Vote pleaseee🙈 kalau ada komen. Insyaallah makin rajin saya update. Hehe. Selamat membaca dari hasil repekan saya.
Bab 45
Nuraz mengesat mata berkali-kali. Mata yang terbuka, dia pejam dan buka kembali. Dia tidak percaya susuk tubuh lelaki yang berada didepan dia. Lelaki itu tersenyum manis mengangguk mesra. Sungguh, dia rindukan senyuman itu. Senyuman yang lama menghilang waima lelaki itu masih hidup.
"Megatttt." Panggil Nuraz sebak. Tidak percaya ini mimpi atau realiti. Tangan menampar perlahan pipi. Dia rasa sakit. Bila tak puas hati. Dia cubit sekuat hati. Sakit. Itu yang dia rasakan.
"Boleh tak jangan sakitkan diri." Ujar Megat lembut. Riak wajah berubah jadi tegang. Tidak suka kelakuan Nuraz yang menyakiti diri.
"Aku mimpi ke ni? Tapi kenapa sakit?" Soal Nuraz pada diri sendiri. Rambut yang serabai dilurut kasar. Mustahil. Megat ada dalam bilik dia. Wajah Megat nampak berseri dengan persalinan putih. Kacak.
"Mimpi dalam kenyataan. Aku ada depan kau sekarang kau ni. Kau tak rindu aku ke?"
Mulut Nuraz mencebik manja. Tangisan sedaya upaya ditahan tapi dia tak boleh. Tangisan dihamburkan juga. Dia rindukan Megat. Dia rindukan lelaki yang pernah bertakhta dalam hati. Dia teringin memeluk lelaki ini tapi akalnya masih ada.
"Aku kan ada untuk kau. Kenapa menangis ni. Shhhh jangan macam ni Nuraz." Pujuk Megat lembut.
"Kau tipuuuu. Kau tak ada pun masa aku perlukan kau. Aku tanggung sorang sorang. Aku penat. Aku sakit Megat." Luah Nuraz dalam sedu tangisan.
"Dalam sudut hati kau tu. Aku ada untuk kau cuma kau tak dapat merasa. Aku sayang kau. Jaga diri baik baik."
"Kau boleh ada disamping aku?"
"Aku sentiasa ada untuk kau."
"Kauuu tipuuu Megat. Kau tipuuu. Aku penat. Penat hidup macam ni. Tolonglah bagitahu aku siapa yang baik siapa yang salah. Siapa yang jahat. Aku tak boleh nak fikir. Otak aku penat sangat nak hadap. Lama lama aku boleh jadi tak betul."
"Jauhkan diri dari Erica."
Sebaik sahaja pesanan itu disampaikan. Megat hilang dari pandangan. Nuraz tersentak. Dia geleng kepala. Dia tidak tahu sama ada dia kini dalam realiti atau mimpi.
"Kau jahat Megat. Kau datang dan pergi suka hati kau."
*****
"Masih nak jumpa Erica?"
Nuraz mendengus. Bila dia diam, sengaja Gibrel provok dia dengan soalan. Tak boleh ke lelaki ini biarkan dia tenang. Dia serabut dengan kejadian pagi tadi. Dia merasakan seolah-olah diri sendiri tak betul.
"Saya boleh bawa."
"Diamlah Gibrelll." Jerkah Nuraz.
"Saya nak bawa awak jumpa mummy. Mintak restu."
"Untuk apa?"
"Nikah dengan awak."
Nuraz gelak. Lucu dengan ayat Gibrel. Nikah dalam keadaan gawat. Kata Erica jahat tapi nak bawa jumpa dia untuk minta restu. Nak serah diri secara baik agaknya.
"Saya serius Nuraz. Ini satu cara awak tak akan kacau dengan mummy."
"Gibrel. Awak ingat saya lupa apa awak katakan dulu. Setiap perempuan yang berkawan rapat dengan awak akan dapat balasan kan. Jadi bila saya kahwin dengan awak. Saya jadi mangsa? Macam tu? Memang nak bagi saya serah diri bulat bulat. Kadang saya tak paham dengan awak. Sekejap itu sekejap ini. Awak ingat mummy awak nak biar saya senang lenang dengan awak."
"Saya tahu apa yang terbaik."
"No awak tak tahu dan tak akan pernah tahu. Awak bukan tahu apa yang terjadi pada masa depan. Awak tak tahu bila umur saya akan tamat. Awak tahu perangai mummy awak akan buat apa sahaja dengan kepuasan diri dia"
Benar kata Nuraz. Kita tak akan pernah tahu apa akan terjadi pada masa akan datang.. Adakah ikut segala perancangan atau simpang siur. Hakikat hidup. Dirancang lain yang jadi lain. Sebab tuhan tahu apa yang diperlukan oleh hambanya. Kadang yang kita tak suka sebenarnya baik untuk kita. Yang kita suka pula sebenarnya tidak baik untuk diri kita.
Gibrel tahu hukum alam begitulah. Rancangan rapi akan bersimpang siur jadinya. Sesungguhnya, usaha itu penting. Dia berusaha yang termampu untuk Nuraz.
Dia hanya mampu merancang dan terus merancang. Perihal masa depan biarlah masa menentukan. Doanya agar yang datang baik baik sahaja. Sekurang-kurangnya dia berusaha dan tak terkilan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini."Memang saya tak tahu Nuraz. Apa yang saya tahu adalah merancang yang terbaik. Terjadi atau tidak itu belakang cerita. Kita usaha dan usaha sebagai manusia."
"Nikah bukan jalan penyelesaian."
"Sekurangnya awak ada depan saya Nuraz."
Bagai rasa dimanipulasi saat ini. Dia boleh tahu kenapa Gibrel beria sangat ajak dia nikah. Setiap perkara terjadi pasti cadangan itu juga diutarakan. Gibrel nak dia terikat. Atas nama suami. Nuraz tidak boleh buat perangai. Dia kena dengar cakap Gibrel sentiasa. Dia tahu helah Gibrel. Gibrel dan Erica sama-sama licik. Dia mengukir senyuman sinis. Perangai Gibrel tak ada beza dengan Hayden. Sejenis manusia yang kena patuh pada arahan dia.
"Nuraz."
"Saya tak akan nikah dengan awak. Hati saya masih terikat dengan Megat. Saya tak boleh khianti dia."
Berubah wajah Gibrel. Dari berharap menjadi tegang.
"Megat dah lama meninggal. 2 tahun lebih Nuraz. Move on lah. Sampai bila nak tunggu orang yang tak mungkin kembali."
"Awak tak faham."
*****
Bila keadaan jadi seperti ini. Dia teringat perbualan beberapa minit yang lalu. Nikah jalan penyelesaian? Dan sekarang dia berhadapan dengan bahaya. Jantung yang berdetak laju akibat kejutan tadi dia tak peduli. Dia terus berkhayal dengan dunia sendiri. Mengharapkan waktu sekarang berhenti.
"Serah Nuraz pada aku Gibrel."
Suara itu kembali menyedarkan dia. Benarlah kata hati, bila-bila masa sahaja akan berlaku. Terbukti, orang suruhan Erica datang cari dia. Gibrel pula jadi hero utama. Darah yang mengalir pada lengan Gibrel masih melekat pada pakaian dia. Erica memang gila! Anak sendiri pun sanggup dicederakan.
"Langkah aku mayat dulu."
"Jangan bodoh Gibrel."
Yang kedengaran adalah bunyi tembak menembak. Nuraz pejamkan mata. Dia memeluk lutut ketat. Bila keadaan sepatutnya rasa takut telah jadi kebiasaan. Jika dia jadi tawanan Erica. Dia reda.
"Nuraz ikut saya cepat." Dalam keadaan serabut. Jari jemari jantan menarik tangan Nuraz untuk keluar di pintu belakang. Dia hanya mengikut gerak Gibrel yang laju berlari. Tidak diendahkan kaki penat, dia teruskan sahaja.
Mata sempat melihat manusia bergelimpang dengan darah. Dia pejamkan mata. Tak sanggup melihat. Saat ini dia tahu, nyawanya terlalu bernilai sehingga kematian orang lain jadi taruhan. Sesak di dada dibiarkan.
Sampai sahaja di lorong kecil. Tubuh Nuraz ditolak masuk dalam kereta mewah. Kereta mewah terus menderu laju meninggalkan kawasan kampung.
"Sa...yaaa takut Gibrel." Adu Nuraz. Kepala sudah naik pening. Sesak dada makin menjadi-jadi. Dia tidak boleh berfikir. Tangan cengkam kepala.
"Shhh. Nuraz saya ada untuk awak. Awak selamat. Saya ada. Semuanya akan okey sahaja."
Badan Nuraz dipeluk erat. Meredakan ketakutan perempuan kesayangan. Gibrel dapat rasakan tubuh ini mengigil. Nuraz mula membalas pelukan Gibrel dan lentokkan kepala pada bahu lelaki itu.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...