Selamat hari raya korang. Maaf zahir dan batin😘 Sebenarnya, zatul nak buat bab seterusnya tapi disebabkan zatul jarang update bab. Maka zatul buat bab spesial sikit untuk korang😍
Terima kasih sudi komen & vote. Maaf kalau tak menepati citarasa korang.Nuraz menarik nafas dalam. Hati dia tidak boleh tipu lagi. Dia terlalu rindukan lelaki itu. Sudah 6 bulan Gibrel pergi tanpa khabar berita. Dia disini masih setia menanti.
Baik sahajakah dia? Masih berjasadkah lagi Gibrel atau sudah dimamah bumi. Dia mengeleng kepala berkali kali. Khayalan yang berat membuatkan dia makin jadi axienty. Firasatnya mengatakan Gibrel masih hidup.
"Sampai hati awak buat saya tertunggu." Bisik Nuraz.
Nuraz menghela nafas. Dia penat untuk terus menunggu atau seharusnya bertindak lebih jauh. Sekali lagi dia mengeleng kepala. Dia tidak tahu hala tuju. Dia buntu.
"Boleh I ambil cup cake ni?" Tegur Riana lembut.
Bayangan Gibrel terhapus. Nuraz angguk dan tersenyum. Untuk melepaskan rindu pada lelaki itu. Dia sanggup turun ke dapur dan belajar resepi yang selalu Gibrel buat.
"Sedap." Puji Riana.
"Resepi ni dulu antara cupcake yang hot selling di cafe Gibrel." Ujar Nuraz membuka cerita. Bila teringatkan kenangan lalu. Dia rindukan segalanya. Keluarga dan cafe.
"You rindu Gibrel?"
Tak terluah untuk mengatakan. Dia malu dengan perasaan sendiri.
"Jangan malulah. I kan kawan you. Dah lama tau kita duduk kat sini."
"Awak tahu mana Gibrel pergi?"
"Sorry Nuraz. I tak tahu. Hayden langsung tak buka mulut. Bila I buka topik Gibrel. Mulut dia macam terkunci. Sorry I tak dapat tolong you." Balas Riana. Rasa bersalah tidak dapat tolong Nuraz.
"Dah 6 bulan dia pergi. Lagi seminggu nak raya tapiii..."
Dia jatuh simpati pada Nuraz. Bahu Nuraz diusap lembut. in is
"Awak rasa dia masih hidup?"
"Of course! Gibrel kan pandai manipulasi keadaan. Mungkin dia senyap macam ni tapi diam diam dia perhatikan you. Makan pakai you semua cukup kan? Barang keperluan you? Mesti atas arahan Gibrel."
"Tapi kenapa dia diam."
Riana mati kata. Tidak tahu memberi jawapan. Persoalan demi persoalan berlegar dalam otaknya. Ke mana sahajakah Gibrel selama ini.
"You nak kirim baju raya? Nanti Hayden nak keluar pekan? Barang makeup ke? Skincare?" Soal Riana. Cuba hidupkan suasana yang suram jadi ceria.
"Boleh saya ikut sekali."
"You tahu kan. Kaki kita diharamkan untuk keluar ke luar. Bahaya."
Nuraz mengeluh perlahan. Terasa seperti dalam kurungan. Hidup hanya dalam hutan tanpa melihat dunia sebenar. Sungguh, dia rindukan kehidupan dulu. Bebas kemana sahaja.
"Bosan."
"I pun. Tapi kita patut bersyukur diberi nyawa sehingga hari ini. Nyawa kita mahal Nuraz."
"Sebab mahal lah si Erica kejar kita."
"Haaa tahu pun! Sangat mahalll sebab tu asyik kena kejar. Nyawa dia tu murah." Balas Riana seakan berbisik. Mata melilau ke kiri kanan. Risau jika kewujudan Hayden secara tiba tiba.
"Betul." Nuraz setuju. Cupcake di dalam pinggan diambil lalu digigit. Kunyahan pertama sudah sedap apatah lagi seterusnya. Dapat juga dia lepas rindu pada lelaki itu.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...