Selamat menjalani ibadah puasa semua😘 Lamanya saya tak update. Insyallah lepas habis edit bab yang lain. Saya cuba update bab baru ya.
Cadangan Gibrel ditolak mentah. Dia tidak boleh menerima bantuan Gibrel lagi. Terlalu banyak jasa Gibrel. Dia banyak menyusahkan Gibrel dan tak akan susahkan nenek Gibrel. Apa pula kata nenek Gibrel. Dia tidak pernah berjumpa dengan nenek Gibrel. Gibrel pun tak pernah bercerita.
"Tak boleh Gibrel. Saya boleh duduk situ atau awak nak halau saya dari rumah tu? Saya bayar dengan separuh gaji saya."
"Awak ingat saya teringin ke nak duit awak tu." Balas Gibrel geram.
Nasihat Gibrel terpaksa Nuraz lupakan sementara waktu. Dia mahu berjumpa Haiyan. Ada hal penting yang harus dia selesaikan.
"Salam takziah. I simpati." Ucap Haiyan.
"Its okey. Thank you. Ada apa nak jumpa I?"
"Okey macam ni. I dah jumpa bukti. Megat tak bunuh diri tapi sebaliknya. Ada orang khianat dia. You know about Hairul?"
Nuraz mengerutkan dahi. Lama nama itu dia tak dengar sejak Megat bankrup.
"Bestfriend until mati konon tu."
"Yeahhh. Apa yang dalam siasatan I dia ada kat tempat kejadian dan dia orang sama buru you."
Melayang fikiran Nuraz. Terdetik dalam fikiran dia hari itu tapi itu mungkin secara kebetulan. Dia menyampah dengan sikap Hairul yang menjengkelkan hati. Tak sangka sampai ke hari ini tetap menjengkelkan hati.
"I tak fahamlah. Bff ya tapi buat kawan macam tu. Stupid." Jelas urat terpacar dari dahi Haiyan. Bila teringatkan Hairul. Marah jadi membuak-buak. Dasar manusia menyusahkan orang.
"Apa dia nak dari I? Sanggup hantar manusia bodoh tu. Haritu I hampir nak kena tikam."
"Whattt?"
"Yaaa. Gibrel selamatkan I."
"I tak tahu nak cakap macam mana tapi you berhati-hati sikit boleh. Jangan lalu tempat sunyi."
Sama nasihat macam Gibrel tapi Gibrel lebih agresif. Sanggup perhatikan dia setiap masa. Dia sendiri tak tahu niat Gibrel.
"You kenal Gibrel kan?"
Haiyan mengangguk perlahan.
"Siapa dia?" Soal Nuraz.
"I lawyer. Dia client I." Mudah jawapan Haiyan.
Nuraz mengetap bibir. Bukan ini jawapan yang dia mahu. Dia mahu tahu siapa Gibrel? Sanggup berkorban demi dia.
"Apa hubungan dia dengan Megat?"
"Dia tak kenal Megat."
"Yeke?"
"Pernah ke I tipu you Nuraz?" Haiyan soal kembali. Nuraz pandai putar belit soalan. Dia sebagai peguam lagi hebat putar soalan yang tidak menjangka akal fikiran.
*****
"Awak pergi mana Nuraz?" Sergah Gibrel. Bengang dengan sikap Nuraz yang tidak dengar kata. Keluar tanpa beritahu dia.
"Kenapa awak masuk rumah saya?"
"Ini rumah saya."
"Oh ungkit. Fine kalau tak suka. Saya boleh keluar."
"Jangan belit keadaan Nuraz! Awak pergi mana? Malam baru balik. Keluar tak tinggalkan pesan. Kalau benda buruk terjadi macam mana?"
Mata mencerlung ke arah Nuraz. Nuraz pula sebaliknya tidak takut malah bertentang mata dengan Gibrel. Gibrel tiada hak ke atas dia. Ke mana dia mahu pergi bukan urusan lelaki ini. Dia pandai jaga diri.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...