Tak lambat lagi kan nak ucap selamat hari raya. Maaf zahir dan batin😘
Jangan lupa vote ya. Tq1 minggu berlalu begitu juga Nuraz dengan sikap berdiam diri. Tiada perbualan di antara mereka. Masing masing sepi dengan sikap sendiri. Hanya berpandangan dan meneruskan aktiviti. Di meja makan hanya bunyi sudu. Biarlah, dia malas membuka mulut. Adakala sepi itu menenangkan, adakala sepi itu gelisahkan jiwa. Dia tahu Nuraz marah dengan sikapnya. Nuraz kata nasihat orang pandai tapi diri sendiri tak pandai nak kawal.
Gibrel keliru dengan perasaan sendiri. Sikap benci mengatasi sikap sayang. Dia terlalu mengikut emosi ketika itu. Akan tetapi dia puas bila lihat reaksi wajah Erica yang cemas. Takut dengan dirinya.
"Dia ibu awak Gibrel. Jangan buat kerja gila."
Telinga ini lelah mendengar nasihat dari Nuraz. Dia ibu awak Gibrel. Bagaimana seorang ibu boleh mahu menghancurkan anak sendiri. Lantaklah apa nak jadi. Dia tidak kisah. Dendam pada ibu sendiri terukir sejak ibu menamatkan riwayat nenek dan Fitrah. Mungkin dia boleh berubah jadi gila Erica bunuh Nuraz.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Jeritan bergema diseluruh banglo. Dia penat, dia lelah, dia sakit fikir tentang semua. Dia nak rehat tapi keadaan memaksa. Dia tak boleh terleka walaupun sesaat. Dia kena kuat. Ya dia hanya manusia biasa yang kadang rasa jatuh tersungkur pada masa yang sama mahu naik.
"Awak okey Gibrel?" Tegur Nuraz. Suara itu kedengaran sedikit takut. Bimbang jika Gibrel bertindak agresif. Wajah itu berubah bengis yang tidak pernah dia lihat.
"Okey." Jawab Gibrel sepatah tanpa pandang Nuraz. Dia tak mampu nak berlakon jadi baik. Jiwanya sedang berkocak hebat.
Nuraz kaku di tempat dia berdiri. Masih berfikir sama ada pergi dekat ke arah Gibrel atau berpatah balik. Dalam banglo ini hanya tinggal mereka berdua. Penjaga dalam rumah ini ke bandar manakala Haiyan sudah balik.
"Jangan datang dekat sini dan jangan tanya kenapa."
Nuraz angguk faham. Kaki terus melangkah ke tangga atas. Dia takut melihat riak wajah itu. Dia tidak dapat tafsir apa yang sedang berlaku.
*****
Nuraz mengigit bibir. Resah dengan kelakuan Gibrel. Dia belum pernah melihat wajah bengis Gibrel. Wajah itu seakan mahu menelan sesuatu. Dia gerun.
"Ya Allah permudahkan segala urusan aku." Doa Nuraz dalam hati.
Dia mengintai disebalik jendela. Gibrel sudah berada di luar rumah. Gibrel mula mengangkat kayu dan bawa ke pondok belakang. Dia hafal rutin harian Gibrel. Setiap pagi Gibrel akan mengangkat beban yang berat dan seterusnya dia akan berlatih berlawan. Hampir setiap hari dia menunggu untuk berlatih dengan Gibrel tapi sia sia. Kerjanya hanya menunggu dan termenung. Mahu bertanya lebih, dia tidak berani. Beberapa hari mood Gibrel kurang stabil. Mungkin sudah masuk 2 minggu, Gibrel masih begitu. Mereka tidak bertegur sapa dan membawa diri masing masing.
Dia buntu untuk memujuk Gibrel. Dia tidak tahu. Risau amarah lelaki itu makin membara. Salahkah dirinya menasihati Gibrel agar terus tidak melawan ibu kandungnya? Dia tidak mahu Gibrel sesat kerana diriya. Dia bukan siapa siapa. Hanya orang luar yang menumpang teduh.
Dari termenung, mata beralih ke arah aktiviti Gibrel. Dia melihat Gibrel menumbuk punching bag. Itu adalah pemanasan badan bagi Gibrel. Dari berbaju t-shirt lengan pendek, Gibrel sudah tidak berbaju. Dia menongkat dagu dengan tangan kanan. Dia ralit melihat aktiviti latihan Gibrel. Gerakan Gibrel yang pantas membuatkan dia tersenyum lebar.
"Gagah." Puji Nuraz dengan senyuman simpul. Kalau perempuan lain melihat keadaan Gibrel sekarang sudah tentu jatuh hati berkali kali. Tetapi kenapa hati ini tak pernah rasa sesuatu. Ya dia memang sayangkan Gibrel tapi sebagai kawan. Lamaran Gibrel tak pernah menjentik hatinya walaupun sesaat untuk jatuh cinta pada Gibrel. Dia pegang dada kiri. Jantungnya normal seperti biasa. Tiada tanda tanda untuk berdegup kencang.
Leka dengan renungan pada Gibrel. Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Mata Gibrel merenung tajam manakala mata Nuraz terkelip kelip. Tidak tahu nak bereaksi bagaimana. Perbuatan dia telah tertangkap dengan Gibrel. Dia tersenyum simpul dan jendela yang terbuka luas ditutup rapat.
"Eiii maluuu. Kau ni kan suka sangat skodeng anak bujang orang kannn." Tangan kanan menepuk dahi dan kedua telapak tangan menutup muka. Malu!!!!
Ini kali kedua dia buat perangai tak semengah.*****
"Seronok skodeng saya?"
Gulp. Pertanyaan dia tu mengundang dup dap dup dap. Mulut seakan terkunci sendiri. Tak mampu mengeluarkan patah perkataan.
"Seronok kan cuci mata. Rezeki tu bukan senang dapat."
Amboiii. Boleh tahan perlian Gibrel pada dia. Tak boleh jadi ni.
"Kehijauan diluar tu memang rezeki saya. Mata ni dapat cuci setiap hari. Alhamdullilah. Nikmat dunia."
Gibrel menjungkit kening.
"Bukan saya ke nikmat dunia tu Nuraz?"
"Haishhhh. Apa benda. Rosak mata ni kan. Tak baik tak baik. Berdosa." Balas Nuraz dengan mata terpejam. Jari telunjuk bergerak ke kiri dan ke kanan.
Gibrel tersenyum simpul. Geli hati dengan alasan Nuraz. Dia tahu hampir setiap hari Nuraz melihat dia berlatih.
"Saya minta maaf."
Berkerut dahi Nuraz. Tidak faham dengan perkataan maaf itu. Rasanya Gibrel tidak buat salah padanya.
"Kenapa?"
"Saya minta maaf kalau saya ada takutkan awak."
Nuraz geleng kepala. Sepatutnya dia yang minta maaf bukan Gibrel. Dia yang sibuk hal Gibrel. Dia suka membebel tentang itu dan ini.
"Saya tak perlukan maaf awak Gibrel. Saya cuma nak tanya. Awak okey?"
Gibrel mengangguk. Mata jatuh pada wajah Nuraz. Debaran terasa. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tidak enak. Dia sendiri tidak tahu sampai bila boleh bertahan. Hari ini atau esok.
"Awak okey?" Soal Nuraz sekali lagi.
"Okey." Jawab Gibrel sepatah. Bila debaran dada bagai nak pecah. Dia tiada mood untuk berhadapan dengan Nuraz. Risau jika dia terlepas kata.
"Saya minta maaf Gibrel."
"Sebab?"
"Masuk campur hal awak. Bebel tentang awak itu ini. Saya sayangkan awak sebagai kawan. Awak macam abang saya. Saya tak nak kerana saya awak buat silap."
Beginilah mereka bila masing masing buka mulut. Nuraz dengan sikap tidak fahamnya dan dia terpaksa dengar berulang kali. Dia jemu. Dia bosan.
"Tak nak saya marah. Jangan cakap tentang dia atau nasihatkan saya. Saya dah cukup matang apa yang saya buat. Awak duduk diam dan jaga diri sendiri."
Nuraz mengeluh perlahan. Mulut ini laju sahaja cakap soal itu. Makin lama dia rasakan Gibrel jauh dari dia. Mata hanya mampu pandang langkah Gibrel yang laju.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...