisik untuk selesaikan masalah Megat. Pada masa yang sama dia tersengih bayangkan dirinya memakai pakaian hitam seperti perisik. Fuh aura dia bukan calang calang.

"Shittt. Dia siapa nak ajar aku."

Nuraz tersentak dengar butir suara lelaki. Kaki kaku tidak bergerak. Kepala menoleh ke kanan dan ke kiri. Tiada tempat yang boleh dia menyorok lagi.

"Matii akuuu."

"Apa yang mati?"

"Errrr." Nuraz garu kepala yang tidak gatal. Setahu dia tadi suara orang lain. Kenapa yang muncul dihadapan dia orang lain. Nuraz berpura pura mengutip daun kering.

"Kenapa? Takut pujaan hati kena kacau?" Soal Gibrel sinis.

"Pujaan hati?"

"Pura pura dalam perahu, buat buat tak tahu pula."

Nuraz menahan gelak dengar peribahasa Gibrel. Dah lah salah, ada hati nak sindir orang pula tu.

"Awak ni dah kenapa? Peribahasa pun hancur. BM dulu gagal ke?" Nuraz melepas gelak besar. Tidak boleh kawal dengar peribahasa baru Gibrel.

Kulit putih Gibrel bertukar kemerahan. Dia baru tersedar dari kesilapan. Peribahasa yang dia berikan salah. Bukan pura pura dalam perahu tapi peribahasa yang betul adalah "kura kura dalam perahu, pura pura tak tahu." Gibrel termalu sendiri.

"Mana mana pun boleh. Bunyi pun sama." Masih mahu tegakkan peribahasa yang salah.

Nuraz menjuih bibir. Itulah suka hati tuduh orang tanpa siasat dulu.

"BM dulu dapat berapa? Fail ke? Nanti free saya ajar peribahasa."

"Eh cik adik. BM saya dulu masa SPM A solid ya. A." Huruf A ditekankan. Tidak puas hati dia diperlekeh oleh Nuraz. Dulu dia juara peribahasa dalam karangan. Bila lama dah tinggal. Semua tak ingat. Maklumlah hafal untuk peperiksaan besar.

Nuraz senyum sinis. Bukan boleh percaya sangat dengan Gibrel. Ada benda je nak tutup dia punya kelemahan.

"Awak tak rasa ke ada orang perhatikan kita?" Soal Nuraz dengan wajah tegang. Mata dia tertumpu pada Gibrel. Kepalanya seolah kaku untuk melihat keadaan sekeliling.

Riak wajah Gibrel tenang. Tidak mengambarkan mereka dalam situasi berbahaya. Mata melirik ke kanan Nuraz. Dia mengoyak senyuman nipis.

"Awak dah sedia Nuraz?"

Nuraz mengangguk. Berharap kedua kaki tidak kaku bila berhadapan dengan musuh.

"Okey. Sedia."

Nuraz faham isyarat mata yang diberikan oleh Gibrel. Kaki kanan dan kiri bersiap sedia untuk mengorak langkah yang laju. Tanpa memikirkan risiko bunyi das tembakan. Mereka berdua lari dari kawasan taman ini.

Gibrel pegang kemas tangan kanan Nuraz. Dia paksa Nuraz untuk mengikuti langkah larian yang panjang. Jika lambat hanya walau sesaat maka nyawa Nuraz dalam bahaya. Mereka berdua berlari dalam bentuk zip zap di padang yang lapang.





*****




Haiyan terlopong dengar cerita Nuraz. Mereka berdua ini cari maut atau ada strategi yang pelik? Mustahil lari dalam bentuk larian zip zap pada kawasan yang lapang.

"Tak kena tembak pulak kau?"

"Choiii mulutttt. Doakan je lah yang baik baik. Mintak kita orang mati ke?" Marah Nuraz.

"Dia bukan budak profesional. Saja je test tadi." Ujar Gibrel.

"Test awak kata Gibrel? Kalau nyawa kita melayang macam mana?"

"Dia profesional. Nyawa you melayanglah." Balas Haiyan dengan sengihan.

Nuraz berpeluk tubuh. Haiyan dan Gibrel bercakap macam main permainan budak. Pagi tadi nyawa Nuraz hampir melayang. Nuraz terfikir sesuatu. Sebelum ini mereka belum pernah menggunakan pistol tapi kali ini agak berlainan cara. Dia memang nak jadi malaikat maut Nuraz.

"Kasar cara dia hari ini. Dia memang nak I mati Haiyan. Apa yang dia nak sebenarnya?"

"Cuba you fikir balik. Megat ada bagi apa apa kat you tak?"

"Saham. Kalau ini yang dia nak. I tak inginlah. I nak hidup aman."

"Dia hanya nak nyawa Nuraz."

Nuraz dan Haiyan agak terkejut dengar kenyataan Gibrel. Nyawa? Apa yang ada pada Nuraz sehingga nyawa dia jadi mainan. Kusut fikir teka teki yang tiada kesudahan.











Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now