Gibrel memicit kepala yang sedang berdenyut. Otaknya sudah tak mampu nak fikir dengan baik. Perkara yang sia sia dia lakukan. Pujuk orang kanan mummy ibarat curah air ke daun keladi.
Bukan dia tidak tahu orang kanan mummy sangat setia."Im sorry Nuraz." Ucap Gibrel kesal.
Bunyi pintu yang agak kuat mengejutkan Gibrel sedang termenung. Jantungnya sedang mengepam darah dengan laju. Dia pandang ke arah pintu. Muncul figura sepupunya dengan wajah bengis.
"Aku jumpa mummy kau pagi tadi."
"Mummy ada kat sini?" Soal Gibrel hairan.
Haiyan masih statik di tempat dia berada. Tiada anggukan atau gelengan untuk jawab soalan Gibrel.
"Boleh tahan mummy kau. Ada laki baru. Dengar cerita mafia dari sana." Ujar Haiyan agak sinis. Tidak peduli dengan air muka Gibrel yang berubah. Baginya orang tua itu tidak layak jadi ibu Gibrel.
Khabar berita lain yang disampaikan oleh Haiyan tidak berminat untuk dia ambil tahu.
"Kenapa jumpa orang tua tu?" Soal Gibrel.
"Saja. Nak bagitahu je jangan main api dengan aku dan kau. Padah jawabnya."
"Kau gila ke Haiyan? Kau tahu kan orang tua tu perangai macam mana?"
"Sampai bila kau nak ikut telunjuk dia?korbankan perasaan kau? Apa yang dia dah buat pada kau? Ada nilai kasih sayang atau tak ada nilai langsung?
Kau tengok diri kau Gibrel. Macam mayat hidup. Mummy kau nak seksa kan kau je.""Dia mummy aku."
"Nuraz?"
"Aku akan sedaya upaya tak libatkan mummy dan Nuraz."
Haiyan gelak besar dengar ujaran Gibrel. Tidak libatkan mummy dan Nuraz hanya khayalan. Hakikatnya, mummy Gibrel tetap akan terlibat.
"Nuraz tu amanah aku dari Megat. Kalau kau tak boleh nak selamatkan dia. Kau undur diri dan pergi menyendeng kat mummy kau. Biar aku yang uruskan."
"Aku cintakan Nuraz. Aku yang salah. Aku yang patut tanggungjawab bukan kau."
"So? Fight lah untuk Nuraz." Ujar Haiyan tegas. Sebenarnya, sengaja dia mahu pasangkan amarah dalam hati Gibrel. Tapi hasil yang dia dapat kurang memuaskan hati. Gibrel masih berada di pihak mummy. Teragak- agak untuk melawan sifat jahat mummy.
"Kau kena pegang kata aku Gibrel. Sekali kau silap. Aku sanggup tendang kau dan sampai bila kau tak akan dapat jumpa Nuraz." Haiyan memberi amaran. Dia tidak bermain dengan kata-kata sendiri. Dia boleh tunai janji jika Gibrel tidak laksanakan.
*****
Nuraz menghirup udara segar. Terperuk dalam bilik membuatkan dia rasa lemas. Hari ini entah mimpi apa, lelaki bertopeng membenarkan dia untuk keluar bilik dan berjalan di kawasan banglo mewah ini. Dia mengucap syukur sekurang kurangnya dia bebas sedikit.
Keindahan alam yang terbentang depan mata menenangkan jiwa Nuraz. Tiada lagi dinding putih yang harus dia lihat sepanjang mata.
"Suka?" Tanya lelaki bertopeng dengan tangan diletakkan pada kedua kocek.
Nuraz diam. Tidak mahu jawab pertanyaan dari lelaki bertopeng. Dia tahu perbualan mereka hanya diakhiri dengan pertengkaran.
"Duduk sini baik baik. Jangan larikan diri. Nanti aku kurung kau dalam tandas." Ugut lelaki bertopeng.
Nuraz tidak hiraukan amaran lelaki itu. Dia leka dengan pemandangan di depan mata. Bunyi desiran ombak bagaikan lagu dipendengaran telinga. Dia berlari anak ke arah koridor belakang. Ingin melihat pemandangan sekeliling.
Nuraz tergamam. Ternyata banglo yang dia tinggal adalah tempat terceruk. Di depan mata adalah pemandangan hijau yang dipenuhi pokok atau lebih tepat hutan.
"Ya Allah. Aku kat mana ni?"
Kaki Nuraz melangkah mengikut aroma bauan lauk. Baunya pun sudah sedap apatah jika makan. Serta merta perutnya berbunyi. Menyesal pula pagi tadi mogok lapar.
"Eh si topeng tu dah lepaskan you? Oh Hii nama I Riana. I lah yang rawat you hari tu."
"Hah."
Riana senyum nipis. Terlupa tempoh hari semasa Nuraz dirawat, dia tidak sedarkan diri.
"Ya you kena panic attack. I datang sini dan rawat you. Btw I doktor."
"Kenapa korang buat saya macam ni?" Soal Nuraz lirih.
"Eh bukan I. Lelaki bertopeng tu okey. I datang sini nak tengok you je. Sihat ke tak. I tak ada kena mengena dengan you punya situasi." Terang Riana.
"Kita kat mana?"
"Thailand. Pulai di Thailand."
Berkerut dahi Nuraz. Tak mungkin dia berada di pulau. Makanan yang dia terima setiap hari adalah makanan Malaysia. Mustahil bungkusan makanan itu dari thailand.
"Makanan tu."
"Oh bungkusan makanan tu tipu jee. Nak tunjuk konon you kena culik kat rumah ntah apa lah. Sebenarnya orang gaji yang masak. Dia punya tipu tu sanggup bungkus makanan. Si hayd..." Riana tidak jadi teruskan kata. Hampir sahaja lepas kata. Nasib baik sempat lagi diselamatkan.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...